Bab1
TERAPI
ALAMI ORGAN PENGLIHATAN - MATA
MATA Cermin HATI.
Dari MATA turun ke HATI.
Jadikan
pandangan mata ini seperti mata lebah
Yang hanya
mencari
Sesuatu yang
baik
Yang
hanya melihat
Kebaikan
dan
Keistimewaan..kelebihan
orang lain
Kenali ORGAN MATA
Mata
merupakan organ yang penting dalam kehidupan semua manusia dan haiwan . Oleh
itu, organ ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, kerana tanpanya atau jika ia tidak berfungsi lagi, maka gelaplah
dunia ini. Bayangkan hidup anda tanpa mata.
Mengenal MATA sepintas lalu
Bahagian dALAM Mata
BahagiaN lUARMata
Terdapat
berbagai jenis penyakit mata, dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa dan
tua. Ada penyakit yang perlu diubati dengan segera supaya mata tidak menjadi
bertambah rosak dan akhirnya buta. Ada yang hanya sekadar kurang jelas
penglihatan yang mana ia hanya memerlukan penggunaan cermin mata untuk
memperbaiki penglihatannya.
Sekiranya ada
tanda-tanda penyakit mata atau sakit mata, segeralah berjumpa dengan doktor
atau pakar mata untuk rawatan segera di peringkat awal.
Oleh itu,
untuk lebih memahami pelbagai jenis penyakit mata di kalangan kita, berikut
dipanjangkan maklumat asas tentang keadaan penyakit mata yang biasa.
Di antara masalah mata yang kerap berlaku di
kalangan kita adalah :
·
Rabun dekat ( Miopia )
·
Rabun jauh ( Hipermetropia)
·
Presbiopia
·
Astigmatisme
Masalah mata dan cara mengatasinya:
§ Rabun
dekat (Miopia)
Miopia ialah keadaan seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak jauh. Biasanya terjadi pada pelaja.Boleh diatasi dengan kacamata berkanta cekung.
Miopia ialah keadaan seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak jauh. Biasanya terjadi pada pelaja.Boleh diatasi dengan kacamata berkanta cekung.
§ Rabun
jauh (Hipermetropia)
Hipermetropi ialah seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak dekat dari mata. Boleh diatasi dengan kacamata berkanta cembung.
Hipermetropi ialah seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak dekat dari mata. Boleh diatasi dengan kacamata berkanta cembung.
§ Presbiopia
Presbiopia adalah seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak dekat mahupun berjarak jauh.Boleh diatasi dengan kacamata berlensa berganda ( Lensa multifokal) .
Presbiopia adalah seseorang yang tidak dapat melihat benda yang berjarak dekat mahupun berjarak jauh.Boleh diatasi dengan kacamata berlensa berganda ( Lensa multifokal) .
§ Astigmatisme
Astigmatisme adalah masalah mata yang disebabkan karena
ketidakaturan lengkung - lengkung permukaan bias mata yang berakibat cahaya
tidak fokus pada satu titik retina (bintik kuning). Dapat dibantu dengan
kacamata silinder.
Tip
Membersihkan cermin mata secara alami:
·
Perahan limau di gosokkan pada kaca cermin
mata yang kabur berapa ketika . Bilaskan dengan air bersih dan keringkan.
Hasilnya : Cermin mata lebih terang.
|
Hindari kebiasaan-kebiasaan buruk untuk merawat
mata
Suka membaca buku di tempat redup? Menonton tv
dengan jarak sangat dekat? Memainkan handphone saat lampu kamar sudah
dimatikan? Mulai sekarang, hindarilah kebiasaan buruk semacam itu.
·
Menonton TV atau Komputer dengan jarak yang tidak
terlalu dekat. Sinaran daripada komputer dan TV yang dapat merosakkan mata . Berehatlah sekitar 5-10
minit saja setiap 2 jam.
- Jangan
terlalu lama menatap layar laptop atau komputer. Setelah 20-30 menit
beristirahatlah sejenak dan lihatlah pemandangan
- Jika
sering beraktiviti di luar rumah, gunakan pelindung berupa kac amata yang
dapat melindungi mata dari sinar UV.
- Jangan
terlalu sering menggunakan penitis mata sehingga menjadi tabiat
- Cukupkan
cahaya penerangan saat membaca buku agar otot mata tidak stress dan selalu
tegang. Baca buku dengan jarak
sekitar 25-30 centimeter, jangan terlalu dekat karena dapat menyebabkan
fungsi mata terganggu.
·
Di saat mata merah, ais yang dibungkus dalam
kain kasa dan lekapkan pada mata selama
10 minit. Ini akan mencerut pembuluh darah di sekitar mata dan
menyebabkan ia menyusut. Kesejukan ais akan mengurangi
kemerahan atau dengan menitiskan obat titismata.
·
Terapi Hijau. Memandang tumbuh-tumbuhan berwarna hijau. Ramai orang
meletakkan pokok hidup di dalam pejabat atau di atas meja masing-masing. Ia
suatu tindakan baik kerana warna hijau memberi kesan ‘sejuk dan nyaman’ kepada
mata, yang secara tidak langsung
meredakan ketegangan otot mata.
Cubalah .
Jika mata
terasa gatal mungkin disebabkan debu atau kemasukan partikel, terus bilas
dengan air yang mengalir.
Masalah Penglihatan
yang Lain.
§ Kerabunan
dan kebutaan
Buta bermakna seseorang tidak dapat melihat benda apapun sama sekali. Buta boleh diakibatkan keturunan, maupun kecelakaan.
Rabun
berarti seseorang hanya dapat melihat dengan samar-samar ataupun kabur.
Orang-orang yang
buta mahupun rabun biasanya "membaca" dengan jari-jarinya, iaitu
degan menggunakan huruf Braille.
Rabun malam : Penglihatan kabur menjelang malam, akibat kekurangan vitamin A.
§ Buta
warna adalah suatu keadaan dimana seseorang sama sekali tidak dapat
membezakan warna asas, Merah , Biru ,
Hijau (MBH) .Yang dapat dilihat dengan jelas hanyalah
warna hitam, kelabu, dan putih.
Buta warna biasanya merupakan penyakit turunan
dan biasanya berlaku di kalangan anak lelaki.
Terdapat beberapa jenis penyakit yang berkaitan
dengan mata.
·
Degenerasi
makula
Degenerasi makula adalah keadaan
penyakit mata yang menyerang pada
bahagian makula (titik kuning) sehingga menyebabkan mata tidak boleh melihat dengan jelas atau
penglihatan kabur. Makula merupakan bahagian belakang mata ,yang berfungsi
untuk mengirimkan isyarat imej dari mata melalui saraf optik ke bahagian
penglihatan otak . Sering berlaku pada warga emas.
§ Katarak adalah su atu
penyakit mata di mana lensa mata menjadi keruh dan kabur karena penebalan lensa mata dan
menjadi sukar melihat di malam hari. Ia
boleh mengakibatkan penglihatan menjadi berkurang dan akhirnya boleh mengalami
kebutaan. Mata menjadi sangat sensitif terhadap cahaya. Biasa berlaku i pada orang lanjut usia (lansia).
·
Glaukoma
Glaukoma adalah keadaan
penyakit mata yang menyebabkan mata tidak dapat melihat dalam jangka waktu
tertentu. Ini disebabkan ia menyerang pada bahagian saraf optik, akibat tekanan
yang terlalu tinggi dalam bahagian mata.
Ablasi Retina
Ablasi Retina
keadaan di mana retina kurang menerima bekalan oksigen yang akhirnya
boleh menyebabkan kebutaan. Mata seperti
melihat bintik-bintik kecil pada pandangan.
Penyakit Graves
Penyakit Graves adalah keadaan terlalu banyak
hormonn tiroid yang boleh mempenagruhi semua sistem terutama sistem keimunan badan . Biasa
berlaku pada wanita sebelum berumur 40
tahun.
Masalah penglihatan akibat
penyakit kencing manis-diabetes
Gangguan
penglihatan karena diabetes biasanya menyebabkan lensa mata keruh, kekentalan
cairan bola mata yang berubah-ubah , dimana pengidap menjadi kabur secara tiba-tiba dalam waktu
yang singkat. Ini merupakan petanda
bahawa kadar gula darah pengidap sedang
tinggi mengakibatkan lensa mata
membengkak, sehingga penglihatan menjadi kabur.
Tiga masalah
mata besar yang sering terjadi pada penderita diabetes adalah katarak,
glaukoma, dan retinopati diabetik.
Retinopati diabetic
Retinopati ini menjejaskan salur darah halus mata sehingga menyebabkan
kebocoran dan bengkak pada saraf retina. Ada kalanya, ia menyebabkan pendarahan
dalam saraf retina serta gel ‘vitreous’ (cecair dalam bebola mata)..Keadaan
boleh menjadi bertambah buruk sehingga mata si pesakit menjadi buta.
Gejala
·
Bintik
mengambang (floater) pada
pandangan
·
Titik
gelap pada bahagian tengah lapangan pandang.
·
Kesulitan
melihat di malam hari.
·
Penglihatan kabur, atau bahkan kebutaan.
Kawal gula secara alami : Mengganti
gula biasa dengan daun Stevia
·
Mengkudu
·
Mahkota Dewa
·
Hempedu bumi
·
Belimbing buluh-belimbing besi
·
Peria- kamba
Merawat Mata Secara Alami dengan
Pengambilan Buah dan Sayur
·
Digalakkan
mengamalkan memakan sayuran terutama daunan hijau tua. Sayuran seperti ini kaya dengan
Vitamin A serta bahan lutein dan
zeaxanthin, iatu karotenoid yang dapat mengurangi risiko katarak serta
degenerasi macula , daya penglihatan yang disebabkan oleh gangguan pada pusat
retina mata. Kumpulan sayuran lain
termasuklah lobak merah,
·
Pengambilani
buah-buahan seperti buah ceri dan beri
kerena dapat menghalang radikal bebas dari sinar matahari, pencemaran dan debu yang mata.
·
Bersukan
dan mengamalkan juga pengambilan vitamin seperti vitamin C, E, B6 dan B12.
LOBAK MERAH (
Daucus carota subsp. sativus )
Famili : Apiaceae
Bahasa Inggeris : Carrot
Seperti yang kita maklum , buah dan
sayuran yang berwarna oren atau merah adalah baik untuk mata. Maka digalakkan pengambilan lobak merah. Lobak merah
mengandungi beta caroten, yang
menghasilkan warna oren cerah mampu menjaga
kesihatan mata, juga menjaga kesihatan otot-otot mata untuk akomodasi serta menjaga mata daripada masaalah katarak. Kandungan beta karoten ini juga berkhasiat
untuk mengurangkan risiko degenerasi manula
Hirisan Lobak merah ternyata sangat mirip sekali dengan bentuk mata kita, bahkan pola garis radialnya pun sama jugak.
Tomato ( Lycopersicon cycopersicum (L) / Solanum
lycopersicum
Famili: Solanaceae
Bahasai
Inggeris : Tomato
Tomato diperkaya dengan vitamin A, vitamin C dan lycopene tinggi, merupakan nutrisi penting untuk kesehatan mata.
BAYAM ( Amaranthus gangeticus )
Famili
Amaranthacea.
Bahasa
Inggeris : Spinach
Bayam dan
juga sayur-sayuran berdaun hijau lainnya memiliki banyak nutrisi yang baik
untuk mata. Ini termasuklah zeaxanthine, lutein serta vitamin A , dan Vitamin c yang dapat mencegah
penyakit glaucoma.
Brokoli (Brassica oleracea Italica Group )
Bahasa Inggeris : Brocolli
Famili :
Brassicaceae
Sama kandungannya seperti bayam , brokoli mengandung banyak vitamin C ,
kalsium dan sulforaphane ,. Ia juga
mengandungi zeaxanthin, dan sulforaphane
yang berfungsi seperti “kaca mata hitam” yang melindungi mata dari sinaran uv.
Ia juga telah terbukti dapat menurunkan risiko terkena katarak.
Bawang
putih ( Allium
sativum )
Bahasa Inggeris : Garlic
Famili :
Alliaceae
Bawang
putih mengandung selenium, vitamin C, vitamin B1, quersitin dan glutathione yang penting untuk melindungi lensa mata dari
radikal bebas seperti sinar UV. Ia juga menjaga peredaran darah dan dapat
memperkuat sel-sel optic dan daya tahan tubuh
yang pastinya menambahkan lagi
pemantapan keshatan mata.
*Sumber
Buah-buahan
Buah
kedondong (Spondias cythere )
Famili
: Bursaraceae/ Anacardiaceae
Bahasa
Inggeris : Kedondong
Adanya kandungan vitamin A pada buah kedondong
sehingga berperanan penting dalam
kesehatan mata .. Vitamin ini membantu menyalurkan objek yang diterima
oleh retina mata ke otak sebagai imej. Bahan kimia yang berperanan dalam hal
ini adalah retinol.
Avokado (
Persea americana )
Famili : Lauraceae
Bahasa
Inggeris : Avacado
Avakado atau Alpukat mengandung lutein yang sangat tinggi.Lutein adalah nutrisi penting untuk mencegah katarak dan degenerasi makula. Kandungan lain yang terdapat pada alpukat adalah vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.
Jagung ( Zea mays)
Famili : Gramineae
Bahasa inggeris :
Maize / Corn
Jagung juga mengandungi sumber beta karoten yang
mana merupakan pembentuk vitamin A didalam tubuh anda. Jadi, pengambilan jagung
juga boleh membantu mencukupi nutrisi yang diperlukan
oleh organ mata anda.
Biji bunga matahari ( Helianthus annuus L.)
Famili
: Asteraceae
Bahasa
inggeris : Sunflower seeds
Sejenis
kuaci yang mengandung banyak selenium, zink dan vitamin E, yang mampu mencegah katarak dan
gangguan mata lainnya, terurtama yang berkaitan dengan factor penuaan. Ia juga
mengandungi vitamin B2 berfungsi untuk
mengatasi masalah ssensitif terhadap
cahaya yang disebut fotofobia.
*Sumber haiwan
Ikan Salmon
Seperti
yang sudah diketahui, ikan salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang mampu
memelihara kesehatan tubuh secara keseluruhan, termasuk menghindari gangguan mata kering . Selain itu,
salmon juga mengandung asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin
B12.
TELUR
Telur
memiliki banyak nutrisi berharga untuk mata, seperti vitamin A, zeaxanthine,
lutein, lecithin, B12, vitamin D, zinc dan
juga cysteine. Zeaxanthine dan lutein yang terdapat di dalam putih telur
(albumin) adalah antioksida terbaik yang dapat mencegah proses degenerasi
macular dan penyakit katarak.
COKELAT((Theobroma cacao)
Famili : Sterculiaceae
Bahasa Inggeris : Chocolate
Cokelat hitam dikatakan
mengandungi flavonoid yang berfungsi untuk melindungi salur darah mata yang membantu menguatkan kornea dan retina .
Maka ia penting untuk meningkatkan ketajaman penglihatan.
Terapi Alami Herba
Maka sehubungan itu, andainya anda mengalami sakit mata,
terdapat 3 petua yang boleh dicuba.
Antara bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah daun bunga
melati, daun sirih serta daun sirih muda.
Ketiga-tiganya kaedah penggunaannya akan saya sertakan sebentar saja lagi. :)
Menggunakan daun Bunga Melur ( Jasminum sambac)
Famili : Oleaceae
Bahasa Inggeris : Jasmine
Kaedah 1 :
|
1. Ambil
beberapa helai daun bunga Melati (Melur).
2.
Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.
3.
Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.
4.
Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melur yang
baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.
Menggunakan daun sirih yang muda ( Piper betle )
Famili : Piperaceae
Bahasa Inggeris
: Betel leaf
Kaedah 2:
1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.
2. Bersihkannya dan ramas daun sirih
tersebut sampai hancur.
3. Rendamkan daun yang telah hancur
tadi ke dalam bekas berisi air panas.
4. Kemudian, biarkan ia terendam
sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.
5. Setelah itu, tapiskan air rendaman
tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.
6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke
dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.
Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.
Kaedah 2
1. Ambil beberapa helai daun sirih.
2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih.
Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.
3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.
4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah
bekas lain dengan menggunakan kain putih.
5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi
air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.
Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga
sakit mata anda beransur pulih.
Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata
MENTIMUN(Cucumis
sativus)
Famili : Cucurbitaceae
Bahasa Inggeris : Cucumber
Boleh merawat
mata dengan potongan mentimun
·
Pakailah
mentimun yang sejuk yang dihiris untuk
melekapkan kepada mata anda.. Tutup kelopak mata dengan hirisan mentimun selama
10 ienit sebelum tidur saat malam hari. Khasiatnya untuk mengurangi kantung
mata dan keletihan pada mata.
UBI
KENTANG ( Solanum
tuberosum
)
Famili : Solanaceae
Bahasa Inggeris : Potatoes
Ubi kentang mengandungi enzim
katekolase yang boleh mencerahkan kulit.
Caranya:
·
1 bii ubi kentang, dikupas, dibersihkan
dan dikisarkan sehingga halus.
Bungkuskan dalam sehelai kain lembut dan bersih. Tekapkan pada bahagian
lingkaran selama 15 -20 minit. Kemudian
, bilas dengan air bersih. Lakukan sehingga
lingkaran gelap tu hilang.
Catatan: Boleh di gunakan uncang the terpakai..
Untuk
menghindarkan kulit berkedut sekeliling mata
·
Lidah
buaya (Aloe vera)
mengandungi Vitamin A, C dan E dapat membantu dalam meningkatkan testur pada
kulit dan juga memelihara kulit.
(Awas ! Jangan sampai masuk ke
dalam mata.)
·
Biarkan mata terbuka ketika berwuduk
atau mandi sambil tu membiarkan air wudhuk atau mandian itu mengalir ke
mata sambil kelip-kelipkan mata untuk beberapa ketika. Didapati berkesan
dan mata tidak mudah rabun, walaupun berjam-jam di depan computer.
·
Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal , ambil
beberapa helai daun sirih muda. Basuh bersih dan
ramas-ramskannya sampai lumat dan didihkan seketika.Airnya ditapis ke dalam mangkuk dan biarkan suam-suam
kuku.Kemudian rendamkan mata atau jiruskan ke mata sambil kelip-kelip mata,
berulang kali ( 3 kali).
Cara
cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :
Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.
Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.
Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.
Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.
·
Digalakkan mengamalkan doa ini.
Doa sakit mata
|
Ya
Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan,
sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali
kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali
kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)
No comments:
Post a Comment