Thursday, April 7, 2016

07 April 2016 - 25 tahun - jubli perak Harian Metro



Harian Metro Temui Pembaca Dalam Siri Jelajah 25 Tahun  Image result for 25 tahun jubli perak Harian MetroImage result for 25 tahun jubli perak Harian Metro
 
 


Friday, 26 February 2016

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Harian Metro akan menganjurkan siri Jelajah 25 Tahun Harian Metro di lima lokasi, dari 4 Mac hingga 24 April ini, bersempena sambutan ulang tahun Jubli Perak akhbar itu.

Lima lokasi yang terpilih bagi siri jelajah itu ialah Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah (4-5 Mac); Tanjung Mas, Muar, Johor, (18-19 Mac); dan Padang MPK3, Kuantan, Pahang (25-26 Mac).

Dua lagi lokasi ialah di Sarawak iaitu di Fan City Mall, Miri (15-16 April); dan Padang Merdeka, Kuching (23-24 April).

Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar berkata program jelajah itu bertujuan menghargai para pembaca setianya di samping berinteraksi secara langsung dengan masyarakat.

"Tempoh 25 tahun bukanlah satu waktu yang singkat, kami percaya tanpa sokongan pembaca tidak mungkin Harian Metro dapat bertahan sehingga kini," katanya kepada pemberita di Theatrette, Anjung Riong, Balai Berita News Straits Times Press (NSTP) Bangsar di sini, Jumaat.

Mustapa berkata antara aktiviti yang dianjurkan untuk memeriahkan program tersebut termasuklah sesi beramah mesra bersama artis tempatan, Harian Metro Picnic dan konsert mini.

Katanya program itu merupakan peluang terbaik bagi akhbar itu yang pertama kali diterbitkan pada 25 Mac 1991, untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan berinteraksi secara langsung dengan mereka terutama generasi muda di negara ini, selain berlibur dan merehatkan diri.

-- BERNAMA

No comments: