Sunday, April 10, 2016

10 April 2016 - ahad 2 rEJAB 1437 - Nasi LEMUNI - BUBUR PULUT Hitam hari ini..

Sempena Jijoi ke Kemboja -

Masak Nasi LEMUNI dan BUBUR PULUT HITAM




Nasi Lemuni


Bahan
3 pot/ cawan beras
3 genggam pucuk lemuni hitam
1 genggam daun inai ( optional. Inai ni panas sikit )
3 cawan santan
1 1/2 cawan air
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, di hiris
garam & gula secukup rasa

Cara
1. Kisar pucuk lemuni & daun inai dengan 1 1/2 cawan air. Tapis pati & buang hampas.
2. Basuh beras & masukkan dalam rice coooker.
3. Masukkan pati campuran lemuni, santan, bawang merah, bawang putih, halia, halba & lada hitam. Kacau rata.
4. Tambah garam & gula secukup rasa. Tambah secukup air/ santan jika perlu.
5. Masak dalam rice cooker.
6. Hidangkan bersama sambal telur / daging masak wira ( my mak's recipe ), ikan goreng/ bilis goreng & timun.

Note: pucuk lemuni digunakan instead of daun lemuni coz daun lemuni lebih pahit. Tapi nasi lemuni kalau dah masak tak pahit pun. 



BUBUR PULUT HITAM














Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.
Garis panduan ukuran cawan dan sudu di iResipi.com

Resepi Berkaitan


No comments: