Ulam-Ulaman
“Pucuk dicita Ulam Mendatang”. Begitulah ungkapan
pepatah melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam
kehidupan suatu masa dahulu. Apakah pucuk dan ulam itu berbeza?
Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan.
Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C.
Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.
Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman.
Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Jadi, saya sedang mengenalpasti dan mencari serta mempromosikan ulam-ulaman yang mungkin semakin dilupai.
Anda yang tinggal di kawasan kampung tentu pernah atau banyak mencuba / merasai pelbagai jenis ulam-ulaman.
Di harap anda boleh kongsikan di sini… Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.
- Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga.
- Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera.
- Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu.
- Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, ulam-ulam mempunyai khasiat daripada segi pemakanan dan perubatan.
- Ini kerana, khasiat yang terkandung didalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.
- Sehingga kini, dipercayai terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia.
- Ulam-ulam ini terdiri dari perbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar seperti petai dan kerdas.
- Berdasarkan kebiasaannya, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan.
- Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi.
- Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya pegaga, rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus, daun tenggek burung dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.
Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan.
- antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa.
- Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat, daun salam, selasih dan di dan pucuk mata pelanduk dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun.
- Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, dan pucuk gajus.
Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C.
Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.
Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman.
Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Jadi, saya sedang mengenalpasti dan mencari serta mempromosikan ulam-ulaman yang mungkin semakin dilupai.
Anda yang tinggal di kawasan kampung tentu pernah atau banyak mencuba / merasai pelbagai jenis ulam-ulaman.
Di harap anda boleh kongsikan di sini… Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.
Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran|ulam
KACANG KELO - TURI - CEKUR MANIS - selasih- kEMANGI
BUNGA KANTAN- TAUGE - KANGKUNG- PERIA KATAK - KAMBAS- PETAI BELALANG
LIMAU KASTURI - LIMAU PURUT - LIMAU NIPIS - LEMON
DAUN KESUM - DAUN KUNYIT - DAUN PANDAN - DAUN KARI -DAUN LEMUNI-
LENGKUAS - HALIA - SERAI
ASAM GELUGUR -ASAM JAWA - ASAM BELIMBING BULUH - REBUNG BULUH
PERIHAL kacang bendi
Untuk
itu, mari kita kenali jenis-jenis ulam yang terdaat di negara ini. Di
sini ada beberapa ulam yang popular dan terdapat banyak lagi ulam-ulaman
yang boleh didapati dengan bacaan lain.
Jering
Jering
- Ulam yang mempunyai bau yang kuat seperti petai tetapi mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
- Kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, serat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, C.
- Ia dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil.
- Berkhasiat untuk mengubati demam panas dan mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
- Memberi kesan sebagai ejen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.
- Mengandungi provitamin akarotena terutama pada daun yang baru dipetik.
- Mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral yang tersenarai di bawah keluarga halia tetapi kurang popular
- Mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam serta mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.
- Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
- Bertindak sebagai pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Generasi
muda yang tahu makan ulam-ulaman mungkin boleh dibilang dengan jari.
Hal itu membuatkan diet harian masyarakat Melayu sejak dahulu itu
semakin terhakis daripada kehidupan masyarakat hari ini.
Ada diantara mereka yang tidak menyukai
rasa, bau, warna malah merasakan makanan seperti itu tidak mengikut
trend sekarang yang lebih bergantug dengan makanan tambahan seperti
vitamin, pemutih dan sebagainya.
Mereka sebenarnyanya tidak mengetahui rahsia yang terkandung dalam ulam-ulaman ini yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya.
Ia juga adalah salah satu cara untuk kekal muda dan sihat secara alami selain daripada mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli set makanan tambahan yang terdapat dipasaran.
Ulam boleh dikategorikan kepada keseluruhan tumbuhan iaitu dari pucuk, daun, batang, biji, buah, umbut dan sehinggalah ke bahagian bunga boleh dimanfaatkan dalam diet seharian.
Setiap dari bahagian itu punyai pelbagai khasiat yang mungkin kita tidak tahu tetapi boleh dikatakan menjadi penawar pelbagai penyakit sejak turun-temurun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/rahsia-ulam-ulaman-1.110415#sthash.uYxH5w7E.dpufMereka sebenarnyanya tidak mengetahui rahsia yang terkandung dalam ulam-ulaman ini yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya.
Ia juga adalah salah satu cara untuk kekal muda dan sihat secara alami selain daripada mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli set makanan tambahan yang terdapat dipasaran.
Ulam boleh dikategorikan kepada keseluruhan tumbuhan iaitu dari pucuk, daun, batang, biji, buah, umbut dan sehinggalah ke bahagian bunga boleh dimanfaatkan dalam diet seharian.
Setiap dari bahagian itu punyai pelbagai khasiat yang mungkin kita tidak tahu tetapi boleh dikatakan menjadi penawar pelbagai penyakit sejak turun-temurun.
No comments:
Post a Comment