Wednesday, April 20, 2016

20 april 2016 - rabu - 12 REJAB 1437 - Perihal PROBIOTIK

PROBIOTIK tingkatkan kesihatan sistem pencernaan



 Sistem pencernaan kita mengandungi  bakteria bermanfaat dan bakteria berbahaya.
·         Kedua-dua jenis bakteria ini penting dalam mengekalkan keseimbangan mikroflora  usus
·         Mikroflora  ialah populasi bakteria usus yang normal  dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan  kestabilan persekitaran dalam usus.
·         Bakteria bermanfaat berperananan penting dalam mewujudkan system pencernaan yang sihat, manakala bakteria berbahaya pul merupkan punya penyakit dan boleh menjejaskan  kesihatan keseluruhan.

Kesihatan system pencernaan amat bergantung kepada kehadiran bakteria bermanfaat dalam usus yang dikenali sebagai probiotik.
Faktor-fakktor sperti infeksi (jangkitan), tekanan, rawatan antibiotik, amalan diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat boleh menjejaskan keseimbangan semula jadi mikroflora.
Perkara begini boleh menyumbang terjadinya masalah seperti gangguan pencernaan , gastrik (radang perut), kembung atau senak perut, disebabkan oleh angin dalam perut atau  usus, cirit-birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.
·         Keberkesanan probiotik dalam meningkatkan kesihatan system pencernaan bergantung kepada jenis bakteria dan kekuatannya.
·         Di saluran usus, Laktobacillus ( dalam usus kecil) dan genus Bifidobakteria ( dalam usus besar)berkolonisasi dalam usus bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan dan keutuhan saluran usus.
·         Kedua  kumpulan bakteria tahan terhadap tindakan asid dan hempedu, membolehkan membantu menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya.
·         Ia juga boleh merangsang sistem pertahanan badan, merawat infeksi yis (candidiasis) dan mengurangkan paras kolesterol.
·         Juga terlibat  dalam proses penghasilan pelbagai jenis vitamin termasuk  vitamin B kompleks dan vitamin K.
Kajian-kajian klinikal dalam bidang probiotik menunjukkan bahawa pengambilan suplemen probiotik adalah berfaedah kepada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Untuk keberkesanan probiotik ia perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 oC.
Masa yg paling baik untuk pengambilan suplemen probiotik ialah stengah jam sebelum makan.

PROBIOTIK membantu :
1.Melegakan masalah cirit-birit dan sembelit.
2.Mengurangkan insidens sakit kepala  dan migraine.
3. Menggalakkan proses penyahtoksikan oleh hati.
4. Melegakan masalah alergi (alahan) terhadap hasil tenusu  .
5. Memperbaiki sindrom Iritasi usus dan ketidakseimbangan asid dalam perut.
6.Mengatasi masalah intoleransi laktosa.

Sumber : Utusan Malaysia - KELUARGA -23 Jun 2005



Perihal Probiotik

No comments: