Sunday, November 30, 2008

LAMAN NURANI

1Disember 2008 : Isnin Pukul 6.00 pagi (on air sekarang)

Slot Laman Nurani


Tajuk : PENGUCAPAN UMUM yang berkesan ( Effective Public Speaking)

oleh : ARIFFIN HASSAN - Pengarah Urusan PDN

1. Persiapan yang rapi
- survey tempat terlebih dahulu, mendapat maklumat berkaitan teks ceramah
2. Kenalpasti siapa audiens kita /latarbelakang
3.Tunjukkan tahap konfidens yang tinggi... kepakaran anda terserlah dengan
keterampilan yang amat meyakinkan.
4. Tunjukkan Bahasa badan yang jelas ( Use the right body language
70 % kejayaan datang dari bahasa badann kita ini
5. Jangan menipu fakta .Jangan guna fakta yang tak pasti mungkin tak berapa tepat, jangan
digunakan sebutkan sumber fakta tersebut - majalah
6. Bersedia untuk menjawab soalan dari penonton semasa sesi soalajawab.
7. Sebut nak mengakhiri ucapan dan buat kesimpulan tentang ceramah kita.
8. Akhiri ucapan dengan kejutan . Spt cerita yang menyayat hati. Pastikan audiens ingat
ceramah kita pada 30 saat terakhir.

Slot Laman Nurani juga adalah slot popular TV3 seiring dengan program Motivasi. Anda akan dapat banyak info berkaitan berbagai perkara untuk meningkat prestasi diri dan membina jati diri supaya menjadi seorang manusia yang seimbang.



Hari ini 1 Disember adalah Hari AIDS Sedunia...ini pun perlu direnungkan. Nak sembang-sembang tentang AIDS ini lain kali..Slot khas Kesihatan.

Sedih juga mendapat berita tentang kedua beradik mati tertimbus akan tanah runtuh di kediaman mereka di Ulul Yam Perdana...Keluarga kehilangan 2 daripada 5 orang anak ... trajedi Alam Sekitar di luar kuasa kita...

Bersyukur kepada kita yang jauh dari bencana tersebut..

dan BANJIR, BANJIR, BANJIR ...terutama di kawasan Pantai Timur .. almaklumlah dah masuk Musim Ketujuh..

Salam ukhwah pada semua . Jumpa lagi ya..

Saturday, November 29, 2008

MOTIVASI DIRI - Progam AlHidayah TV3

PR0GRAM AL-HIDAYAH

Setiap pagi Khamis ke Ahad - TV3 tidak ketinggalan juga on airkan ...satu program motivasi diri berunsurkan dakwah dan muhasabah diri... spt biasa ..saya juga peminat setia program tersebut sejak mula ia disiarkankan..tahun 1990an..

Progam Al- Hidayah ini.. mempunyai pendekatan yang santai dan bersahaja... banyak informasi kerohanian ..yang boleh bina jati diri menjadi Insan MUSLIM yang sejati dan berketrampilan.

..dan melibatkan personaliti motivasi berbeza spt. Ust.. Siti Arbaiyah & suaminya;Dr. Marshitah Ali.. Dr. Yusof ...Ust. Hasan Din AlHafiz , Ustaz Nawawi , Ustaz Sulaiman Benyamin , Ustaz ...( kena buat homewaork lagi..dah lupa..bnyk sgt kut..)..

Impak program..

Yang penting nak kongsi bersama impak program ini pada saya :

Saya menjadi insan yang lebih INSAF , REDHA, BERSYUKUR dan tentunya lebih tabah... krn yakin bahawa Dunia ini hanya pinjaman saje ..Akhirat juga yang kekal abadi.. dan


"CINTA pada ALLAH .. Cinta yang Abadi."
Pesan saya : Selagi hayat masih ada... janganlah membazir masa membuat sesuatu yang tidak memberi manafaat untuk diri dan orang lain...
Tanamkan budaya atau sikap..
Sentiasa suka membuat kebaikan kepada semua makhluk Allah ..termasuk lah
Alam Sekitar ..Fauna & Flora...
(Sedih berpisah dengan Rabby (Arnab) semalam..harap lebih bahagia di bawah jagaan orang lain..almaklum) dan yang penting lakukan dengan seikhlas mungkin.
Sentiasa bersifat ikhlas .. sesama insan ..termasuk dengan makhluk lain.. harap faham mesej saya. " KEIKHLASAN dapat dirasakan..." Ada aura kata org..
Apa Kata Survey ....beri komen ikhlas di alu-alukan.



Motivasi Pagi TV3 ( on air sekarang , 7.00 pagi, 30.Nov.2008)

Saya sedang mencatat apa yang diceloteh oleh beliau sekarang...apa yang sempat untuk renungan kita bersama .. nak tumpang semangkuk .. dan secangkir kopi..dari beliau..

Dr. Fadilah Kamsah sedang bercakap dalam Program Motivasi Pagi TV3 (7.00 pgi) on air sekarang bertajuk : " Cara pilih menantu yang baik " .. kerana maklumlah musim perkahwinan sekarang..

1. Bakal mertua yang baik -mertua yang berwibawa
2. Bakal menantu yang baik - yang berwibawa juga... baru seimbang

Cara nak pilih menantu :
1. Pilih sendiri
2. Ibu Bapa pilihkan
3. Pilh sendiri dan Berbincang dgn keluarga .. cara yang terbaik....insyalalah Bahagia ke akhir
hayat... kerana restu ibu bapa sangat penting. (bagi yang ada...)

Bagi yang tiada ,biarlah " Takdir yang jadi Penentu segalanya..".. sentisa kena redha dan bertawakkal .. ya dik...Kita doakan yang terbaik...


Saranan nabi : ... Ciri pada menantu , umumnya pakejnya sprt disenarai di bawah..

1.Yang cantik /handsome - dari segala aspek termasuklah budi bahasa
2.Yang kaya/ luar dan dalan termasuk hati dan budi..
3.Yang baik keturunan / boleh membiak tanpa batas ..dan kalu boleh tahu latar
belakangnya.. tak nak timbul masaalah nanti..
4.Yang jaga agama .. seimbang dunia dan akhirat..ini paling utama!


(Komen saya : Sembang-sembang Dr. bersahaja ... kelakar .. elok kalau dapat dengar sendiri.. Bayangkanlah anda mendengan suara beliau.. macam saya ni .. saya menaip sambil mendengar celoteh belaiau .. tak pandang TV pun.. sebab TV berada di belakang saya.. jarak 2m aje... itu yang boleh buat catatan terus...

Ha .. dapat satu idea.. saya akan terus buat macam ni .. jika beliau atau penceramah lain tengah on air waktu begini.. Biasa Hari Sabtu dan Ahad ( pukul 7.00 pagi).. macam semalam Dr. Tengku Asmadi sedang on air - bercerita tentang " Rangsang anak mencapai cita-cita"..ada di blog semalam .
.. cara kebetulan.. saya menulis blog ini waktu begini.. insyallah saya akan teruskan..jika tiada aral yang melintang...seronok menulis... rasa seronok pulak buat macam ni .. dapat kongsi ilmu dengan kalian pembaca .. memang tidak salah kalau saya katakan .. bahawa salah satu hobi saya adalah menulis.. macam mana.. ok kut.. harap boleh menjadi Penulis Popular Malaysia .. satu hari nanti - salah satu impian saya ..( Penulis : Pn. Fuziah Sulaiman )..

..sebaris dgn penulis hebat termasuklah sifu maya saya tu, Dr. Fadilah Kamsah and Dr. Irfan Khairi.. Amin. Insyallah. Cayuk..kata remaja sekarang....

sambung catatan:...

Bakal mertua suka.. (menantu lelaki) ...

1.Hormat orang tua/sopan santun
2.Banyak persamaan
3.Boleh dibawa ketengah ketepi

Calon Menantu Perempuan
(sama di atas)
+ urus rumah tangga- pandai memasak -mengemas .....
lain ...almaklumlah sendiri ya.. termasuklah bersedia untuk menjadi ibu yang mithali untuk
keluarga.. kena buat research " How to be a Good Mother" .. tak susah sekarang kan ..nak cari informasi. atau dari emak-emak yang berjaya yan ada di sekeliling cari aje
dalam internet.. tapi yang paling afdhal contoh yang terbaik .. mengikut pandangan orang
veteran .. contoh Ibu Mithali Kebangsaan.!...

Kena bijaksana dan matang dll.
1.Jangan berkira sangat
2.Penampilan seimbang
3.Jaga dunia dan akhirat

Petua nak pilih menantu

1. Beristigharah- berkenalan -berbincang. Mesyuarat - ada redha orang tua
2. Hormati dengan pilihan anak -Akur dengan pilihan anak
3.Jangan ikut hati Jangan menipu .. cari maklumat perisikan tentang makhluk yang berjenis - kalau boleh cari yang sekufu dari semua aspek ( contoh :Umur 53 -23 )...
4. Bakal besan cari keserasiansaling berkenalan - kedua-dua pihak saling memahami
5. Gerak batin ibu sangat kuat (datang dari Allah) - Istikharah, Doa, Solat hajat
6. Cari Chemistry - cari keserasian
8. Guna masa bertunang ini untuk untuk cari keserasian -ngam tak ngam..
9. Redha ibu bapa amat penting

Salam ukhwah dari Dr. Fadillah Kamsah ..bila tengok TV tadi .. penampilan beliau semakin MATANG...he.he..he..( Jangan marah Dr... )


PS: Saya sendiri ada 4 anak perempuan .. maka tentunya menunggu kehadiran 4
menantu lelaki..

Anak Yang Pertama : Dah ada ..menantu yang baik dan seorang cucu ...
Syukur alhamdulillah..
Anak yang Kedua : Calon yang ada .. ok .. .. insyallah tahun depan kut ..terima menentu kedua..
Anak yang ketiga: ....Dalam pencarian...dan perisikan...
Anak yang keempat : ...belum layak lagi .. sebab baru habis PMR !... 10 yrs time kut...ha.ha..


Senyum Selalu .. SENYUM TU SEDEKAH ..
Hidup Mesti CeRIA - Hidup Mesti Enjoy !!!
(trademark :sitcom PUTRI)


Salam ukhwah dari saya..jumpa lagi. 9.15 pagi .

Friday, November 28, 2008

MOTIVASI PAGI

Masih nak bersembang tentang motivasi diri... saya wawarkan diikuti oleh orang lain juga.. terutama para pelajar ..jadikan budaya dalam kehidupan kita seharian ... setiap hari di TV3 sebelum 6.30 .. atau di RTM 1 pun ada.. cara terbaik untuk muhasabah diri.. ubat mujarab bagi kerohanian kita..

Impak dari amalan dan budaya ini:

Saya jadi lebih tabah dan bersemangat untuk melalui setiap detk saat dalam kehidupan saya ini...Bagi saya setiap detik adalah bernilai emas..kalaulau itu harganya.. ataupun berlian.. tetapi bagi kita yang sentiasa menghargai masa...tiada nilai boleh dijadikan taruhan..

" Demi masa ...... "


Sejarah ...

Zaman-zaman takberteknologi canggih ...zaman tok kadok... 1990an... jadi kerja saya membuat rakaman video setiap pagi (6.15 pagi) program motivasi oleh Dr Syukri Abdullah ..yang memebericeramah beliau tentang pendidikan .. tentang cara nak jadi manusia pelajar dan pendidik yang cemerlang .. dan juga tak ketinggalan ..bagaimana nak berjaya dengan cemerlang ... bagi saya trademark beliau..
" Pelari pecut 100m... nak sampai ke garisan penamat.."

Kini... era 2000.. Zaman teknologi.. macam-macam pendekatan dibuat dan ramai pakar motivasi pendidikan...

Sekarang cara kebetulan pagi ini ..pukul 7.00 pagi (29N0v.2008) sedang berkumandang motivasi yang disampaikan oleh Pakar Motivasi popular juga , Dr. Tengku Asmadi B. Tg.Mohammad, seorang konsultan motivasi ... bertajuk

" Merangsang Cita-cita anak-anak "

Saya juga peminat setia beliau..dan beliau juga selalu membuat program perkhemahan motivasi pada tarikh-tarikh tertentu. Jika anda berminat untuk mendapat keterangan lanjut , anda boleh
hubungi agensi beliau melalui :
Lamanweb: www.pelajaralih.com.
Klik di sini.


Lupa nak beritahu juga Pakar Motivasi Dr. Fadillah Kamsah juga seorang konsultan motivasi..
Jika anda berminat untuk mendapat keterangan lanjut, anda boleh juga hubungi agensi beliau:
Excel Training & Consultancy
Laman web:www.fadilahkamsah.com.

Klik di sini.

Pakar motivasi yang lain yang menjadi peminat saya juga termasukalah"

Dr. H.MTUAH ISKANDAR ... suka cara penyampaian belaiau yang bersahaja..kelakar..menghiburkan. Beliau juga banyak menulis buku motivasi yang menarik..pun beberapa dalam koleksi saya.

Jika berminat untuk keterangan lanjut sila layari : www.drtuah

Sebenarnya banyak lagi , pakar motivasi yang popular di Malaysia ini..
Saya tangguh dulu ya....kena buat homework dulu.


Anda boleh juga dapat Bahan bacaan motivasi melalui kedai-kedai buku popular yang ada di negara kita.


SHOP ON LINE.
Sila klik di sini.






Thursday, November 27, 2008

PSIKOLOGI - KUANSELING -MENTOR MOTIVASI

28 November 2008

Psikologi -kaunseling ...

Psikologi merupakan minat saya sejak dibangku sekolah lagi ... seingat sejak sekolah rendah lagi.. pantang jumpa buku-buku berkaitan dengan psikologi saya akan beli ... yang mampu oleh saya.. jenis-jenis buku nipis yang paling saya minati bertajuk "PSYCHOLOGIST" ... sayangnya tak jumpa cari hingga sekarang... rasa amat terkilan... saya tak putus asa ... sekarang bila dah menjadi lebih dewasa ni saya masih terus berpaut hati kepada bidang tersebut .... bila dah ada kerjaya ... ruang masa kini mendengar ceramah-ceramah motivasi daripada beberapa pakar motivasi yang sering keudara di corong-corong radio dan TV... memang habit saya.. akan on tv seawal 5.00 pagi ( terutama TV3 salur favourite saya .. kalau boleh nak onkan 24 jam.. dan baiknya saya.. saya ni jenis setia ... dan radio.. IKIM ... dapat banyak ilmu.. sambil buat itu dan ini ...kedua-dua teman sejati saya ini mesti sama-sama menemani saya... of course dalam rumah sayalah...mungkin dah jadi trademark dengan famili saya ...hidup radio.. tanda dah bangunlah mama mereka ... untuk itu dan ini..

Impak dengan semua ini saya sendiri dalam tak sedar menjadi kaunselor untuk orang lain
...krn secara semuladi saya mudah nak berdamping dengan anak murid yang bermasaalah .. dan client saya ini mudah dilenturkan menjadi lebih positif... mungkin ada aura yang ada pada saya kut.... tulah kenyataan.. ramai anak murid saya yang bermasalah telah menjadi insan hebat ..
tak payahlah sebut nama mereka .. almaklum ya.. confidential ya..

Mentor Motivasi

Di antara favourite Mentor Motivasi saya ialah Mentor Jutawan Internet kita , Irfan Khairi ialah ... Dr Fadillah Kamsah !

..Mula-mula jumpa beliau dan mengenali beliau cara dekat ... sambil ambil makanan ketika jamuan semasa di Bengkel Pusat Sumber- Prgam Membaca diMaktab Perguruan di Bangi ... 1990an ...boleh tahan orangnya , handsome and cute .. spt yang selalu disebut semasa on air dlm tv..tapi sayangnya ... saya lebih tinggi dari beliau ( Jangan marah Dr...gurau aje ).. oh ini Dr Fadilah Kamsah yang hebat tu ...sejak tu saya terus menjadi peminat setia beliau...

..Dapat jumpa lagi ketika memberi ceramah di sekolah kami SMKJ3 Bandar Baru Bangi untuk pelajar.. siap bagi name card ... jumpa lagi semasa bengkel khusus untuk guru ... saya tak dapat lupakan bengkel ceramah live -nya sampai kini... bila beliau memperlihatkan watak persamaan melalui bulan ... hampir semua tepat... yang bestnya saya yang lahir di bulan Mac .. tepat sekelompok dengan beberapa guru lain (8 orang).. asalnya saya diminta oleh rakan saya untuk duduk depan ..saya degil tak nak.. rupanya nak bersekolompok dengan member lain yang lahir bulan MAC... macam nujum pak belalang ya... dan satu lagi tentang kelebihannya .. dapat menyenaraikan berdasarkan bulan ...watak yang ada kebanyakan menepati sifat saya sebagai mereka yang lahir bulan MAC.. sebab banyak yang baik-baik .. seronoknya dipuji begitu .. kebetulan ..
.. saya percaya Dr Fadhillah berani membuat pendedahan ni berdasarkan kajian yang beliau buat bertahun-tahun ... bukan ahli nujum lah tu..tapi secara profesional kan..

..dan ungkapan beliau yang favourite dalam ceramah beliau ..mungkin menjadi trademark buat beliau ...sampai saya selalu sebut bersama adalah... " jangan sampai kita terlepas pandang"..

Tidak ketinggalan juga kaset, VCD dan buku-buku beliau ada dalam koleksi saya. .. maklumlah peminat setia ..
Jika anda berminat sama untuk memiliki kaset,VCD dan buku Dr. Fadilah Kamsah ini


Klik di sini !

Tuesday, November 25, 2008

Bio World - Dunia Bio

Pada Cuti Ogos yang lalu saya telah berpeluang mengikut rombongan Ke Langkawi..sangat memberi kesan kepada jiwa saya yang suka kepada alam semulajadi.


of course ... dari aspek ekosistem .. Lautnya , pulau-pulau , kawasan padi-- dari aspek fauna - WATERWORLD yang sungguh menakjubkan .. of course lebih hebat dari yang terdapat di AQUARIA KLCC !!
Disini diletakkan beberapa gambar sekitar Langkawi ... nak berkongsi pengalaman ..

Yang memberi tarikan sebenarnya

Untuk menikmati lebih banyak tempat menarik bagi destinasi pelacong , khususnya yang ada kaitan BioWorks anda bolehlah
Klik Di Sini
( Irfan Khairi - Interesting Pkaces in Malaysia )
Untuk dapat pakejDiskaun berkaitan dengan Evomembers
Klik disini !

Sunday, November 23, 2008

Diari Saya

24 november2008 -hari Isnin

Hari ini muridku [(5B),5C,5D] menghadapi BIOLOGI EXAM. CG doakan kalian semua meghadapi dengan tabah dan tenang . Moga Kejayaan cemerlang ditangan kalian. Amin.

MENTOR BIOLOGY PBE 3H

Bila cerita pasal anak murid ni , terutama bidang amat saya minati , BIOLOGY saya amat teruja untuk membantu pelajar belajar khususnya yang ambil Biologi untuk belajar cara berkesan. Sepanjang pengalaman sebagai guru Bio ni selama 24 tahun .. (April 1984) sehingga kini (Disember 2008) ...Saya sentiasa berfikir bagaimana nak bantu pelajar belajar Bio ini secara santai dan menyeronokkan... tidak tension , berkerut-kerut spt nak jadi seorang pakar atau doktor.... Sesiapa saje layak untuk menimba ilmu Allah ini .... ilmu hidup namanya...kerana maksud 'BIOLOGY" iatu "Bios" tu sendiri maksud 'hidup/life ' dan "logos" maksudnya" bidang / study; jadi maksud Biology ringkasnya adalah bidang yang mengkaji Benda hidup'.. Englishnya .. Biology is the study of Life.. so to study Bio mesti dengan jiwa ... need to love the subjuct .


Fikir punya fikir .....Jadi saya mendapat ilham untuk memperkenalkan prinsip belajar efektif 3H saya ni ... maka tiap kali saya Hari pertama saya berjumpa dengan pelajar , saya akan memperkenalkan prinsip belajar cemerlang 3H ( PBE 3H) ini. .. dan harap bekas-bekas pelajar saya semua yang pernah belajar dengan saya.. tentu tidak lupa kepada Prinsip 3H ini.. sampai bila-bila .. boleh digunakan sepanjang hayat anda .. selagi anda bernama pelajar (PHD! )... boleh apply pada subjek lain juga ... boleh turun juga ke anak cucu .. jangan kedekut ilmu ..ok..

Alhamdulillah.. ramai pelajar Biologi saya ini dah ramai terbukti cemerlang .. di Malaysia dan seluruh dunia ...Tahniah kepada pelajar -pelajar SMK Sg Pelek Sepang (194-1986) , SMK Yu Hua Kajang ( 1986 - 1993) dan tentunya menjadi guru perintis untuk SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi sehingga kini (1994 - 2008) dan samapai pencen kut...

Bertujuan untuk berkongsi ilmu dan membantu pelajar-pelajar yang mengambil Bio sebagai opsyen . dan mendapat ilham dan petunjuk dari sifu saya Dr Irkhan Khairi yang terkenal sebagai Jutawan Internet .. maka saya tidak menoleh ke belakang lagi dan terus melangkah ke hadapan untuk menghasikan sebuah e-book yang bertajuk " MENTOR BIOLOGY PBE 3H"
( harap Dr Irfan tak kisah saya ambil perkataan MENTOR tu dari e-book beliau yang bertajuk MENTOR JUTAWAN . Saya amat tertarik dengan perkataan MENTOR ... lebih tepat bermaksud Guru Pembimbing dan Penasihat ..kan..

Untuk berkongsi pengalaman di sini terdapat beberapa gambar yang diambil ketika saya menyertai kedua-dua bengkel/ workshop Dr Irfan Khairi , yang telah diadakan di Hotel J.W Marriot baru-baru ini ( bukan apa ..Sebagai bukti saya hadir pada kedua-dua bengkel tersebut... )


Pada 22 Oktober2008 (Ahad) "Bengkel Jutawan Internet" lebih fokus berkaitan dengan cara bagaimana membina Laman Web untuk promosi produk ( e-book)...



















Pada 26 November 2008 : Bengkel / Workshop Terhangat DiPasaran bertajuk : " Cara mencipta Produk informasi (e-book) di Pasaran dalam masa 30 hari".


















So to start of what is BCE 3H ...