10 Tips Pelaburan Hartanah 2015 Daripada Pemuda Yang Mempunyai Lebih 30 Buah Hartanah
Ringkasan 10 tips pelaburan hartanah
2015 daripada Faizul Ridzuan, pakar pelaburan hartanah yang memiliki 30
buah hartanah pelaburan di sekitar KL, Selangor dan Johor. Yang nak
membeli hartanah dalam 2015 wajib baca!
MRT / LRT.. rasanya semua orang tau
kenapa. Kalau tempat tinggal dan ofis berdekatan stesen pengangkutan
awam ni, kereta tak lagi diperlukan untuk ke tempat kerja. Dengan DBKL
bercadang untuk mengurangkan bilangan tapak letak kereta di bandaraya
KL, dah boleh nampak trend di mana semakin lama, kenderaan sendiri
semakin tidak digalakkan digunakan di Lembah Klang.
Bangunan pejabat baru menjadi lokasi
tempat kerja untuk ramai orang, sekaligus meningkatkan permintaan
hartanah di kawasan tersebut. MNC yang dibuka di bangunan pejabat
tersebut membawa penyewa yang mampu membayar sewa yang lebih premium.
Lebuhraya baru menambahkan akses ke
kawasan tersebut. Universiti membawa banyak pelajar ke kawasan tersebut
manakala sekolah antarabangsa membawa mereka yang berpendapatan tinggi
untuk menetap di kawasan tersebut supaya anak mereka boleh mendapat
pendidikan yang bagus.
2) Beli hartanah yang murah dalam
kawasan yang mahal, kecuali perumahan kos rendah. Lebih ramai mampu
untuk membeli hartnah ini (permintaan tinggi) dan sewa lebih murah
berbanding hartanah mahal di kawasan tersebut. Elakkan membeli hartanah
yang mempunyai harga luar biasa di sesuatu kawasan.
Cara nak cari hartanah macam ni ialah
dengan mengetahui purata harga hartanah di kawasan tersebut. Bila dah
tau purata harga, bolehlah beli hartanah yang lebih murah daripada
purata harga.
3) Kadar sewa mestilah sama atau lebih
daripada bayaran ansuran bulanan untuk loan 30 tahun. Yes, memang kita
biasa ambil loan dengan tempoh maksimum 30 tahun, tapi kalau nak
selamat, kira berdasarkan tempoh loan 30 tahun.
4) Harga hartanah berada dalam kategori mampu milik.
5) Cari hartanah yang mempunyai potensi sewa yang bagus dan potensi kenaikan nilai yang tinggi.
Contoh, rumah kos rendah di kawasan
bagus mempunyai potensi kadar sewa yang bagus tetapi tidak pada potensi
kenaikan nilai kerana hanya mereka yang berada di bawah paras pendapatan
tertentu sahaja boleh membeli hartanah ini.
Manakala hartanah baru / under
construction yang dipasarkan pada yang tak masuk akal mungkin mempunyai
potensi untuk kenaikan harga, tetapi tidak untuk sewa.
6) Lokasi sahaja sudah tidak memadai
untuk mencari hartanah yang bagus. Harga, permintaan dan jenis hartanah
memainkan peranan penting dalam pelaburan hartanah.
7) Jangan hanya dengar cakap orang tentang sesuatu hartanah. Buat kajian anda sendiri terlebih dahulu sebelum membeli!
8) Sekiranya ingin melabur dalam
hartanah baru / under construction, pastikan anda lihat pada track
record pemaju tersebut terlebih dahulu.
9) Mengetahui apa yang perlu dibuat selepas membeli hartanah sama penting dengan mengetahui apa yang perlu di beli dan di mana.
10) Secara peribadi, Faizul berpendapat
2015 adalah tahun yang sesuai untuk membeli hartanah untuk kediaman
sendiri kerana tahun ini pasaran hartanah tidaklah segila beberapa tahun
sebelum ini. Tahun ini boleh dikatakan sebagai ‘buyer’s market’ kerana
bilangan pembeli tidak terlalu ramai.
Dipetik daripada webinar Q2 Far Capital,
syarikat milik Faizul Ridzuan. Kalau rasa ringkasan di atas berguna,
saya galakkan anda tonton video penuh beliau. Tonton sekarang sebelum
video dipadam.
No comments:
Post a Comment