SEMBELIT yang teruk, hilang selera makan sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak, kembung dan keluar darah dari dubur, perlu buat saringan awal kanser kolorektal.
Perihal Kanser KOLOREKATAL....
Daripada kajian menujukkan kanser kolorektal berpunca daripada interaksi kompleks antara persekitaran dan genetik.
Faktor persekitaran termasuk gaya hidup tidak mengamalkan makan yang sihat, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta selalu mengambil daging dalam menu harian. Perokok tegar berpeluang mendapat kanser temasuk golongan obes.
Individu mempunyai sejarah keluarga hidap kanser usus disaran buat pemeriksaan awal pada usia 30 tahun ke atas , dan yang tiada 40 tahun ke atas.
HARIAN METRO 120ktober 2015
PAKAR kesihatan memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari perut. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang boleh diserang penyakit. Sakit perut biasa memang tidak tidak sama dengan kesakitan yang dialami individu apabila ada ketidakstabilan pada bahagian berkenaan.Ketidakstabilan tersebut mungkin tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum.
Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana
Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata memang sukar untuk mengenal pasti
simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia perlu diteliti dari
pelbagai aspek. Dr. Jonah berkata simptom awal bermula dengan gastrik,
banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit. Sembelit
yang dimaksudkan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak
membuang air besar dalam masa hingga sebulan. Kebanyakan kes kanser
kolorektal ini menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.
Bagaimanapun ada juga yang terkena pada usia yang lebih muda. Tambahnya,
kepayahan membuang air besar itu biasanya disertai titisan darah dengan
kadar yang agak banyak.
Sakit perut merupakan peringkat terakhir
kesakitan yang berlaku apabila wujud komplikasi seperti kebocoran.
Ketika peringkat ini rawatan segera amat diperlukan. Menurut Dr. Jonah,
ketidakseragaman tabiat membuang air besar juga adalah salah satu
simptom kanser kolorektal. Selain itu, seperti kebanyakan kanser lain
simptom berat badan menyusut juga perlu diawasi.
Diagnosis awal selamatkan nyawa
Ujar Dr. Jonah lagi jangan risau dengan
ujian kerana itulah saja cara untuk kita mengesan penyakit dan melakukan
rawatan sebaiknya. Kecanggihan penciptaan teknologi perubatan
menghasilkan satu alat berbentuk sudu kecil untuk mengesan ketumbuhan di
bahagian dubur dan rektum. Pada peringkat awal kanser, pemeriksaan
boleh dilakukan dengan hanya memasukkan jari sahaja. Daripada kemasukan
jari tersebut doktor akan dapat mengesan sama ada terdapat ketumbuhan di
bahagian tersebut. Kemudian pesakit disarankan datang semula untuk
ujian kolonoskopi di mana sedikit tisu diambil dan dihantar untuk ujian
di makmal. Jika ketumbuhannya kecil sahaja ia boleh terus dibuang dengan
scoop dan tidak perlu dibedah
Menurut Dr. Jonah lagi, semua jenis
kanser di bahagian usus besar bermula dengan polip dan boleh dikatakan
sebanyak 60 peratus polip berpeluang menjadi kanser. Hanya apabila ujian
makmal memberitahu bahawa polip tersebut mengandungi sel kanser,
barulah pembedahan dibuat, jika tidak pembedahan mungkin tidak perlu.
Lebih baik jika individu yang berpotensi menjalani ujian najis. Ujian
ini sangat penting bagi mengesan sama ada wujud pendarahan dalam najis
akibat pendarahan dalam usus besar. Jika hospital yang merawat tidak
menyediakan perkhidmatan tersebut, anda boleh membuat permintaan untuk
dirujuk ke hospital lain.
Siapa yang berpotensi hidapi kanser kolorektal?
Biasanya ia berpunca daripada keturunan
atau genatik dan jika mengikut etnik pula, orang Jawa ramai yang
mengalaminya. Mereka yang tidak makan makanan yang kaya dengan serat
juga berpotensi menghidap kanser kolorektal. Dr. Jonah menasihati agar
mengamalkan cara hidup yang sihat, makan sayuran lebih, berserat tinggi,
banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan makanan yang
pedas.
No comments:
Post a Comment