Trajedi Kren tumbang di Mekah--satu IKTIBAR bagi kita semua..
Al-fatehah... SYURGA BUAT mu...SITI Nuroshlizan Zulkifli..dan Jemaah yang lainnya..
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.
Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah
Suci, kisah wanita ini yang paling mengusik jiwa saya, dan mungkin anda
juga.
Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang
terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia
37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji
pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia
memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di
tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran
pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau
mengakhiri nafasnya juga.
Walaupun meninggal dalam keadaan yang
tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan
mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang
paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di
dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana
tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana.
Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya
wanita ini dijemput Tuhan..
No comments:
Post a Comment