Tuesday, September 15, 2015

BIODIVERSITI SABAH - Satu Anugerah Alam

BIODIVERSITI SABAH - Satu Anugerah  Alam


 352 spesis burung 224 spesis mamalia 215 spesis reptilia 112 spesis amfibia


JA slide show
 JA slide show



JA slide show JA slide show

 JA slide show






 KEPELBAGAIAN SUMBER BIOLOGI Sabah terkenal dengan kekayaan sumber biologinya yang unik dan pelbagai. Terdapat sebanyak 224 spesis mamalia, 352 spesis burung, 112 spesis amfibia dan 215 spesis reptilia di negeri ini. Perairan Sabah yang terletak di dalam lingkungan “Coral Triangle” menyokong lebih daripada 75% terumbu karang di Malaysia, 756 spesis ikan terumbu karang dan 90 spesis udang karang. Selain itu, Mamalia marin seperti dugong, ikan lumba-lumba dan penyu juga boleh ditemui di perairan Sabah. Hutan hujan Sabah sangat kaya dengan pelbagai jenis himpunan tumbuh-tumbuhan termasuklah hutan kerangas, ultra-mafik, dipterokap, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Tanah lembap yang pelbagai jenis di Sabah seperti paya bakau, hutan paya gambut, tasik ladam, dataran lumpur dan tanah paya lain juga mengandungi pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Lebih daripada 15% kawasan tanah Sabah telah dikategorikan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected area) – seperti Taman Kinabalu, Taman Banjaran Crocker, Taman Hidupan Liar Tabin dan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.

ENAKMEN BIODIVERSITI SABAH 2000 Menyedari akan kepentingan untuk terus memelihara khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai ini, Kerajaan Sabah telah menggubal Enakmen Biodiversiti Sabah 2000 sebagai langkah untuk memperkukuhkan lagi sistem urustadbir sumber-sumber biologinya. Enakmen itu juga membolehkan penubuhan Majlis Biodiversiti Sabah dan juga Pusat Biodiversiti Sabah bagi melaksanakan Enakmen tersebut.


 ENAKMEN BIODIVERSITI SABAH 2000

Menyedari akan kepentingan untuk terus memelihara khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai ini, Kerajaan Sabah telah menggubal Enakmen Biodiversiti Sabah 2000 sebagai langkah untuk memperkukuhkan lagi sistem urustadbir sumber-sumber biologinya. Enakmen itu juga membolehkan penubuhan Majlis Biodiversiti Sabah dan juga Pusat Biodiversiti Sabah bagi melaksanakan Enakmen tersebut.


 KAWASAN PERLINDUNGAN BERTARAF ANTARABANGSA
1. TAPAK WARISAN DUNIA TAMAN KINABALU Taman Kinabalu, seluas 75,370 hektar (753.7 km persegi) telah diwartakan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1964. Taman ini kemudiannya diubah nama kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984. Taman Kinabalu kemudiannya diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2 Disember 2000. Pengisytiharan ini mengiktiraf kepentingan nilai alam semulajadinya di peringkat dunia. 2. TAPAK RAMSAR TANAH LEMBAB HILIR KINABATANGAN-SEGAMA Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama (yang menjadi habitat kepada spesis-spesis terancam seperti Tembadau, Orangutan, Monyet Belanda, spesis-spesis unggas, spesis kayu bakau dan banyak lagi) ini telah berjaya disenaraikan sebagai salah satu Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar pada 28 Oktober 2008. Tapak Ramsar ini bukan sahaja menjadi yang pertama di Negeri Sabah bahkan yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 78,803 ha.Disember 2000. Pengisytiharan ini mengiktiraf kepentingan nilai alam semulajadinya di peringkat dunia.


2.  KINABATANGAN-CORRIDOR OF LIFE (K-COL) Heart of Borneo (HoB) adalah inisiatif tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, dan Indonesia untuk bersamasama mengurustadbir dan mengelola kawasan hutan tropika dataran tinggi di Borneo yang berasaskan kepada prinsip konservasi dan pembangunan mapan. Inisiatif HoB ini adalah bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara ekosistem yang dirangkumi kawasan hutan hujan khatulistiwa seluas 220,000 kilometer persegi yang turut menjadi habitat pelbagai spesis hidupan liar. Terletak di Pantai Timur Negeri Sabah, Kinabatangan merupakan kawasan ‘forested alluvial floodplain’ yang sangat penting untuk menyokong kehidupan komuniti tempatan serta menjadi habitat kepada hidupan liar. Projek Kinabatangan - Corridor of Life ini bertujuan untuk memastikan wujudnya keseimbangan dan keharmonian antara kepesatan pembangunan, pertambahan penduduk, serta keperluan untuk mengekalkan keunikan sumber biodiversiti di kawasan tersebut.

 3. CORAL TRIANGLE INITATIVE(CTI) 3. SULU-SULAWESI MARINE ECOREGION (SSME) Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) adalah kerjasama serantau yang dianggotai oleh enam buah negara yang terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timor Leste. Objektif utamanya adalah untuk menjamin masa hadapan yang stabil dan produktif untuk komuniti persisiran pantai, keselamatan makanan dan ekonomi serta pemuliharaan terumbu karang dan sumber perikanan. Initiatif ini bertujuan untuk mengurangkan degradasi habitat, menyusun semula ekonomi dan sosial pengguna sumber marin, memperbaiki keselamatan makanan untuk masyarakat, adaptasi kepada perubahan iklim dan pemuliharaan berterusan kawasan terumbu karang.

PERUNDANGAN-PERUNDANGAN BRKAITAN dengan KONSERVASI DI SABAH

 ENAKMEN BIODIVERSITI SABAH 2000
ENAKMEN SUMBER AIR 1998
ENAKMEN PERHUTANAN 1968
ENAKMEN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR SABAH 1997
ENAKMEN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR 2002

 TAMAN KONSERBASI  SABAH
Taman Marin di SABAH

No comments: