Pembenihan Awan merupakan salah satu kaedah menghilangkan jerebu !
Pembenihan dinamik awan Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.
Pembenihan Awan Higroskopik Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.
Pembenihan Awan Statik Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.
Namun begitu, Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
Pembenihan awan amat sangat komplesk cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.
Saintis dari Jerman telah berjaya membuktikan konsep menghasilkan awan menggunakan laser yang menyejatkan air untuk menghasilkan hujan. Teknologi ini baru diuji didalam makmal dan dikatakan telah berjaya menghasilkan awan apabila udara diionkan.
Percubaan sebenar telah dilakukan di Jerman dengan keputusan yang agak terhad, walaupun begitu, bacaan menunjukkan bahawa ketumpatan dan jumlah wap udara meningkat ketika laser ditembak ke atmosfera.
Pada masa depan kemungkinan teknologi ini akan menjadi salah satu alternatif bagi pembenihan awan ketika kemarau.
Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca memperkenalkan kaedah baru pembenihan awan menerusi teknikhygroscopic flare yang mampu menghasilkan tambahan hujan antara 30 hingga 60 peratus berbanding cara sebelum ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Heing Ding berkata, ia dilakukan dengan menggunakan helikopter menembak awan dengan roket khas yang terkandung di dalamnya partikel garam kering untuk merangsang pembentukan titisan air hujan.
Kata beliau, kaedah konvensional pembenihan awan yang pernah dicuba di Malaysia sebelum ini menggunakan pesawat bersayap tetap terbang ke dalam awan bagi membolehkannya menyembur larutan air garam.
''Teknologi dari Afrika Selatan ini mudah, murah dan berkesan untuk menghasilkan tambahan hujan dari awan kumulus.
''Pujian harus diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan usaha ini,'' katanya kepada pemberita di Kompleks Airod di sini, hari ini.
Terdahulu beliau diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Dr. Lim Joo Tick dan Pengarah Unit Perubahan Cuaca, Tung Nam Ping mengenai teknik berkenaan.
Operasi pembenihan awan ini menggunakan helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah kendalian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia dengan kerjasama Airod Sdn. Bhd. (Airod). Law berkata, kaedah baru itu telah dicuba bulan lepas dengan kos sebanyak RM500,000 termasuk perbelanjaan membeli peralatan dan khidmat nasihat pakar dari Afrika Selatan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0125&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_05.htm#ixzz2X0eAbFbe
© Utusan Melayu (M) Bhd
STPM : GEOGRAFI : Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara dan Jerebu
Pembenihan Awan
Proses ini adalah satu perkara yang perlu kita tahu. Jerebu yang melanda adalah satu desakan yang kuat untuk melakukan proses ini walaupun kosyang tinggi.
Terdapat 3 JENIS pembenihan awan iaitu:
Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.
Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.
Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.
Namun begitu, Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
Pembenihan awan amat sangat komplesk cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.
Pembenihan awan cara baru diperkenal
SUBANG 24 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca memperkenalkan kaedah baru pembenihan awan menerusi teknik hygroscopic flare yang mampu menghasilkan tambahan hujan antara 30 hingga 60 peratus berbanding cara sebelum ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Heing Ding berkata, ia dilakukan dengan menggunakan helikopter menembak awan dengan roket khas yang terkandung di dalamnya partikel garam kering untuk merangsang pembentukan titisan air hujan.
Kata beliau, kaedah konvensional pembenihan awan yang pernah dicuba di Malaysia sebelum ini menggunakan pesawat bersayap tetap terbang ke dalam awan bagi membolehkannya menyembur larutan air garam.
''Teknologi dari Afrika Selatan ini mudah, murah dan berkesan untuk menghasilkan tambahan hujan dari awan kumulus.
''Pujian harus diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan usaha ini,'' katanya kepada pemberita di Kompleks Airod di sini, hari ini.
Terdahulu beliau diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Dr. Lim Joo Tick dan Pengarah Unit Perubahan Cuaca, Tung Nam Ping mengenai teknik berkenaan.
Operasi pembenihan awan ini menggunakan helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah kendalian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia dengan kerjasama Airod Sdn. Bhd. (Airod).
Law berkata, kaedah baru itu telah dicuba bulan lepas dengan kos sebanyak RM500,000 termasuk perbelanjaan membeli peralatan dan khidmat nasihat pakar dari Afrika Selatan.
Jabatan berkenaan akan menggunakan kaedah itu di Empangan Temenggor, Perak dan Empangan Pedu, Kedah bagi memastikan bekalan air di dua empangan berkenaan mencukupi untuk kegunaan harian penduduk dan bagi pengairan sawah padi.
Law memberitahu, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mencuba kaedah hygroscopic flare menggunakan helikopter yang berasaskan kepada kaedah yang telah dicuba di Afrika Selatan.
''Perbezaan dengan kaedah di Afrika Selatan ialah di sana mereka menggunakan pesawat bersayap tetap sedangkan di Malaysia kita menggunakan helikopter jenis Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat,'' katanya.
Beliau menambah, kementeriannya akan mengemukakan satu kertas kerja kepada kabinet mengenai cadangan pembelian sebuah helikopter berharga RM20 juta yang akan digunakan khusus untuk aktiviti pembenihan awan.
Dalam pada itu, Tung berkata, beberapa siri ujian telah diadakan antara 10 hingga 23 Disember lalu dan berjaya menghasilkan pertambahan hujan.
Tambahnya, sebanyak dua ujian dilakukan iaitu di Kuala Selangor dan Hulu Bernam telah menghasilkan peningkatan curahan hujan dan beberapa siri ujian akan diadakan dari semasa ke semasa.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0125&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_05.htm#ixzz3lwoQXWk4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Operasi Pembenihan Awan 2014
(1) Bagaimana cara pembenihan awan dilakukan?
Secara umumnya, pembenihan awan merupakan suatu proses untuk mempercepatkan penurunan hujan.
Kaedah Pembenihan Awan di Malaysia
(a) Larutan garam biasa (NaCl) yang angkut oleh pesawat udara dan disembur ke dalam awan; dan
(b) Pembakaran higroskopik flare (campuran NaCl, KCl dan MgO) yang
dipasang pada sayap pesawat kecil dan terbang di bawah dasar awan.
Syarat-syarat Pembenihan Awan
(a) Keadaan atmosfera yang tidak stabil (angin yang lemah di paras
atmosfera rendah antara 5,000 kaki dan 15,000 kaki serta berlakunya daya
tujahan angin secara menegak) adalah merupakan faktor utama bagi
menjamin kejayaan operasi pembenihan awan
(b) Perlu dilakukan pada awan yang sesuai, biasanya awan jenis Towering Cumulus
(c) Udara yang lembab – kandungan wap air yang tinggi
Proses Pembenihan Awan
Garam semburan
atau flare bertindak sebagai Cloud Condensation Nuclei (CCN), iaitu
bahan higroskopik yang mempunyai keupayaan menarik, menyerap dan
memegang wap air di dalam atmosfera. Proses berkenaan bertujuan
mempercepatkan pembentukkan titisan-titisan air daripada wap air
sehingga mencapai saiz yang cukup besar dan berat dan akhirnya akan
turun sebagai hujan.
(2) Berapa peratusan hujan akan berlaku apabila memenuhi ke semua kriteria dan peratus kandungan air hujan yang akan turun?
Dalam keadaan atmosfera yang sesuai, peratus kejayaan adalah sekitar 80%.
(3) Adakah air hujan yang terhasil dari pembenihan awan ini selamat untuk digunakan?
Air hujan yang terhasil sama seperti hujan biasa.
(4) Berapakah kos yang terlibat bagi pembenihan awan ini?
Anggaran kos yang dikenakan bagi operasi 3 jam penerbangan sehari:
(a) Bagi penggunaan pesawat Cessna swasta – RM20,000 sehingga RM30,000
(b) Bagi penggunaan pesawat TUDM – RM80,000
Laporan Operasi Pembenihan Awan:
Laporan Operasi Pembenihan Awan 04/03/2014
No comments:
Post a Comment