Wednesday, September 30, 2015

HARI WARGAMAS SEDUNIA - 1 OKTOBER

 HARI WARGA EMAS - I OKTOBER

khusus untuk golongan 60 siri ke atas...termasuk saya.

sendiri...Well.be positive always dalam menghadapi hari-hari yang mendatang...Always feel Young..petua Awet Muda yaa..

 

Perkhidmatan Warga Emas

Definisi Warga Emas

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

Perkhidmatan Luar

Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:
  • • Bantuan Kewangan
  • • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
  • • Pusat Aktiviti Warga Emas
  • • Unit Penyayang Warga Emas

Bantuan Kewangan

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Kelayakan Bantuan:

  • • berumur 60 tahun ke atas;
  • • tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan
  • • tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Cara Pemohonan

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email. Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web ini.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).

Bantuan Alat Tiruan

BANTUAN ALAT TIRUAN / ALAT SOKONGAN (BAT / AS)

  • • Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  • • Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

Perkhidmatan Institusi

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN

  • • HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN

Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan.

AKTA BERKAITAN:

  • • Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)
  • • Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

DASAR / PELAN YANG BERKAITAN:

KAEDAH BERKAITAN:

  • • Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
  • • Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
  • • Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978\
 
 Sungguh Mulia..

No comments: