Friday, September 18, 2015

Perihal Batu Karang di Sistem Urinari - Kidney Stones



Nostalgik  juga...Saya sendiri pernah mengalaminya. ketika di kolej ...tak boleh nak bergerak..satu langkah ke satu langkah..nak pergerak ke satu meja ke satu meja semasa diperpustakaan..sangat sakit...

Saya berubat secara tradisional..dikeluarkan batu secara ....g h a i b...alhamdulillah dah ok...

Ibu sedara pun ada masalah ..macam ada kaitan genetik nampaknya..tapi  ia mencatat sejarah.. yng pertama menggunakan kaedah laser utk memecahkan batu karang tersebut...glamour sekejap..masuk skhabar..

Apakah itu Penyakit Batu Karang

 by  20:21  0 comments   
Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Sebelum ini Cucu Mak Jemah Jual Vitamin dah ada buat satu entri mengenai Ngerinya Tengok Harga Shaklee Collagen Powder, so kalau rajin bolehlah jenguk dan baca ya. Nak tinggalkan jejak pun lagi bagus.hehe... Jadi harini, mari kita sambung dengan vitamin-vitamin lain yang marvellous! Oh ya, nak bercerita tentang Penyakit Batu Karang lah!



Macam mana nak tahu penyakit batu karang mula menyerang diri kita? Antara tandanya ialah apabila kita merasa sakit perut yang amat sangat. Sakit perut yang seperti hendak buang air tapi tak keluar juga seperti nak muntah tapi tak juga keluar. Badan mula berpeluh-peluh dan kesakitan perut tadi memulas-mulas hingga semua serba serbi tak kena!

Batu karang ini kebiasaannya ditemui kepada setiap seorang daripada 10 orang. Risiko untuk menghidapinya agak tinggi. Punca yang biasa menjadi sebab kepada batu karang ini ialah gaya pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak disedari menyumbang kepada gangguan sistem buah pinggang. Jika seseorang itu kurang minum air kosong, ini akan menyebabkan penghidratan. Ditambah lagi dengan kurang bersenam, lagi lah membawa kepada gaya hidup yang tidak seimbang. Kerosakan pada tisu otot setiap hari boleh menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu.


Majoriti lelaki antara penghidapnya kerana sistem urinari yang lebih kompleks berbanding wanita. Jika sejarah keluarga juga ada yang menghidap masalah hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin, ini juga boleh menjadi sebab kepada masalah batu karang. Ada juga yang mengatakan banyak duduk juga menjadi penyebab kerana tulang akan mengeluarkan kalsium ke dalam darah.

Bagaimana sebenarnya boleh terjadi batu karang ini? Proses air kencing kita menjadi tepu dengan garam seperti kalsium oksalat, dan asid urik membentuk kristal halus. Kristal halus ini lah yang bilamana terkumpul boleh menjadi pembentukan batu karang. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sering menahan kencing dan cenderung kepada pemakanan yang masin.


Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mencegah dan merawat sakit batu karang? Jika sudah didiagnos anda menghidap sakit ini, sebaiknya ikut segala arahan doktor dan dapatkan rawatan lanjutan.

Jika anda mahu berjaga-jaga, ubahlah gaya hidup mulai sekarang. Anda boleh jalani ujian air kencing, darah dan buat pemeriksaan tekanan darah tinggi untuk memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Bagi mereka yang sudah mengalami masalah batu karang ini, digalakkan untuk minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan daripada mengambil minuman manis dan berkarbonat.

Sebenarnya kekurangan Vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Jadi, dapatkan sumber Vitamin B daripada pemakanan harian atau dapatkan supplemen seperti B Complex.


B Complex membekalkan vitamin B yang lengkap untuk kesihatan tubuh badan. Dalam hal ini, ia boleh mencegah pembentukan batu karang daripada terus terbentuk. Khasiat B Complex yang lain, anda boleh teruskan pembacaan di B Complex.


THURSDAY, DECEMBER 25, 2008

MONDAY, DECEMBER 22, 2008


Penyakit Batu Karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:


  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).

  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis Batu karang

Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:


  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Apa dia batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Apa dia batu Karang dalam Hempedu?
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Apakah tanda-tandanya? 

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.


  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Bagaimana batu dalam hempedu diubati?

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.


Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.


Perlukah kita berpantang?

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Batu Karang

Pengenalan
Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat.
Batu karang dalam pundi kencing
Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.
Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.
Gejala dan Tanda
Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain. Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai 'Renal Colic'. Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.
Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman. Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.
Penyiasatan
90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya diikuti dengan siri x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan. Ujian Ultrasound pula akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.
Satu siri ujian darah dijalankan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium di dalam darah. Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada jangkitan kuman, keasidan atau alkali. Dalam setengah kes, juga untuk memeriksa paras kalsium, oxalate dan asid urik.
X-ray abdomen
Intravenous Pyelogram (IVP)
Komplikasi
Batu karang di buah pinggang atau ureter akan menyebabkan halangan. Ini akan mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk pembentukan nanah. Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan jadi sangat teruk kerana urosepsis. Ini adalah kecemasan dan pesakit tersebut perlu rawatan dengan antibiotik dan halangan tersebut perlu di atasi dengan memasukkan tiub ke dalam ureter untuk melepasi ureter atau memasukkan tiub ke buah pinggang untuk mengalirkan air kencing yang dijangkiti kuman. Halangan yang kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang. Jika ada batu karang, tetapi tidak menghalang aliran air kencing juga boleh menyebabkan jangkitan yang berulang-ulang yang di namakan Pyelonephritis.
Begitu juga dengan batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing, di bahagian pundi kencing bersambung dengan urethra iaitu saluran kencing di dalam zakar, atau di dalam urethra sendiri. Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot. Ini adalah penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.
Dalam kes yang jarang berlaku, terdapat gangguan berterusan oleh batu karang pada permukaan dalam pundi kencing dan akan menyebabkan kanser.
Rawatan
Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan. Batu tersebut mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Kadangkala batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk. Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.
Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)
Ini adalah prosedur yang biasa dijalankan di mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Pesakit itu akan mengeluarkan serpihan batu ini apabila kencing. X-ray atau ultrasound digunakan untuk mengesan lokasi batu karang tersebut. Prosedur ini sesuai untuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan kebanyakan batu karang di dalam ureter boleh dilihat dengan x-ray.
Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.
Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang. Jika terlalu besar, ia akan menekan buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.
Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)
Percutaneous Nephrolithotomy
Dalam prosedur ini doktor akan melakukan hirisan kecil pada belakang pesakit di bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat yang berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti laser, ultrasound atau angin. Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai untuk batu karang yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL.
Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan dan pendarahan semasa atau selepas prosedur. Kadangkala agak mustahil untuk mengeluarkan kesemua batu karang tersebut dan pesakit perlu menjalani prosedur kecil melalui hirisan yang sama untuk mengeluarkan baki batu tersebut.
Ureteroscopy
Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter. Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL. Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.
Pembedahan Terbuka
Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.
Pencegahan
Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting kita di iklim panas ini.
Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana. Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate. Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan. Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.
Kumpulan Sokongan
Penawar  Batu karang - Petua tradisional





No comments: