Wednesday, September 30, 2015

Perihal TOKOH AKADEMIK NEGARA 2015-Datuk Dr AUGUSTINE ONG SOON HOCK

Syabas.. Tahniah..di atas sumbangan yang diberikan..


AUGUSTINE ONG TERIMA ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA


12002105 10207623630933224 1098577298504527518 n
PUTRAJAYA, 21 September 2015 - Penerima Profesor Emeritus Universiti Sains Malaysia (USM) 2007, mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia USM yang juga Saintis Negara, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock menerima pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada ahli akademik yang cemerlang dalam perkembangan pendidikan iaitu Tokoh Akademik Negara.
Anugerah tersebut dan tujuh anugerah lagi disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-9 di sini malam ini.
Augustine menerima anugerah tersebut bersama-sama tiga lagi pensyarah USM yang mengungguli tiga kategori iaitu Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk Profesor Dr. Rahmah Noordin, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial & Sastera), Profesor Madya Dr. Lean Hooi Hooi dan Anugerah Ahli Akademik Harapan, Profesor Madya Dr. Lim Jit Kang.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi yang mewakili Perdana Menteri, kesemua kategori utama yang dipertandingkan merupakan kombinasi holistik yang mencerminkan kecemerlangan pendidikan negara dan dapat mempertingkatkan prestasi yang berkualiti dalam semua aspek keilmuan.
"Saranan saya kepada semua ahli akademik terutama semua pemenang supaya menggunakan kelebihan yang ada untuk menjadi 3P iaitu Pembimbing, Penggerak dan juga Pemangkin untuk kecemerlangan akademik di peringkat yang lebih tinggi," tambah Idris.
12036828 10153576459503279 977564639675632573 n
Sementara itu, Naib Canselor USM mengucapkan tahniah kepada Augustine dan berharap beliau akan terus memberikan sumbangan kepada USM serta berkongsi pengalaman dalam bidang akademik dan juga industri kelapa sawit.
"Beliau memulakan karier di USM dan dianugerahkan Profesor Emeritus pada tahun 2007, sumbangan dan pengorbanan beliau amat bermakna kepada USM sekaligus kepada negara," tambah Naib Canselor.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah yang lain dan berharap ianya akan dapat memberikan motivasi kepada ahli akademik yang lain.
"Kejayaan pensyarah dalam bidang kejuruteraan dan sains sosial tersebut menunjukkan bukti bahawa USM berada di 100 tangga terbaik dunia," kata Omar.
AAN diperkenalkan pada tahun 2006 dan sehinga kini seramai 49 orang ahli akademik telah diiktiraf sebagai penerima anugerah dan mereka ini masih aktif dalam menyumbang kepakaran dan ilmu.
Tiga anugerah lain yang diberikan adalah Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Seni dan Kreativiti dan Anugerah Pengajaran.
Turut hadir meraikan kejayaan USM dalam AAN ialah Pro Canselor, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan ahli-ahli akademik yang lain.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
Foto: Dzulfikar Azmi Muhamad Aripin

No comments: