Jangan makan banyak halia semasa hamil. yaa...nanti bayi anda akan kena jaundis.. Bila dah lahir ..jika kuning..jangan lupa jemur seketika di waktu pagi...cahaya matahari sihat sebelum pukul 10 am..
Nostalgik ..Pengalaman sendiri bagi keempat2 puteriku..mengidap jaundis ni..jemur aje setiap hari sampai hilang kuning..ada yang syorkan minum susu kambing...
Demam Kuning Penyakit Utama Bagi Bayi Baru Lahir
Alah cuma kuning sikit tu biasalah..cuba jemur bayi tu dibawah matahari pagi nanti kuranglah kuning tu". Percaya atau tidak ia tidak akan membantu dan ini berdasarkan pada pengalaman saya dan adik-adik saya.
Kebanyakkan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan; Jaundis tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri jika tahu cara mengatasinya. Bagaimanapun, jangan kita ambil ringan kerana dalam kes tertentu ia boleh membahayakan kesihatan dan pertumbuhan bayi. Dan mereka memerlukan pemerhatian rapi dari doktor.
Tapi saya percaya masih ramai para ibu bapa yang masih mengamalkan amalan petua lama dan akibatnya apabila demam kuning bayi meningkat bayi ditahan diwad dan ibu yang masih dalam pantang terpaksa berulang alik kehospital untuk menyusukan bayi mereka. Tidakkah itu menyusahkan si ibu gara-gara amalan petua lama.
Apa Itu Demam Kuning?
Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah.
Bila bayi mudah diserang demam kuning?
Biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi anda tidak ada tanda-tanda diatas, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru lahir ini.
Apakah punca demam kuning?
1. Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal. 2. Kurang diberi susu ibu. 3. Jangkitan atau kelahiran yang trauma
Apakah Rawatan Demam Kuning?
Tahukah anda antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi tadi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah fototerapi- penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari) Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun. - Dalam kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang cepat jika
Bagaimana Mengenalpasti penyakit demam kuning:
1. Jika bayi anda asik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak. - Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada. - Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning. - Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik-klinik berhampiran3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan.
Kesan Demam Kuning Terhadap Bayi Jika Serius Tanpa Rawatan Yang Betul:
1. Pendengaran bayi akan terjejas2. Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.
Risiko Demam Kuning adalah tinggi sekiranya:
1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan. 2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning. 5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma .
usu ibu cara pencegahan yang mujarab!
1. Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. 2. galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam
Cegah sebelum terlambat!!
No comments:
Post a Comment