Wednesday, October 14, 2015

TOKOH MAAL HIJARAH 2015

TOKOH MAAL HIJRAH 2015

Bekas Ketua Hakim Negara Tokoh Maal Hijrah 2015


Bekas Ketua Hakim Negara Tokoh Maal Hijrah 2015
 

Tokoh Maal Hijrah






Abdul Hamid yang teruja menerima anugerah itu menyeru agar umat Islam di negara ini supaya terus bersatu-padu dan menjauhi perpecahan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad diumumkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah pada sambutan Ma'al Hijrah 1437H peringkat kebangsaan hari ini.

Abdul Hamid, 73, menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan berserta plak daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Abdul Hamid berkata tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mendapat penganugerahan sebesar itu.

Beliau yang teruja menerima anugerah itu menyeru agar umat Islam di negara ini supaya terus bersatu-padu dan menjauhi perpecahan.

"Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden yang telah berada di hadapan dalam pelbagai perkara seperti kewangan Islam, industri halal, demokratik, aman dan tenteram, seharusnya seluruh umat Islam dalam negara perlu berfikiran ke hadapan dalam melebihkan lagi pencapaian-pencapaian yang boleh membangunkan negara.

"Sesungguhnya, tidak ada sebab yang munasabah mengapa kita (umat Islam) patut berpecah belah, Tuhan kita satu, agama kita satu, tujuan kita sama," katanya.

No comments: