Sunday, October 11, 2015

Perihaal SUKAN di MALAYSIA - Fokus SUKAN AIR

SUKAN AIR...Catchy games...






Wednesday, 18 April 2012

PERAHU LAYAR


Sejarah Sukan Perahu Layar
Sejarah sukan kapal layar telah bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak itu, sukan ini telah diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan seterusnya berkembang ke seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang pertama ditubuhkan di dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga telah menganjurkan satu pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844 dan masih kekal hingga ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun 1900, sukan kapal layar telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan seterusnya memartabatkan lagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sukan Perahu Layar Dimainkan
Sukan Perahu layar merupakan salah satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada bantuan angin untuk menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular dimainkan di negeri yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat. Pergerakan perahu layar ini dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi yang berbeza yang berada di atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu bergerak dengan mengubah kedudukan layar yang terdapat pada kapal.

Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar di mana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.

Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.

Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.

Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Bowman adalah ''eye at the front'', Bowman mestilah seorang yang kuat dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.

Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitmanmengawal kebanyakan tali yang akan menentukan arah layar.

Sukan Perahu layar di Sabah
Persatuan/kelab
Selain daripada itu, terdapat persatuan atau kelab yang membantu dalam mempromosikan sukan ini di Sabah. Antaranya ialah Persatuan Pelayar Sabah (Saila), Persatuan Pelayar Jepun Sabah (SBH) dan Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) yang bergerak aktif dalam pembangunan sukan peruhu layar.
Tempat dimainkan
Sukan perahu layar di Sabah biasanya diadakan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM), Kota Kinabalu dan di sekitar laut Tanjng Aru kerana kedua-dua kawasan ini sesuai kerana memiliki keluasan dan tiupan angin yang kuat.
Harga
  • sewa perahu jam/per unit: RM 18.00
  • keselamatan: RM 2.00




Peserta mempamerkan aksi masing-masing dalam Kejohanan perahu layar yang diadakan setiap tahun

Gambar dari kawasan pantai tanjung Aru

Sebilangan pelancong menikmati keseronokan dalam mengawal perahu layar


PERAHU NAGA


Sejarah Perahu Naga

Asal usul perahu naga (sebutan dalam bahasa Cina, longzhou) telah bermula sejak 2000 tahun dahulu di Negara China. Pada asalnya, perlumbaan perahu naga dibuat adalah untuk menyambut upacara kesuburan bagi memastikan hasil tanaman bertambah banyak. Perlumbaan perahu naga ini telah menjadi tradisi dan biasanya dilakukan pada hari kelima bulan kelima lunar calendar Cina untuk menggalakkan hujan turun untuk kemakmuran. Naga telah menjadi symbol untuk mereka melakukan ibadat kerana kepercayaan mereka bahawa naga dapat mempengaruhi hujan untuk turun. Perlumbaan perahu naga telah dikomersialkan sebagai sukan antarabangsa bermula di Hong Kong pada tahun 1976. Sejak itu, tercetusnya fenomena perlumbaan perahu naga di seluruh dunia. Perahu Naga merupakan sebuah perahu panjang yang digunakan untuk bertanding semasa berlangsungnya satu temasya sukan laut.

Sukan Perahu Naga Dimainkan
Sukan Perahu Naga biasanya dimainkan dengan perahu tersebut dikayuh secara berpasukan dengan setiap pendayung mendayung secara berselang ke kiri dan kanan perahu untuk membolehkan perahu bergerak dengan pantas dan seimbang. Bagi satu-satu perlumbaan perahu naga yang berlangsung, dua atau lebih perahu naga akan berlumba untuk mengetahui siapa pemenang dan berapa pantas masa yang dicatatkan. Setiap pasukan dianggotai seramai 20 pelumba termasuk seorang pemukul gendang dan ketua pasukan yang menjadi tukang sorak ketika perlumbaan berlangsung.

Sukan Perahu Naga Di Sabah

Sukan perahu naga merupakan salah satu acara sukan tahunan yang dilangsungkan di Sabah. Sukan ini biasanya diadakan di perairan Teluk Likas, Kota Kinabalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan sepanjang tempoh penganjuran selama 25 kali daripada peserta dalam dan luar Negara. 



Teluk Likas semasa pertandingan diadakan

Tanjung Lipat antara kawasan yang digemari oleh peminat perahu naga beradu kekuatan 

BANANA BOAT


Banana Boat atau Bot Pisang juga dikenali sebagai Bot Gelongsor Air yang biasanya ditunggangi oleh beberapa orang. Permainan ini sangat terkenal di serata dunia termasuklah di Sabah. Permainan ini juga bukan sahaja popular dalam kalangan orang dewasa malah popular dalam kalangan kanak-kanak. Bot rekreasi kembung yang ditarik menggunakan bot. Banana Boat dicipta oleh Glenn Mathews di akhir 1980-an. Model yang berbeza biasanya menampung penunggang seramai tiga hingga sepuluh orang sekaligus yang duduk di atas tiub yang lebih besar. Tiub ini biasanya berwarna kuning dan berbentuk seperti pisang. Sesetengah model juga mempunyai dua tiub utama. Sepanjang perjalanan, bot yang berkuasa tinggi akan menarik bot pisang tersebut dan akan cuba untuk menterbalikkan bot pisang dengan membuat selekoh tajam. Pelumba juga perlu memakai jaket keselamatan.

Banana Boat di Sabah
Teknik Permainan 
  • Banana boat diikat terlebih dahulu pada bot yang mempunyai enjin yang berkuasa tinggi.
  •  Bot pisang akan ditarik.
  •  Penunggang akan cuba diterbalikkan dengan bot penarik akan membuat selekoh tajam.
  • Penunggang banana boat perlulah sentiasa memakai jaket keselamatan.
Harga sewa
  •  RM 40.00 per pax per ride
  • Minimum 3 pax per ride
  • Maksimum 6 pax per ride
Tempat Permainan 
  • Pulau Mamutik 
  •  Pulau Manukan
  • Nexus Resort and Spa Karambunai



Tuesday, 17 April 2012

PARASAILING

Parasailing yang pertama dibangunkan oleh Pierre-Marcel Lemoigne pada tahun 1961. Parasailing adalah sukan pengembaraan yang menggabungkan semangat yang kuat, payung terjun, tali dan bot yang dipandu laju. Parasailing atau dikenali juga sebagai parakiting adalah satu aktiviti rekreasi di mana  seseorang itu akan ditarik oleh sebuah kenderaan biasanya bot. Terdapat satu sayap kanopi yang direka khas seperti payung terjun iaitu sayap parasail. Kekuatan  dan arah angina sangat dititikberatkan dalam aktiviti parasailing ini. Parasailing ini boleh dilakukan sama ada di atas tanah atau di atas air. Parasailing merupakan aktiviti rekreasi yang sangat popular pada musim panas.
Disebabkan kemajuan dalam sukan parasailing, kini terdapat parasail yang boleh membawa dua atau tiga orang sekaligus yang menggunakan reka bentuk “Tandem Bar”. Parasail yang lebih besar digunakan pada masa kini iaitu 24 hingga 42 kaki tinggi. Penerbangan boleh melangkaui sehingga 300 hingga 2000 kaki.

Parasailing di Sabah
Teknik permainan 
  • Tali atau abah-abah diikat pada bot sebelum memulakan penerbangan.
  • Semasa penerbangan dilakukan, angina yang sederhana kuat akan  mengembangkan sayap parasail.
  •  Bot akan dipandu laju bagi menerbangkan parasailing di atas udara.
  •  Pendaratan akan dilakukan oleh juruterbang dengan menarik brek yang diikat pada parasailing dan bersambung di kanan dan kiri sayap parasail.
Harga
  •  RM 100.00 per single flight ( 5 min )
  • RM 180.00 per double flight (10 min) 
Tempat 
  •  Pulau Mamutik
  •  Pulau Manukan
  • Nexus Resort and Spa Karambunai


Gambar ketika menaiki parasailing
                                      
Senyum...pengunjung ketika berada di udara
Gambar  pengunjung dari atas bot

PENGENALAN SUKAN AIR


         Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.
         Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.
         Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:

1)    Mengikut aliran sungai.
2)    Menggunakan tenaga.
3)    Tiupan angin.
4)    Enjin.


KEPENTINGAN SUKAN AIR

Sukan Air
Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan di darat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan.

A.    Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan air untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan air.

Ø  Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha Kerajaan dalam menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan air.

B.    Membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan air.

Ø  Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf.

C.    Senjata baru pelancongan

Ø  Kebelakangan ini, kebanyakan belia kegilaan sukan air yang lasak seperti meluncur air. Penglibatan mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarik perhatian orang dunia. Nama negara kita akan diharumkan sekiranya wakil sukan air negara kita memperoleh johan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenal dan sektor pelancongan dibangunkan.

D.   Menggalak gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Ø  Program baru yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan.Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

JENIS-JENIS SUKAN AIR YANG TERDAPAT DI SABAH

Perahu naga
Tanjung Lipat dan Teluk Likas
Perahu layar
Tanjung Aru
Kayak
Kiulu, Padas, Sungai Papar dan Tamparuli
Kenu
Kiulu, Padas, Sungai Papar dan Tamparuli
Parasailing
Pantai Dalit dan Tuaran
Banana boat
Tanjung Aru
Meluncur air
Kudat, Tanjung Aru dan Tuaran





Sukan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan di Malaysia adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya ini dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur. Sehingga kini, sukan di Malaysia telah menjadi suatu aktiviti utama di sekolah-sekolah rendah dan menengah mahupun universiti-universiti tempatan di mana mereka sering melakukan aktiviti sukan tahunan atau sukan antara universiti atau antara kolej semata-mata untuk menerapkan semangat kerjasama, setia kawan, semangat untuk memenangi sesuatu pertandingan selain untuk berkenalan sesama sendiri dan justeru merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Kebanyakan bangsa di Malaysia mempunyai sukan tradisional mereka sendiri, dimana ia telah diwarisi dari generasi ke generasi. Sukan-sukan tradisional ini sesetengahnya melambangkan ciri-ciri kesenian yang terdapat di dalam sesetangah bangsa atau kaum tersebut.

Jenis-jenis sukan[sunting | sunting sumber]

Sukan tradisional/rakyat[sunting | sunting sumber]

Antara sukan-sukan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang bersukan, namun aktiviti-aktiviti seperti disenaraikan di atas adalah antara kegiatan utama atau kegiatan rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di Malaysia.
Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan.
Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.

Sukan padang[sunting | sunting sumber]

Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan hampir di mana sahaja telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. Sukan baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang lebih berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya.

Sukan balapan[sunting | sunting sumber]

Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia.
Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair.

Sukan air[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang, menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik, kolam, tasik, sungai dan laut. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.



 

No comments: