Hari Kesihatan Mental Sedunia - 10 Oktober 2014
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu Kesihatan Mental di seluruh dunia dan mengelolakan usaha-usaha dalam menyokong Kesihatan Mental.
Hari Kesihatan Mental menyediakan peluang kepada semua yang berkepentingan untuk bercakap mengenai kerjaya mereka dan keperluan mendidik dalam menjadikan penjagaan Kesihatan Mental sebagai suatu realiti kepada masyarakat seluruh dunia.
Tema Hari Kesihatan Mental tahun 2014 adalah “Hidup dengan Skizofrenia”. Fokus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah menjalani kehidupan sihat dengan Skizofrenia.
No comments:
Post a Comment