Monday, October 19, 2015

Perihal DEMAM KEPIALU - THYPHOID FEVER - wabak terkini di Bandaraya KL


Demam KEPIALU = THYPHOID FEVER... Jaga dan prihatin tentang Makan - minum espp di luar..

 

Kenyataan Akhbar KPK: Peningkatan Kes Demam Kepialu di WP KL

images
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 
PENINGKATAN KES DEMAM KEPIALU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sejak minggu pertama bulan Ogos 2015, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima notifikasi sebanyak tujuh (7) kes demam kepialu. Mereka merupakan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar. Seramai 2 daripada 10 kontak yang diperiksa juga didapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan.
Semenjak itu, beberapa kes lagi telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur. Sehingga 18 Oktober 2015, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4). Namun begitu tiada kematian dilaporkan.
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut.
Bilik gerakan telah dibuka bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan. Sejumlah 37 orang kontak terdiri dari ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa. Sejumlah 79 sampel najis dan 4 sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii. Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL baik.
 

Demam kepialu adalah jangkitan bakteria yang memberi kesan kepada beberapa organ badan. Ia mudah dijangkiti, serta serius dan mengancam nyawa jika dibiarkan. Ketahui tanda-tanda jangkitan typhoid, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda apabila anda ke luar negara. 
Demam kepialu disebabkan oleh Salmonella typhi, sejenis bakteria yang sama daripada genus yang sama yang menyebabkan keracunan makanan salmonella.
Ia mudah dijangkiti. Demam kepialu tersebar melalui sentuhan dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti. Ia merupakan penyakit biasa di negara yang tidak mengamalkan kebersihan, di mana najis manusia boleh mencemari sumber minuman dan makanan dengan mudah.
Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementar mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.
Anda mungkin mengalami antara yang berikut:
  • Suhu tinggi: 39-40°C (103-104°F)
  • Sakit perut 
  • Sakit kepala 
  • Sembelit atau cirit-birit

Di mana Demam kepialu mudah tersebar

  • Dapatkan vaksin: Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan daripada demam kepialu. Temui pakar kesihatan anda tentang imunisasi yang betul.
  • Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan: Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah dibasmi kuman secara bahan kimia.
  • Elakkan makan makanan yang tidak dimasak: Pastikan makanan yang anda ambil dimasak sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya.
  • Amalkan kebersihan tangan yang baik: Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air, gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.

 

No comments: