Kaedah buat kompos
Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.
Bahan:
1. Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.
2. Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.
3. Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
4. Air untuk menyiram.
5. Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air).
nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja…
Cara membuatnya:
1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.
2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.
3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.
4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.
(sumber: http://on.fb.me/1kkf4lu)
Namun begitu, ada cara yang membolehkan kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan.