Monday, January 8, 2018

Jom kenali Tumbuhan BUNGA TAHI AYAM - MARIGOLD di Laman WOMA

Salam THRM- Jom kenali Tumbuhan  di Laman Wakaf -Ornamental-  Mandian- Aromaterapi


1. Nama Tempatan: Bunga Tahi Ayam
Nama Sainstifik:   Lantana camara
Nama lain :
Bahasa Inggeris: West Indian Lantana
Famili : Verbanaceae


Laman Wakaf -sebahagian bunga ornamental terdapat disini



Nama daerah : 

Kembang satek, saliyara, saliyere, tahi ayam, kembang telek, obio, puyengan, tembelek,; tembelekan, teterapan (jawa), kamanco, mainco,; tamanjho (Madura), Bunga pagar, kayu singapur, lai ayam; (Sumatera); Wu se mei (China).













  • Daun tunggal, duduk berhadapan bentuk bulat telur ujung meruncing pinggir bergerigi tulang daun menyirip, permukaan atas berbulu banyak terasa kasar dengan perabaan permukaan bawah berbulu jarang.



  • Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.
  • Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.



  • Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

  • Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. 
  • Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. 
  •  Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. 
  • Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman.
  •  Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun. 

 Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Tahi_Ayam


Guna utk merawat luka


Bunga - Tahi Ayam- Marigold
Bunga tahi Ayam- Marigold- guna utk upacara taat setia












  • Pemanfaatan :

    BAGIAN YANG DIPAKAI: Daun, bunga, akar, kering.

    KEGUNAAN:
    1. Akar: Influenza, TBC kelenjar, rheumatik, fluor albus (keputihan).

    2. Bunga: TBC dengan batuk darah, asthmatis.

    3. Daun: Obat sakit kulit, bisul, bengkak, gatal-gatal, panas tinggi, rheumatik, memar.
    CARA PENGGUNAAN:

    1. Di permukaan luar.kulit:
    Daun segar dilumatkan untuk ditempelkan ke tempat yang sakit atau direbus secukupnya untuk cuci pada penyakit kulit, bisul, luka berdarah, memar, keputihan.

    2. Rheumatik: rebusan akar secukupnya untuk mandi.

    3. TBC paru, batuk Berdahak, Asma
    Cuci bersih 9 gram bunga kering, lalu rebus dalam 3 gelas air hingga tersisa
    2 gelas. setelah dingin, saring nair rebusan. Minum ramuan 3 kali sehari
    masing-masin 2/3 gelas.

    3. TBC kelenjar, influenza, dan keputihan
    Ambil 6-10 gram akar kering, lalu cuci bersih. rebus bahan dalam 4 gelas air hingga
    mendidih dan tersisa 2 gelas. Setelah dingin, saring rebusan. minum 3 kali
    sehari masing-masing 2/3 gelas. 




  • Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan Bio Sains UPM, Serdang, Selangor, Dr. Mohd Said Saad, pokok ini mujarab untuk merawat luka-luka pada anggota badan.

“Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan,” katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya.

Info-khasiat :

  • Menurutnya lagi, sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini, terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas.

“Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh,” katanya.
  • Malah, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu.

BUNGA TAHI ATAM - MARIGOLD
Nama saintific: Tagates erecta

Famili : Asteraceae - Compositae
Marigold jenis oren

Foto Biji Benih Sayuran Bunga herba dan Baja.
BTA jenis Kuning emas
  • Perkataan marigold itu sebenarnya berasal dari Mary's Gold atau Emas Mary.Dari segi ilmu tanam-tanaman, marigold tergolong dalam keluarga Compositae dan iadalah tanaman semusim.
  •  Pokoknya boleh tumbuh hingga setinggi antara 25 - 60 cm. Bunganya pula terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning keemasan, jingga, merah hati, merah dengan jalur warna kuning keemasan di tepi bunga dan Iain-Iain jenis campuran warna.
  •  Bunga-bunga itu boleh tahan sehingga satu bulan selepas mula berbunga. Baunya agak kuat menyebabkannya tidak disukai serangga dan cacing (nematode)


Pokok marigold memerlukan suhu antara 20-25°C, cahaya matahari yang penuh dan disiram selalu tetapi pastikan air tidak bertakung. Ia sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur dan lembap serta mengandungi baja yang mencukupi. Pokok bunga ini dibiakkan melalui biji benih dan akan berbunga kira-kira sebulan setengah selepas bercambah.
  • Cara menanamnya amat mudah. Taburkan saja biji benih ke atas tanah (atau pasu berisi tanah) dan timbus dengan selapis tanah setebal kira-kira 1/4 inci. Pastikan tanahnya lembap dan agak panas. Biji benih itu akan bercambah selepas beberapa hari. Bila dah tumbuh daun, alihkan ke dalam pasu atau polybag kecil (lebih kurang 3 inci luas mulutnya) dan letakkan di tempat teduh selama beberapa hari sehingga anak pokoknya telah eloh tumbuhnya. Lepas itu, bolehlah ditanam terus ke atas tanah atau ke dalam pasu. Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang banyak supaya bunganya banyak dan cantik. 

Info khasiat:

Bunga marigold boleh digunakan sebagai ubat dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai ramuan dalam pembuatan minyak wangi (attar). Warna kuning bunga ini juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan.


Rujukan: https://jomtanambunga.blogspot.my/2013/03/bunga-tahi-ayan-marigold-ke-lantana.html



Tamat di sini.





Cara Tanam Marigold


Tanam Pengusir Nyamuk ( termasuk BTA- Marigold)

____________________________*******___________________________


# Rujukan Laman Flora di Laman Wakaf- Ornamental- Mandian- Aromaterapi

  • Bunga Tahi Ayam ( Biorepelen)
  • Bunga Tahi Ayam Marigold (Biorepeln)
  • Hydrangea
  • Ros Jepun
  • Adenium
  • Dracena ( Detoksifier0
  • Lidah Jin ( Detoksifiera0
  • P. Kemboja *( Laman R-R)


Dalam Tayar
  • DT1  -Jarmin Granium ( Biorepelen)
  • DT2 - Pokok Pagoda (Biorepelen)
  • DT3 -Mirabils
  • DT4 - P. Keembong
  • DT5- Tekomaria
  • DT6- P. Ati-ati

DT3
  • Laman WOMA - Barbeque pit
    Laman WOMA- simenfero set



    Laman WOMA- sebelah Riadah- refleksologi



No comments: