Wednesday, January 10, 2018

Jom kenali Flora HYDRANGEA - BUNGA TIGA BULAN di Laman WOMA

Slam THRM .Jom kenali Flora HYDRANGEA  di Laman WOMA


1. Hidrangea = Bunga  Tiga Bulan 
Nama Saintifik : Hydrangea macrophylla
Nama lain:  Hortensia  , kembang bokor

Order : Rosales
Famili: Hydrangaceae




  • Warna  kembang bunga dapat berubah warna kecuali putih.
  • Warna biru menjadi warna merah muda dengan menambah keasidan . Caranya dengan menambahkan serbuk kopi, kulit limau, atau kulit telur.
Daun Hidrangea  mengandungi bahan kimia beracun glikosida
Akarnya dugunakan sebagai bahan anti-oksidan, dan boleh mengubati penyakit berkaitan dengan ginjal.

#Info-tambahan flora - Sejarah

Sumber Rujukan :https://www.hmetro.com.my/node/99670

  • Pada tahun 1776, ahli botani Sweden, Carl Peter Thunberg menamakan bunga ini sebagai Viburnum macrophyllum.
  • Sir Joseph Banks pula membawanya ke Kew, London pada tahun 1789. Akhirnya kata sepakat dibuat dan hingga kini ia dipanggil hydrangea.
  • Sejak 150 tahun lalu, hydrangea atau bunga Siti Zubaidah ditanam secara meluas di negara beriklim sederhana.
  • Bunganya yang mampu bertahan selama tiga bulan sebelum gugur menyebabkan ia turut dikenali sebagai bunga tiga bulan.
  • Nama hydrangea dikatakan berasal dari perkataan Yunani.
  • Bagi negara empat musim, bunga ini berkembang pada awal musim bunga hingga lewat musim luruh.
  • Bunga dikatakan berasal dari Jepun ini berbentuk renek ketika tibanya musim panas.
  • Nama biasa ialah bigleaf hydrangea, French hydrangea, lacecap hydrangea, mophead hydrangea, penny mac dan hortensia.
  • Di Korea, Hydrangea serrata digunakan untuk membuat teh herba yang dikenali sebagai sugukcha atau ilsulcha.
  • Lebih 600 tanaman terpilih untuk ditanam dalam taman dengan warna bunga berbeza-beza.
  • Malah, tanaman ini mengeluarkan bunga paling menarik ketika tibanya musim sejuk, membawa perlambangan warna tersendiri selain popular sebagai bunga gubahan.
  • Ia mempunyai batang yang lembut dan tumbuh tegak serta mencapai ketinggian satu hingga tiga meter.
  • Berbunga dalam bentuk jambangan sementara daunnya tebal, licin, berwarna hijau dan berbentuk bujur dengan ukuran panjang lapan hingga 12 sentimeter (sm).
  • Lebih menarik perhatian bunganya berkumpul di hujung batang dan berwarna antara putih, biru, ungu dan merah muda bergantung kepada pH tanah.
  •        Dalam tanah yang lebih berasid, bunganya berwarna biru, sementara tanah beralkali, bunganya merah muda. Jika bunganya putih, ia tidak bertukar warna.
  •        Bagaimanapun, bunga ini juga boleh menampilkan warna pelangi jika bahan kimia ditambah dengan berhati-hati di tanahnya.
  • Disebabkan sifat bunganya yang mudah kering udara dan boleh bertahan lama, ia sering menjadi pilihan untuk jambangan indah.
  • Lebih membanggakan, tanaman ini mempunyai lebih 70 hingga 75 spesies dan asalnya dikenali sebagai tumbuhan di kawasan pedalaman timur dan selatan Asia seperti China, Korea, Jepun dan kawasan sekitar Himalaya serta Indonesia.
  • Malah, ia banyak ditemui di benua Amerika Selatan dan Utara.
  • Dikatakan pokok ini mendapat namanya kerana sifat bunganya yang mampu hidup selama tiga bulan sebelum gugur.
Info- penjagaan

  • Dari segi penjagaan pula, hydrangea sesuai berada di bawah teduhan dan pancaran terus cahaya matahari terutama tengah hari hingga petang boleh menyebabkan daunnya kehitam-hitaman.
  • Bekalan air secara berterusan juga diperlukan dan siraman dua kali sehari perlu dilakukan.
  • Jika cuaca terlalu panas ia perlu disiram tiga kali sehari. Hydrangea yang tidak mendapat air mencukupi mudah layu dan mengganggu perkembangan pokok.
  • Pada peringkat awal pertumbuhan, ia memerlukan baja yang kaya dengan unsur nitrogen (N).
  • Apabila pokok sudah matang untuk berbunga, penggunaan baja yang kaya dengan unsur fosforus (P) bagi menggalakkan penghasilan bunga.
  • Bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan bunga semula, sebaik bunga pertamanya gugur, ia perlu dipangkas.
  • Dikategorikan sebagai tanaman tahan lasak sementara keratan adalah cara pembiakannya.
  • Biasanya pokok ini jarang dijangkiti penyakit atau diserang serangga.
#Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 5:02 A



How to plant Hydrangeas

Tip- Cara ubah Hdrangea ke Biru

Coffer Filter Hydrangers

Hydrangeas utk hiasan- bouquet


Info-Xtra : Penjagaan Hydrangea

  • Bunga Hydrangea sukakan cahaya lembut waktu pagi dan lewat ptang. Pada waktu tengah hari, pastikan ia ditempatkan di kawasan teduh.
  • Taburkan  bahan sungkupan di permukaan tanah bagi mengekalkan kelembapannya.
  • # Anda boleh menaburkan serbuk Aluminum sulfat di sekeliling batang Hydrangea untuk menukar warna bunga merah jambu kepada warna biru.
  • # Tabur serbuk kapur ( Kalsium hiroksida-slaked lime)  di sekeliling Hydrangea dan ia akan bertukar warna dari bunga biru ke warna merah jambu.
  • Ketika cuaca yang terlampau panas, Hydrangea perlu disiram.
LAMAN November 2007.



No comments: