Salam THRM..Jom Kenal Floria BUNGA AIIR MANCUR - Coral Faountain - Fire Cracker's Plant - FLORIA PUTRJAYA- 2012
Nama Tempatan : Bunga Air Mancur
Nama saintifik : Russellia equisetiformis
Bahasa Inggeris : Coral Foountain ; Fire-crackers Plant.
Famili : Scrophulariaceae
Asal-usul: Mexico
Info-khasiat- Kegunaan - Tiada
Hanya untuk Hiasan Taman
Pokok Coral Fountain rajin berbunga sepanjang tahun dan penjagaannya mudah sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak di kebun. Tumbuhan ini cukup bahagia sekiranya diberikan habitat yang banyak penerimaan banyak cahaya matahari sepanjang hari. Boleh juga dibela dalam pasu gantung atau pasu yang berkedudukan tinggi, nampaklah ibarat air terjun atau fountain dengan loceng-loceng merah. Ianya tak berapa remeh dari segi jenis-jenis tanah untuk dirinya, kalau jenis tanah berpasir pun ia dapat sesuaikan diri.
Pokok bunga firecracker ini bila berbunga, gugusan bunganya seperti mercun merah tradisi bangsa Cina letupkan pada musim Tahun Baru Cina. Tapi tak meletup-letup macam mercun, cuma biji benihnya sahaja yang letup-letup kadangkala menghasilkan anak-anak pokok. Ianya juga dikenali sebagai fountain plant kerana pokoknya yang merimbun apabila berbunga macam air pancut di taman-taman awam. Boleh juga ditanam di dalam hanging basket ataupun di tepi-tepi kolam nampak menarik. Bila habis musim bunganya boleh sahaja buat hard pruning. Pokok bunga firecracker sukakan posisi yang mempunyai cahaya matahari yang banyak. Bila pokoknya sudah dewasa (well-established) ianya adalah drought-hardy plant. Ekstrak Methanol dari pokok ini dapat merangsangkan pertumbuhan rambut dari kajian ke atas tikus yang telah dijalankan. Pokok ini juga adalah pokok yang sedang giat dikaji untuk leukimia, diabetes dan anti-inflammota
sumber rujukan: http://kebunbahagiabersama.blogspot.my/2013/11/firecracker-russelia-equisetiformis.html
Slot Nostalgiaku :
FESTIVAL FLORIA PUTRAJAYA 2012
FP Pertunjukan Bunga Api 2012
No comments:
Post a Comment