Nama tempatan : Bunga KENANGA
Nama Saintifik : Cananga odorata
Bahasa
Inggeris :: Ylang-ylang
Famili:
Annonaceae
Bunga Kenanga menghiasi taman
Harum semerbak menghijau suasana
Nostalgia kita melangkau zaman
Hingga tetamu kian terpesona
Video- Bunga Kenanga
Info- flora: - Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama botaninya Cananga odorata (Lam.) .
- Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak.
- Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah.
- Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.
Sumber rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kenanga
INFO-KHASIAT :
1. Penawar demam malaria dan sesak nafas
·
Rebus
5 -6 kuntum bunga yang telah matang dan dicampurkan dengan sedikit gula batu.
·
Biarkan ia mendidih,
ambil air rebusan .Biarkan ia
suam Di tapis dan diminum.
suam Di tapis dan diminum.
2. Melegakan sakit kepala
·
Rebus
15g halia dan 15g kelopak bunga kenanga bersama 400ml air hingga tersisa separuh.
·
Minum ketika ia masih panas sehingga habis.
3. Mengubati keputihan
- Ambil 30 g bunga kenanga dan 30g kulit delima kering yang direbus bersama 600ml air.
- Rebus hingga tinggal separuh. Jadikan ia sebagai minuman panas 2 kali sehari.
- Amalkan ia setiap kali keputihan kembali.
Sumber rujukan : LAMAN Mei-JUn 2016
Munafaat Bunga kenanga dan Penyakit
Bunga Kenanga dan Kesihatan
Bunga Kenanga dan Kanser Payudara
Sudut Santai Pantun Popular Flora
Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung
No comments:
Post a Comment