Friday, January 19, 2018

Jom kenali Flora Pokok YESTERDAY, TODAY, TOMORROW -YTT _ di Laman WOMA - Aromaterapi

Salam THRM.Jom kenali Flora Pokok YESTERDAY, TODAY, TOMORROW -YTT _ di Laman WOMA - Wangian

" Hari ini Lebih Baik dari Semalam" . Ungkapan berhikmah yang lumrah kita dengar dan lafazkan juga.

Sesungguhnya ada jugak Flora yang mempunyai nasib yang sama:

Falsafah  YTT - SEMALAM - Bunga Ungu-
HARI -INI-  Bung Ungu pucat
ESOK- Bunga Putih - sebelum Gugur ke bumi- KEMATIAN.

Image result for bunga YTT
Nama tempatan :

Nama saintifik: Brunfelsia pauciflora

Nama lain :Jom kenali  flora Mirabilis - Kembang pukul 4 di Laman WOMA- Ornamental

Famili : Solanaceae

Asal-Usul : Brazil, Afrika Selatan


Info- flora;

Bunga YTT (nama sainsnya Brunfelsia)berasal dari Brazil. Bunganya agak pelik sedikit kerana sentiasa berubah warna. Masa mula kembang ia berwarna ungu (purple) tetapi keesokan harinya ia berubah menjadi ungu cair dan hari seterusnya menjadi putih betul.







  • Pokok bunga ini sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam pasu yang besar kerana ia boleh tumbuh setinggi 10 kaki!
  •  Ia tidak sukar untuk dijaga sekiranya ditanam di kawasan tanah lembap tetapi tidak menakung air.
  •  Jenis campuran tanah yang sesuai untuk tanaman dalam pasu mestilah mengandungi lumpur, pasir dan bahan-bahan organik. 
  • Baja hanya perlu jika kandungan asid tanah di kawasan itu kurang.
Pokok bunga YTT boleh bertahan dalam cuaca yang panas dan berkelembapan tinggi. Walau bagaimanapun ia perlu disiram selalu dengan memastikan air tidak bertakung di dalam pasu.

Pemangkasan perlu dilakukan untuk mengelakkan dahan berpintal-pintal.

  • Pembiakannya adalah melalui dua cara: keratan batang dan biji benih. Pada peringkat awal, tanam dalam pasu kecil dulu dan ubah ke pasu yang lebih besar apabila pokoknya semakin membesar.

Bunga YTT tidak berapa digemari serangg-serangga seperti lebah dan rama-rama.

##Awas! Bunga YTT ini beracun dan boleh memudaratkan jika termakan. Oleh itu jauhkan daripada kanak-kanak.




YTT (Yesterday, Today, Tomorrow)
- Bunga yang sentiasa berubah warna. Masa mula kembang ia berwarna ungu (purple) tetapi keesokan harinya ia berubah menjadi ungu cair dan hari seterusnya menjadi putih betul.
- Pokok bunga YTT boleh bertahan dalam cuaca yang panas dan berkelembapan tinggi.
- Sesuai ditanam di dalam pasu, kotak tanaman dan tanah


Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga Yesterday, Today dan Tomorrow ini, sebaliknya satu tumbuhan beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat.

Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini.

Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan.



No comments: