Friday, January 5, 2018

Jom kenali flora POKOK TASBIH di Laman 1A : Laman ROSEL- BUNGA TELANG - POKOK TASBIH

Salam THRM . Jom kenali flora POKOK TASBIH  di Laman 1A : Laman ROSEL- BUNGA TELANG - POKOK TASBIH

Info- flora

Bunga Tasbih di Laman THRM


Nama tempatan:  Pokok Tasbih
Nama saintifik: Canna indica
Famili : Cannaceae
Bunga Tasbih
  • Pokok Tasbih adalah sejenis tanaman berperdu, tingginya lebih kurang 2 meter.
  •  Bunga Tasbih mempunyai pelbagai jenis, di antaranya ialah Canna Indica,  dan Canna Generalis . Untuk tujuan perubatan biasanya dari jenis Canna Indica Linn dicari.
  • Bunga Tasbih besar dan keluar di hujung pucuk
  • . Bunganya ada bermacam-macam jenis warna. Ada yang berwarna merah, kuning dan jingga.

Khasiat bunga Tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya.
  •  Sama ada yang masih segar atau telah dikeringkan. 
  • la dipercayai boleh mengubati darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. 
  • la juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi pokok Tasbih pula mampu meredakan buasir

  • Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih



Mengubati sakit kepala dan migrainCara: Keseluruhan pokok dibershkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman yang suam ni. 
Merawat Demam Kuning :

Cara: Merebus 15g akarnya sehingga air rebusan tinggal 1/2 gelas.Kemudian airni ditapis dan diminum 2 kali sehari. Disamping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.
  • Merawat batu karang   Cara : 5 g daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor

  • Merawat reumatisma- sendi
  • Cara: 30 g buah yang tua direbus hingga tingga 1/4 gelas. Tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan  yang baru- fresh.bukan disimpan dalam peti sejuk.
  • Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit. Ia juga boleh menjadi penawar apendiks dan cirit birit.
Dalam perubatan tradisional Cina, tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi  merehatkan otot, antiumor, penahan sakit , menurunkan kandungan gula darah dan merawat demam.

Ia juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli, ia dijadikan bubur dan susu.

# Pengguan herba perlu dielakkan semasa hamil.

# Memang banyak khasiat, tapi masih ramai yang tidak tahu akan khasiatnya selain dijadikan ubat, buah pokok in juga boleh dijadikan tasbih. Sesuai namanya digelar tasbih.

Biji bunga tasbih yang blat macam guli tu. oleh kerana dia keras dan tahan lama maka boleh dilubangkan dan dijadikan rantai manik ataupun tasbih.

10 munaffat tentang pokok Tasbih


Info-Xtra :
  • Nama Canna diambil darpada perkataan Celtic yang bermaksud batang.
  • Canna pertama yang yang berjaya dikacukkan ialah Canna x anael Andre yang dilakukan oleh seorang tukang kebun lelaki Perancis,Theodore Anne.
  • Biji benih  Canna indica dikatakan pernah digunakan sebagai peluru senapang batu pada kurun ke18-19.Maka Canna indica dikenali sebagai Indian shot.
  • Bijinya juga dikatakan  boleh dimasukkan ke dalam alat-alat muzik tertentu bagi menghasilkan  bunyi gemerencing.
  • Bunga Canna mampu bertahan selama sebulan selepas mekar.

Khasiat : Bunga tasbih mempunyai sifat astringen, dipercayai dapat menyingkirkan cacing, mengeluarkan angin dan dapat melawaskan pembuangan air kencing.

Pembiakan: Menanam secara keratan hujung batang dalam tanah sedalam 15 cm adalah cara yang terbaik 
( nanti nak cubalah...)

LAMAN November 2007.






1 comment:

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring