Nama Tempatan : Bunga Ros Jepun
Nama Saintifik : Portuluca grandiflora
Nama lain: Bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Order :
Famili: Portulaceae
Asal: tumbuhan tempatan
Jenis Berlapis |
RJ di tanam dalam Pasu Gantung..menarik kan |
Info-flora:
- Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah.
- Terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih.
- Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.
- Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang (3inci pjg).
- Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.
Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
Terapi Alami "
Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.
Sumber : http://herba.bf-1.com/herba-bunga/bunga-ros-jepun-portulaca-grandiflora/attachment/images-12
Info- tambahan :
- Justeru, dedahkanlah tanaman berkenaan pada cahaya matahari pada ruang terbuka di taman dan elakkan berada di tempat teduh.
- Apabila ditanam di atas tanah, ia sesuai sebagai tanaman tutup bumi selain boleh dijadikan tanaman gantung.
- Tanah yang tidak menakung air termasuk campuran tanah peroi, tanah gambut (boleh diganti dengan baja organik) dan pasir sungai antara yang sesuai. Akar boleh reput jika tanahnya menakung air.
- Namun, ia perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang serta pucuknya perlu kerap dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan ranting atau bunga.
- Bagi pembajaan pula, sebaiknya gunalah baja cecair kerana baja biji boleh mencederakan batang pokok.
Respons dari pembaca fb..
# Taubat nk tanam bunga ni lagi..rupa2nya dlm tanah pasu bunga ni dihuni oleh ulat bulu yg sangat bahaya.. ulat2 ini keluar dari tanah merayap sampai dalam rumah..dia akan menggulung diri seolah 2 pokok kaktus (bulat) lalu menerbangkan bulunya yg beracun..yg akan menyebabkan gatal satu badan. Tk boleh dirawat oleh dr.
** Terapi Alami :
Ubatnya adalah campuran garam halus+kunyit hidup yg ditumbuk lalu dilumur ke bsdan
So hati-hatilah yaa kalau nak tanam tu..
Mengenal berbagai jenis Ros Jepun
RJ dibuat sayuran
Rujukan untu pelbagai pokok Hiasan
No comments:
Post a Comment