Thursday, January 25, 2018

Jom kenali Bunga KEMUNTING CINA di Laman WOMA- Ornamental

Salam THRM. om kenali  Bunga KEMUNTING CINA di Laman WOMA- Ornamental


Nama Tempatan: Kemunting Cina
Nama saintifik: Catharanthes roseus

Nama biasa:  KEMUNTING CINA- Tapak Dara

Nama lain: Bunga Tapak Dara (BTD, janda kedah, kembang sari cina, ros pantai. , rumput jalang, madagascar periwinkle, capeperiwinkle, old-maid, rose periwinkle dan rosy periwinkle. 

Bahasa Inggeris: Periwinkle

Famili:  Apocynaceae

Asal-usul: Madagascar












Info-flora:
















  • Biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir. 
  • Batangnya berkayu pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan muncul dari batangnya.
  •  Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut halus pada kedua-dua sisinya. 
  • Pokoknya membiak melalui keratan batang dan biji benih. 
Info-kegunaan - khasiat:

  • Dikatakan Pokok kemunting cina warna putih dapat mengubati penyakit kanser.
Caranya: Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser. 
  • Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga. 
# Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. 

  • Bahan-bahan tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi untuk rawatan kanser. 
  • Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi. 
Caranya: 20 gram kemunting cina putih atau merah(yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut. 
Awas !!: ## Pokok kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja. 

## Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi tidak digalakkan untuk mengamalkan persediaan herba ini dan minta nasihat doktor sebelum menggunakannya.



Khasiat Kemunting Cina (KC)


Cara Menghias guna KC- TD


No comments: