Friday, January 5, 2018

Jom kenali flora ROSEL di Laman 1A : Laman ROSEL- BUNGA TELANG - POKOK TASBIH

Salam THRM : Jom kenali Laman ROSEL-BUNGA TELANG-POKOK TASBIH





Info-flora : ROSEL

Nama biasa : Rosel
Nama saintifik : Hibiscus sabdarifa

Nama lain : Asam susur , Asam paya
B. Inggeris :  Roselle
Famili : Malvaceae .
Asal-usul : Afrika barat , India

Buah Rosel
Pokok Rosel diLaman THRM
Laman Rosel THRM


Intro- flora


·        Ia merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika.
·         Di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor,

  • Pembiakan melalui biji benih.

Info-flora :

·        Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3 meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun.
·        Mempunyai banyak kegunaan tetapi bahagian penyalut  atau kaliks buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.
·        Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi.
·        Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid dan antosianin.
·         Antosianin adalah pigmen yang memberi warna kemerahan kepada roselle.
·        Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil se cara berterusan.

Info-nutrien Rozel :
Bagi setiap rosel kering,  bagi setiap 100 g , ia mengandungi vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram ; Asid malik 3.31%
·        Dari hasil kajian ,dikatakan juga , bagi setiap 1009 roselle segar :
Protein 1.145 g; Lemak 2.61 g ; Serat –fiber 12g;
Vitamin :  2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1,0.06mg, vitamin B2,  Tiamin 0.117 mg;Niasin 3.765.
Mineral : Kalsium 1,263 g;Fosfor 273.2 mg; Zat besi 8,98 mg; Potasium
Protein 1.145 g;Lemak 2.61 g;Serat 12g
Gula : Fruktosa 0.82%;Sukrosa 0.24%;
Pigmen – antioksiden : Karoten 0.029%; Gossypetin Anthocyanin dan Flavonoid.
Juga mengandung 18 asid amino yang diperlukan tubuh;
Kegunaan:
·        Penyalut bunga atau kaliks roselle boleh diproses untuk dijadikan produk minuman seperti  kordial, dan produk makanan  dalam bentuk pati, jem, halwa, puri dan serbuk.
·        Juga dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan , kosmetik  dan penjagaan diri.
·        Kini telah berkembang  secara komersial dalam industri makanan seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.
Info-khasiat :
Pengambilan rosel biasanya dalam bentuk tonik , jus atau cordial dapat mengatasi beberapa masaalah kesihatan  berkaitan dengan system tubuh kita, termasuklah :
Sistem Pencernaan
·        Membantu melancarkan proses pencernaan
·        Mengawalatur kandungan  gula darah (glukosa) , menghindari kencing manis ( diabetes) , tekanan darah (hipertensi) kolestrol ( obesity- penyakit kardio-vaskular) dan  asid uric ( gout).
·        Mengawal  berat badan - mengatasi  masaalah obesiti
·        Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati 
·        Mengurangi panas dalam (metabolisme tinggi)
·        Bersifat detoksifikasi, membuang racun ( dalam hati-liver)
·        Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh    

# Bertindak sebagai  anti-kanser
·        Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan  untuk mengawal sel-sel kanser dari merebak.
Sistem Pernafasan- respirasi
o   Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
o   Mengubati asma dan alergi.
o   Bersifat  anti - kejang saluran pernafasan
Sistem Peredaran  Darah
·        Melancar peredaran darah.
·        Mengatasi penyakit jantung ( kardiovaskular) dan masaalah darah tinggi.

Sistem Integumen – Kulit
o   Mengubati luka luar dan dalam.
o   Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
Sistem Otot- tulang
·        Mengatasi masaalah kejang otot ( Cramp )
·        Dapat mengurangi risiko osteoporosis
Sistem saraf
·        Menyihatkan mata
·        Mengubati pening kepala/migraine
·        Mengubati sakit tenggorokan-respirasi  dan sawan.
·        Mengatasi masalah stress/tekanan.
·        Menghilangkan sakit sakit di badan.
·        Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak ( mengandungi Omega-3 dan DHA)
·        Mengubati insomnia ( sukar nak tidur)
·        Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
Sistem Imun- pertahanan tubuh
o   Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
o   Membunuh bakteria penyakit TBC
Sistem Perkumuhan- urinari
·        Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang
·        Sebagai  diuretic dan kawalan suhu badan (penurunan suhu )


Cara buat Jem dan jus rosel ( Bahas Inggeris)


Cara membuat Teh Rosel


Rosel dituai utk dijual - hasil THRM 
Home-made  Jus  dan Jem Rosel
(Hasil Air Tangan sendiri yaaa)
            
















Rosel - Berkhasiat untuk kesihatan





















                                                      


































No comments: