Friday, January 5, 2018

Jom kenali flora BUNGA TELANG di Laman 1A : Laman ROSEL- BUNGA TELANG - POKOK TASBIH

Salam THRM :  Jom kenali flora BUNGA TELANG di Laman 1A : Laman ROSEL- BUNGA TELANG - POKOK TASBIH

Info -flora : BUNGA TELANG

Kategori : Tumbuhan renek menjalar
BUNGA TELANG
 ( Clitoria ternatea )
B. Inggeris : Butterfly pea, blue pea
Famili : Fabaceae







BT menjalar di batang pokok Moringa Taman








Pengenalan
Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.
Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika.
Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.

Cara pembiakan:
  • Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) . Dikatakan juga  memerlukan tanah jenis beralkali untuk penghasilan bunga ditahap optimum Memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar, minimum 6 jam sehari untuk tumbesaran yang sihat.
  • Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung.
  • Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah.Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi.Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.
 Semaian saya sendiri

Sesiapa berminat boleh PM saya untu jualan
Info-tambahan khasiat Bunga telang

1. Biji benih
(RM2 /peket)
2. Anak semaian*

Hp: o16-3574895
Pos: Minimimum 10 paket utk biji benih
Anak semaian: Dtg ke rumah di Bandar Baru Bangi

Khasiat umum :

·         Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
·         Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
·         Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
·         Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut
·         Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.
·         Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan.
·         Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap.
·          Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.
Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.

Khasiat Perubatan:


  • ·    Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala.
Caranya : Daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.
·         Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.


  • Merangsang memori dan kebijaksanaan
·         Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan


  • Merawat sakit mata (mata merah = konjuntivitis)
·         Rendam beberapa kuntum bunga kembang telang di dalam segelas air.
·         Apabila air bertukar menjadi biru, basuh bahagian mata yang sakit dengan air rendaman tersebut.


  • Merawat sakit telinga
·         Cuci bersih beberapa helai daun kembang telang.
·         Tumbukkan sehingga lumat untuk menghasilkan ekstrak.
·         Tambahkan sedikit garamlalu disapu di sekitar telinga yang sakit.


  • Melegakan demam, menghilangkan lendir pada bronkitis dan mengurangkan iritasi senggugut :
·         Rebus 3 g akar pokok bunga kembang telang bersama dengan dengan 4 gelas air sehingga tersisa 2 gelas.
·         Tapiskan dan biarkan sejuk kemudian diminum  2 kali sehari.


  • Mencuci darah :
·         Amalkan minum air rebusan akar pokok kembang telang.
Rujukan : LAMAN Mei/Jun 2016 ms 49)


Khasiat perubatan bagi wanita

Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak.
Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.


  • Pewarna makanan  dan fabrik
·         Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut.
·         Ia juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain.
·         Bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila.

Caranya :  Dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.
·         Daun pokok ini dikatakan boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau (pewarna)

Info Resipi: Satu senarai yang pajang
·        Nasi kerabu
·         Nasi pulut
·         Puding
·         Apam
·         Kuah lapis
·         Onde-onde
·         Kek


Minuman sihat :
Minuman dari Bunga Telang




·         Air minuman  Bunga Telang + Lemon
Air Minuman Telang Lela (ML)
·         Teh Bunga TelangRelated image
·         Teh Halia Bunga Telang

Untuk Makanan yang berkhasiat 




Resipi Istimewa:  Nasi Kerabu Kelantan





Related image

Nasi

Masak beras seperti biasa.Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Boelh juga masukkan daun limau putut dan 1 batang serai ketuk.
Kuah Tumis

Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3bawangbesar
15cilikering
1cmhalia
1serai-ketuk
1 asam keping
2sbgula
Sedikit gula melaka
2 sb budu

·  Garam (kena rasa masin dulu)
Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
·         Masukkan asam keping, budu dan gula
·        Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.
·         Masak sehingga pecah minyak. 
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya

Sambal Kelapa

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

·         Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapagoreng.
Tumbuk lagi sekali.
·         Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman

Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawangbesar
Kacangbotol
Taugeh

# Hiris halus kesemua ulam- ulaman.

Sambal Cili


Cilipadi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk


Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Dagingbakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropokataukeropoklekor
Soloklada
Bawang putih jeruk  ( jenis jeruk lain yg digemari)

CaraMenghidang

·         Letakkan nasi di dalam pinggan.
·         Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.

KUEH MUEH  BUNGA TELANG

Apam Beras Telang Lela (ML)












Bunga Telang untuk Sri Muka   Bunga Telang untuk Onde-onde


Bunga Tang dan Kueh  Pulut Tekan

Bunga telang jenis putih (hybrid)
Related image



Ada Bunga telang jenis pink (raehybrid)

Bunga Telang untuk kesihatan Mata

Bunga telang untuk KEsihatan












2 comments:

alamfauna said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

Call order wasap@call- En Mohd z
Zuhairi- +6 017-4687570

alamfauna said...

Radang Paru-paru sesak nafas (Copd)

Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring