Wednesday, January 24, 2018

Jom kenali Flora Pokok KEEMBONG di Laman WOMA- Ornamental

Salam THRM.Jom kenali Flora Pokok KEEMBONG di Laman WOMA- Ornamental

Flora popular di kalangan masyarakat kita...tapi bertahan 3 bulan..Hikmahnya biji benih disebarkan secara mekanisme letupan. Biji benih disebarkan banyak dan mudah tumbuh.

Nama Tempatan : Pokok Keembong
Nama Saintifik : Impatiens balsamina

Nama lain:Inai air, Tabo
Related image
Bahasa Inggeris: Garden Balsam

Asal-usul: India, Myanmar


Info-flora :


  • Terdapat berbagai jenis warna bunga keembong seperti merah hati, merah, jingga, merah jambu,putih dsb.
  • Memerlukan cahaya terus untuk penghasilan bunga yang cepat matang . Pastikan tanahnya dalam keadaan lembab, tapi tidak bertakung air.
  • Mudah dibiakkan  melalui penyebaran biji benih mekanisme letoan



Info Xtra : :Boleh rujuk kdd blog saya : fuziahsulaiman.blogspot.com/2015/08/infoflora-pokok-keembong-impatiens.html

Infokhasiat :


  • Merawat isi kuku yang bernanah
  • Menghentikan perdarahan akiba gigitan serangga kecil ( eg semut hutan, semut api, dsb.)
Caranya: Ambil beberapa helai daunnya dan diramas  sehingga sedikit basah. Tampalkan pada bahagian yang bermasaalah dan biarkan beberapa ketika. Jika darah masih mengalir gantikan denagn daun baru yang telah diramas.

  • Melegakan bisa akibat gigitan binatang yg tidak begitu berbisa 
Caranya;  Keluarkan bisanya terlebih dahulu. Ambil beberapa kuntum bunga keembong      dan lumatkan lalu ditampal pada bahagian yang terkena  gigitan. Biarkan sampai tampalan kering.Jika masih belum reda buat tampalna yang baru.

# Hanya untuk rawatan untuk gigitan yang tidak begitu berbisa dan bersifat sementara.
Dinasihatkan jumpa doktor dengan segera, jika masih rasa sakit.

* Sumber rujukan : LAMAN  Mei=Jun 2016.


Info-Xtra kegunaan- khasiat:

  •  Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. 
Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air.

  • Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala.
  • Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur, airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata.

Rawat masalah haid

  • Air rebusan batang keembung yang tua dikatakan boleh diminum untuk mencuci dan merawat penyakit yang berkaitan dengan darah. Air rebusan batang tua ini juga boleh digunakan sebagai ubat untuk mencuci bisul, ulser dan mengatasi bengkak. Air rebusan batang yang kering didakwa boleh diminum untuk membaiki pengedaran darah, mengatasi sakit susah bersalin, kejang otot dan reumatisme.

Pewarna kulit dan kuku

  • Biji buah keembung boleh dihancurkan menjadi serbuk. Serbuk ini kemudiannya boleh digunakan untuk merawat ibu yang susah dan sakit teruk semasa bersalin. Ramuan yang sama ini dikatakan boleh digunakan untuk tujuan merangsang dan melawaskan haid, melawaskan pengeluaran kahak dan mukus, merawat sakit tekak, sakit perut, kanser kerongkong, kanser rahim dan tumor.

  • Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid.

  • Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. \
    Image result for pokok bunga keembong
  • Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati.

  • Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik. Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish.

## Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. - bawangoreng@gmail.com

Sumber rujukan :http://rubbertapperz.blogspot.my/2011/01/khasiat-bunga-keembung.html

Keembong kesukaan Lebah Kelulut juga.

Bunga kesukaan Kelulut juga (KIV)

No comments: