Friday, January 26, 2018

Jom kenali Flora BUNGA TONGKENG di Laman WOMA - Ornamental - wangian

Salam THRM :Jom kenali Flora BUNGA TONGKENG di Laman WOMA - Ornamental


Nama Tempatan: bunga Tongkeng
Nama Saintifik :  Telosma kordata
Sinonim: Cynanchum odoratissimum, Telosma minor, Pergularia minor, Oxystelma ovatum, Telosma odoratissima, Asclepias cordata, Pergularia odoratissima.

Nama lain: Bunga Stokin, , Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine,cowslip creeper,telosoma.

Bahasa Inggeris: Chinese violet , Cowslip sleper
Image result for Bunga tongkeng
Asal usul : Cina

Famili: Asclepiadaceae.


Info-flora :


  • Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum. 
  •  Batangnya  yang berkayu  boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter. 
  • Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang. 
  • Bunganya mengeluarkan bau harum yang  menyerupai bau harum oren.
  • Kelopak bunganya yang berwarna putih kekuningan manakala di tengahnya pula kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga kira-kira 10 kuntum bunga atau lebih sepanjang batangnya.
  •  Bau harumnya boleh dinikmati siang dan malam selama seminggu sebelum ianya layu. 
  • Baunya menjadi lebih kuat di waktu malam.
  • Di Hawaii bunga ini merupakan antara bunga yang digunakan untuk membuat kalungan bunga yang dipakai di leher .
  • Pokok Bunga tongkeng ini agak sukar di tanam. Tetapi bila dah tumbuh melata, banyak pula anak-anak pokoknya. 
  • Habis menjalar memanjat semua pokok yang dikelilingnya. Adalah llebih sesuai jika dibuatkan para untuk pokok ini.
  • Apabila bunga tongkeng layu, kita dapat lihat ianya mengeluarkan buah, apabila buah itu telah tua dan matang ianya akan menyebarkan biji benih. Dengan itu agak mudah kelihatan anak-anak pokok di sekeliling pokok induknya.
  • Haruman tongkeng dikatakan seolah-olah campuran antara haruman mawar dan freesia  dengn sedikit bau halia.
  •  Menjelang senja harumannya menjadi semakin kuat dan harumannya yang paling kuat sekitar pukul 9 malam.
  • Satu kajian menunjukkan sebatian utamanya ialah geraniol yang juga boleh dijumpai dalam bunga mawar dan Beta-ionone yang boleh dijumpai dalam violet.Kajian itu juga menunjukkan sifat meruap Beta-ionone menyebabkan bau wangi bunga tongkeng mudah tersebar ke persekitaran.


Pembiakan



  • Ia boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Walaupun bunganya juga menghasilkan biji benih, namun ia jarang-jarang dapat dibiakkan menggunakan biji benih.

Info-kgunaan-khasiat :

Bahagian Yang Digunakan (Edibel semuanya)

  • Bunganya  dan pucuknya boleh dimakan. 
  • Putik bunga dan pucuknya  di goreng atau dijadikan sup. Bunganya rasa sedap dan kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin A. 

  • Amalan Tradisi Perawatan
  • Bunga tongkeng boleh dibuat ulam atau di buat kerabu. Bunga ini biasanya digoreng dengan telur atau boleh dimasak sup
  • . Ia juga digunakan untuk merawat sakit mata.

## Lagenda Bunga Tongkeng

Terdapat cerita rakyat  China lama yang mengisahkan bunga ini. Pada suatu masa dahulu sekumpulan tentera telah menawan istana pihak musuh. Menjelang senja , mereka telah terhidu satu aroma yang begitu harum dan wangi dibawa angin.

 Perasaan marah dan semangat juang yang berkobar-kobar beransur hilang apabila mereka terhidu haruman ini.

Menjelang pagi pihak musuh telah berjaya menawan mereka dan mereka terpaksa berundur.
Haruman yang dihidu itu ialah haruman bunga tongkeng yang berjaya menenangkan hati walaupun tentera yang ganas.


Sumber rujukan : https://wannura.wordpress.com/2012/11/15/bunga-tongkeng-telosma-cordata-harum-dan-boleh-dimakan/
_________________________________________________________________________
                             
Respos daripada : http://www.tanamsendiri.com/2012/04/gambar-hari-ini-bunga-tongkeng.html

R1: Saya pernah lihat semasa saya ambil kelas hortikultur hiasan. Telosma cordata berbentuk hati daunya.. Tapi tak tau pulak bunganya boleh dibuat makan. Terima kasih en Is kerana memberi tau mengenai ini. apa khasiat bunga ni yea?

Masak Omelet -goreng telur


R2:Terima kasih I wong, saya dah lama cari nama sains bunga ini. Ya daunnya berbentuk hati. Saya kurang pasti khasiatnya tapi di Pasar Kajang bunga ini popular. Auntie yang jual kata kaum cina suka buat sup, kaum india pula suka letak dalam kari, kaum melayu pula letak dalam gulai. Kira bunga muhibbah ni. Saya suka letak dalam telur goreng. Memang sedap.





Sumber rujukan : http://malasaad.blogspot.my/2017/10/bunga-tongkeng-tonkin-jasmine.html - utk gambar omelet ni.

R3:Saya beli bunga di pasar, kebetulan ada ranting sedikit. Saya cucuk, ia hidup dan mula berpucuk. Inilah hasilnya. Dapatlah bekalan bunga tongkeng yang berpanjangan. Nanti saya simpan bunga sejambak, tengok dapat bhenih atau tidak. :)

R4:Menurut org Cina,khasiat bunga tongkeng ialah merawat mata rabun.Kalau selalu makan mata jadi terang.Benih bunga tonkeng boleh didapati dalam buahnya yang serupa dgn buah pokok kapuk tapi saiz yg lebih kecil.Rasanya pokok tongkeng jarang berbuah.

R5:Saya pernah tanam pokok ni di pergola rumah saya..ketika dia lebat berbunga masyaAllah wanginya hingga tak terkata.. tak tahu pula boleh dimakan apatah lagi berkhasiat.. sekarang dah pindah, benih dah tak ada.. nak kena tanam balik ni...

Pokok Bunga Tonken saya..tak berbunga lagi..
R6: Saya sendiri ada tanam sepasu..tapi tak fokus. tak ambil berat. Beli dpd serg Chinese men yg menjuak pokok di Amcok Mall 5 tahun yg lepas..Dia maklum juga bunga boleh masak sayur dn telur goreng..tapi tak pernah nak cuba .Pernah nampak berbunga..tapi tak munafaatkan.Lepas dah dapat info ini nak cubalah.

# Saya akan cuba ambil keratan dan cuba  utk semai ..perbanyakkan lagi..

# Nanti saya update jika semaian dah hidup.!!









1 comment:

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570