Saturday, March 19, 2016
Fenomeno Equinox - 12 00 pm - 2.0pm
Fenomena Ekuinoks - Matahari berada tepat pada garis Khatulistiwa..
20 Mac 2016..1200 - 2.00pm
22 September
Pemanasan global atau fenomena ekuinoks berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
Bumi berputar mengelilingi matahari dengan posisi yang sedikit miring, sekitar 23.5° terhadap bidang lintasannya yang dikenal sebagai ekliptik.
Akibatnya, sinaran matahari tidak selalu tepat berada di bahagian tengah bumi atau garisan Khatulistiwa.
Selama setengah tahun, matahari berada di atas belahan utara Khatulistiwa. Setengah tahun berikutnya, matahari berada di atas belahan selatan khatulistiwa. Inilah yang menyebabkan perbezaan musim di daerah empat musim belahan utara dan selatan.
Saat belahan utara mengalami musim panas, belahan selatan mengalami musim sejuk, demikian pula sebaliknya.
Jadi, apabila matahari berada tepat diatas garisan Khatulistiwa, fenomena inilah yang dinamakan Equinox.
Asal-usul Nama Equinox
Kenapa dinamakan Equinox? Equinox berasal dari bahasa latin yang ertinya 'Malam yang sama panjang'.
Pada hari-hari tersebut, siang dan malam memiliki panjang yang sama di belahan dunia manapun. Mungkin bagi kita yang tinggal di sekitar khatulistiwa, siang dan malam yang sama panjang adalah perkara biasa.
Tetapi bagi mereka yang berada di daerah empat musim, perkara ini jarang terjadi. Ketika musim sejuk, biasanya malam lebih panjang daripada siang. Sebaliknya ketika musim panas, siang lebih panjang daripada malam.
Jadi, bila masa tepatnya Equinox ini berlaku? Equinox biasanya berlaku pada 21 Mac dan 23 September.
Pada 21 Mac, matahari 'berpindah' dari kutub selatan ke kutub utara menandakan datangnya musim panas di belahan utara. Equinox yang berlaku pada 21 Mac ini dinamakan Vernal Equinox.
Sebaliknya, pada 23 September matahari 'berpindah' dari kutub utara ke kutub selatan yang menandakan datangnya musim gugur di sebelah utara. Equinox yang berlaku pada 23 September dinamakan sebagai Autumnal equinox.
Pada 21 Jun, matahari berada di belahan utara bumi (23.5 darjah Lintang Utara). Pada 23 September, matahari berada tepat di garisan Khatulistiwa.
Pada 22 Disember, matahari berada di belahan selatan bumi (-23.5 darjah Lintang Selatan).
Pada 21 Mac matahari kembali berada di Khatulistiwa.
Pada saat matahari berada di utara dan selatan (21 Jun dan 22 Disember) disebut sebagai Solstis Matahari.
Solstis Matahari
Solstis adalah satu peristiwa astronomi yang berlaku sebanyak dua kali setiap tahun apabila kedudukan nyata Matahari di langit mencecah hampir dengan titik paling utara atau paling selatan bumi.
Nama kejadian ini berasal daripada bahasa Latin iaitu gabungan perkataan sol (matahari) dengan sistere (untuk berdiam diri).
Semasa solstis, matahari berdiri tetap dalam kecondongan iaitu pergerakan laluan utara atau selatan matahari yang berhenti sebelum membalikkan arah.
Sebutan solstis juga digunakan untuk membawa maksud yang lebih luas seperti tarikh (hari) apabila keadaan ini berlaku. Solstis bersama dengan ekuinoks berkait rapat dengan kejadian pelbagai musim di bumi.
Fenomena ini memperlihatkan seolah-olah matahari bergerak dari utara ke selatan selama setengah tahun, dan bergerak dari selatan ke utara pada setengah tahun berikutnya.
Pergerakan inilah yang membentuk empat musim di bumi, iaitu musim gugur, musim sejuk, musim bunga dan musim panas.
Dan ketika Ekinoks Matahari berlaku, masa antara siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam di seluruh permukaan bumi.
Bagi kita yang hidup di Khatulistiwa, mungkin malam dan siang sama lamanya. Tapi tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan utara atau selatan.
Pada musim sejuk, orang Eropah mengalami malam yang lebih panjang dari siang dan ada masa yang sama, penduduk Australia mengalami masa siang yang lebih lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment