Tuesday, March 22, 2016

About CLEVER GIRL - bermula 6 Mac 2016


Clever Girl di TV3






Negeri Manakah Memiliki Gadis Terpintar Malaysia?

14 orang Clever Girl Malaysia atau gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia akan mula bertanding demi merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.
Stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan bangganya memperkenalkan sebuah rancangan game show yang mencari gadis terpintar negara serta berperwatakan menarik untuk mewakili negeri kelahirannya.Clever Girl Malaysia akan keudara pada setiap hari Ahad bermula 13 Mac 2016 nanti.
Clever Girl Malaysia sebuah game show kerana ia tidak menggunakan apa-apa sistem undian. Sebaliknya setiap peserta Clever Girl Malaysia akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Pada akhir musim Clever Girl ini, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. Lebih menarik lagi, rancangan ini akan diacarakan oleh Alif Satar.
Perak? Kelantan? Sarawak? Kuala lumpur? Berikan sokongan anda kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016.
Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Johan Mingguan.

M1 - Sabah

M2- SElangor - PERLIS  -  Serawak tersingkir

No comments: