Wednesday, December 9, 2015

Perihal obor-obor - jelly fish- a CNIDARIAN- a hydrozoa..







Ubur-ubur - satu CNIDARIA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ubur-ubur
Pengelasan saintifik
Filum:Cnidaria
Subfilum:Medusozoa
Order:(sila lihat di bawah)
Famili:Rencana am
Subspesies:Susunan:
Stauromedusae
Coronatae
Semaeostomeae
Rhizostomae
Ubur-ubur (juga dikenali sebagai ampai-ampai) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologiskifozoa. Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas biologi yang berkait dengan medusa (hidrozoa) dan ampai-ampai kotak (box jellyfish) (Cubozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas.
Bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air. Kesemua spesies terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Kebanyakan ampai-ampai terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka. Ampai-ampai mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis. Mereka merupakan Coelenterates yang bererti "perut lopong" (hollow gut), dan terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis dan lapisan seperti gel yang dipanggil mesoglea yang memisahkan epidermis dari gastrodermis.
Ampai-ampai berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.


 





 


 BErita Keracunanan sengatan obor-obor...

KUALA LUMPUR: Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang.
Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantai bila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.
Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampir satu meter di depan saya semasa kejadian itu.
"Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina) menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.
"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya dan berjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan."
Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.
Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardio pulmonari (CPR).
"Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit,"
"Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalam laporan media itu.
Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untuk menyelamatkan Carina.
TANPA TULANG BELAKANG
Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa.
Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.
Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh 60 orang dewasa.
"Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan," jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuah hospital di sini.
Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsa disengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkan berlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.
DESTINASI PERCUTIAN
Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknya obor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.
"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkap obor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.
Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali ke pantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor.
Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuan perubatan, kata Martyn.
SESUNGUT
Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyai ratusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.
Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakan bagi menyengat hidupan kecil yang lain.
Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini boleh membawa kecederaan dan kematian.
Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenis yang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulit melepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.
Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jenis obor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.
Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalah daripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yang terdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik.
Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa lima minit.
REAKSI
Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.
"Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badan orang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yang bersaiz badan besar," jelas Martyn.
Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkan alergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawa kematian dari hanya satu sengatan.
"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - BERNAMA


Bahaya

SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian kepada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun.

Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor

Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut :

1) Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.

2) Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.

3) Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.

4) Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah. 

Tips rawatan

Antara bahan yang lazimnya digunakan untuk rawatan awal sengatan obor-obor adalah seperti sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa sakit.

Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

1) Basuh kawasan sengatan dengan air laut.

2) Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan alatan yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan bagi membuang sesungut tersebut.

3) Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.

4) Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.

5) Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.

6) Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

Sumber: Tranungkite


 Boleh dimakan jugak...

 


                                            Restoran ini menyediakan masakan Obor-obor





No comments: