Indeks Keamanan Dunia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Indeks Keamanan Dunia atau dalam bahasa Inggeris disebut Global Peace Index (GPI) adalah suatu usaha untuk mengukur kedudukan relatif sesuatu negara atau wilayah khusus berkenaan aspek keamanan yang dialaminya. Ia merupakan suatu produk dari Institut untuk Ekonomi dan Keamanan (IEP). Indeks ini dibangunkan dengan kerjasama dan perbincangan bersama panel antarabangsa yang terdiri dari pakar ilmu keamanan dari pelbagai institut kajian keamanan di pelbagai peringkat. Hasil penyenaraian indeks turut melibatkan perolehan data dari institut polisidan data yang berjaya dikutip dihimpunkan oleh Unit Kepakaran Ekonomi. Senarai pertama telah dilancarkan pada Mei 2007, kemudian diikuti Mei 2008, 2 Jun 2009, 10 Jun 2010 dan paling terkini pada 25 Mei 2011. Ia telah diperakui merupakan kajian pertama yang melibatkan aras sesuatu negara diseluruh dunia berdasarkan persekitaran keamanan sejagat yang negara atau wilayah tersebut alami.
Aras kedudukan keamanan ini mengambil kira sebanyak 153 buah negara (berbanding hanya 121 buah negara pada tahun 2007). Kajian ini telah dibuat hasil ilham oleh oleh usahawan AustraliaSteve Killelea dan diperakukan oleh individu terpengaruh dunia seperti Kofi Annan, Dalai Lama, archbishop Desmond Tutu, mantan Presiden Finnish Martti Ahtisaari, ahli ekonomi BangladeshMuhammad Yunus, ahli ekonomi Jeffrey Sachs, mantan Presiden Ireland Mary Robinson, dan mantan Presiden AS Jimmy Carter. Faktor-faktor telah diuji oleh para penulis termasuk faktor dalaman seperti aras pelanggaran perundangan, kekerasan dan kekejaman didalam negara dan faktor luaran seperti penguasaan ketenteraan dan peperangan serta bersangkutan dengannya.
Penemuan utama Indeks keamanan Dunia adalah[1]:
- Keamanan berasaskan penunjuk aras tertentu seperti pendapatan, pendidikan dan tahap integrasi serantau.
- Keamanan negara yang acap kali berkongsi akan aras ketelusan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan kurang rasuah.
- Negara-negara yang kecil dan stabil yang merupakan sebahagian dari blok serantau yang paling mungkin untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi.
Analisis statistikal telah diguna pakai bagi menyingkap lebih banyak pemanduan khusus berkenaan dengan keamanan. Secara khususnya, kumpulan pengkaji telah melihat kepada penunjuk-penunjuk dimana yang termasuk atau tidak termasuk dari indeks yang mempunyai tahap korelasi yang tinggi dengan skor keseluruhan dan kedudukan negara. Antara penunjuk statistik yang signifikan tidak digunakan dalam analisis termasuklah fungsi kerajaan sesebuah negara, integrasi serantau, permusuhan kepada orang asing, kepentingan agama dalam kehidupan, rasuah, keterbukaan media dan per kapita GDP.[2]
Negara-negara yang jelas tidak termasuk dalam kajian dari tahun 2007 adalah Belarus, Iceland, sebilangan negara-negara Afrika, Mongolia, Korea Utara, and Afghanistan. Mereka semua tidak termasuk kerana data sahih untuk 24 penunjuk aras tidak wujud.[3] Kebanyakkan dari negara-negara tersebut termasuk dalam Indeks tahun 2010, dimana sekarang berada pada kedudukan negara 149 di dunia.
No comments:
Post a Comment