Wednesday, December 9, 2015

Perihal Kelip- Kelip - Firefly - a Coleoptera - Pokok bakau BEREMBANG


Jom kenal Kelip-kelipdan Habitatnya


Kelip-kelip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelip-kelip
Kelip-kelip Photuris lucicrescens[1]
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Artropoda
Kelas:Serangga
Order:Coleoptera
Suborder:Polyphaga
Infraorder:Elateriformia
Superfamili:Elateroidea
Famili:Lampyridae
Latreille, 1817
Subfamilies

Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam.
Bentuk larva betina menunjukkan organ pemancar cahaya pada perut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Branham, M. A., and J. W. Wenzel. 2003. The origin of photic behavior and the evolution of sexual communication in fireflies (Coleoptera: L

Lokasi dan Sejarah Kampung Kuantan, Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan

        Kampung Kuantan amat terkenal kepada pelancung dalam dan luar negeri sebagai destinasi pelancungan kelip-kelip yang paling utama di Malaysia. Kedudukan Kampung Kuantan  adalah di pertengahan jalan antara pekan Kuala Selangor dan Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Selangor Darul Ehsan.

"Kelip-kelip" atau "kunang-kunang" terdapat dengan banyaknya disepanjang Sungai Selangor yang merentasi Kampung Kuantan ini.


Keindahan kelip-kelip ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Ketika itu, serangga ini akan berterbangan dalam jumlah yang banyak di sepanjang sungai ini
Pada waktu itu, seolah-olah pokok-pokok dan belukar itu dipasang dengan ribuan lampu kelip-kelip. Fenomena alam ini pasti akan memukau pandangan sesiapa sahaja. Terdapat pelancung dalam dan luar negeri yang datang berkali-kali semata-mata untuk melihat dan menghayati keindahan tersebut.

Walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk menunjukkan keindahan kelip-kelip ini melalui gambar dan video, tetapi tidak akan sama dengan pengalaman melihatnya dengan mata sendiri diwaktu malam dikawasan semulajadinya.Hanya dengan cara ini lah sahaja anda berpeluang  melihat dan menghargai keindahan kelip-kelip ini. 

Gambar atau video boleh diambil dari jarak dekat dari atas sampan semasa anda melawat kelip-kelip ini. Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda menggunakan kamera Infra Red atau Night/Dark Vision yang berkualiti tinggi. 

Penggunaan flash kamera biasa didapati kurang membantu ketika merakam aksi kelip-kelip ini kerana beberapa faktor seperti cahaya flash lebih terang dari kerlipan kelip-kelip dan lain-lain, oleh itu hasil rakaman tersebut biasanya tidak mencapai hasrat yang diingini. Atau dengan perkataan lain,  tidak dapat menggambarkan dengan sebenarnya keindahan kelip-kelip tersebut sepertimana yang dilihat secara "live". 
    
Sejarah Ringkas Kg Kuantan

Sejarah Kampung Kuantan amat berkait rapat dengan sejarah Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Selangor pada masa pemerintahan Sultan Abdul Samad (1811-1898). Kedudukan Bukit Melawati yang mengadap laut merupakan kubu dan benteng pertahanan negeri Selangor ketika itu.  Pada hari ini, Bukit Melawati telah dipulihara dan menjadi satu destinasi pelancungan bersejarah yang paling utama di Selangor. Antara kesan sejarah yang masih ada ialah makam-makam diraja, kubu pertahanan, meriam, rumah api, telaga beracun, batu tempat memancung kepala penjenayah dan lain-lain.

Rakyat jelata pada masa itu tinggal di sepanjang Sungai Selangor yang merupakan laluan utama pengangkutan air seperti kapal, sampan,  tongkang dan lain-lain. Antara kampung yang terdapat di sepanjang   Sungai Selangor adalah Kg Kuantan, Kg Tanjung Siam, Kg Kedah, Kg Bukit Belimbing, Kg Teluk Penyamun dan lain-lain.

Dipercayai Kg Teluk Penyamun didiami oleh sekelompok penyamun yang menjalankan kerja-kerja merompak di Sungai Selangor. Kg Kedah dan Kg Tanjung Siam didiami oleh orang Kedah dan Siam yang dibawa masuk oleh Tengku Kudin yang berasal dari Istana Kedah menantu kepada Sultan Abdul Samad untuk membantunya dalam perang saudara menentang Tengku Mahadi. Perang saudara tersebut dimenangi oleh Tengku Kudin dengan bantuan British.

Keistimewaan Kelip-kelip Kg Kuantan

Kelip-kelip Kg Kuantan ini lebih istimewa berbanding di tempat lain kerana kerlipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu dengan kadar 3 kerlipan sesaat.

Harga Tiket dan Waktu Perkhidmatan Pusat Pelancungan Kelip-Kelip Kg Kuantan

Harga Tiket ialah RM53.00 (termasuk GST) bagi satu sampan yang boleh memuatkan 4 orang.

Kaunter tiket mulai dibuka pada pukul 7.45 petang sehingga 10.30 malam. Pengunjung dinasihatkan supaya sampai di Pusat Pelancungan ini selewat-lewatnya pukul 7.00 malam.

Bagi pengunjung yang beragama Islam dan ingin menunaikan solat Fardhu Maghrib, anda boleh berbuat demikian di Masjid Jamiul Muhammadiah yang terletak bersebelahan Pusat Pelancungan Kelip-kelip ini sebelum menaiki sampan.



Thursday, November 28, 2013

Rumah Homestay Kg Kuantan

Rumah terletak kira-kira 500 meter dari Pusat Pelancungan Kelip-Kelip Kg Kuantan. Rumah memiliki 2 buah Bilik Tidur, Ruang Tamu, Dapur dan 2 buah Tandas,

Harga satu malam RM180 sahaja.
 .

Ruang Tamu

Bilik 1 Dilengkapi Air Cond

Bilik 1

Bilik 2
Bilik 2

Dapor


Sila Hubungi
Salahuddin 
019-6741196
016-9007857 (WhatsApp)

Thursday, April 12, 2012

Arkib Foto


"Firefly Protection Area"
Pos Pengawal dan Pintu Masuk ke Pusat Pelancungan Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pemandangan bahagian dalam Pusat Pelancungan Kelip-Kelip

Taman Permainan Kanak-Kanak dalam Pusat Pelancungan Kelip-Kelip
Pusat Pelancungan ini ditubuhkan atas kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) 
dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)


Pelancung menanti waktu malam untuk melihat kelip-kelip.
Gambar-Gambar Pelancung Luar Negeri
















No comments: