Wednesday, December 9, 2015

11 NOVEMBER 2015 - RABU - 28 SAFAR 1437 - Mula Perhimpunan UMNO - 3 sayap -WANITA -PEMUDA- PUTERIA ....

Fokus kpd Perhimpunan UMNO ...3 sayap UMNO : WANITA - PEMUDA - PUTERI




Perhimpunan Agung Umno ke-69 kali ini menyaksikan kelainan apabila ia dirasmikan ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya yang disempurnakan timbalan presiden parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015.
Ketiga-tiga sayap Umno – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan agung masing-masing sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.
Perhimpunan kali ini menyaksikan kelainan apabila ia dirasmikan ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya yang disempurnakan timbalan presiden parti itu.
Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan persidangan sayap pergerakan itu di Dewan Merdeka; perhimpunan agung Pemuda pula dirasmikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Dr Ismail manakala perasmian pergerakan Puteri disempurnakan ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Tun Hussein Onn.
Ketiga-tiga perhimpunan itu dirasmikan secara serentak pada 8 pagi sebelum para perwakilan yang dipilih membahaskan usul antaranya mengenai pendidikan, kos sara hidup, ekonomi dan perumahan.
Sebanyak 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan sayap berkenaan.  – Bernama, 9 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perhimpunan-agung-sayap-umno-bermula-hari-ini#sthash.Tkr5D7ae.dpuf
BERSATU demi Kepentingan BANGSA

A STORM in a tick out...



No comments: