Sunday, August 23, 2015

pOKOK tunjuk langit - kHASIAT macam2


Perihal Pokok TUNJUK LANGIT


Pokok Tunjuk Langit

Helminthostachys zeylanica.jpg
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
elminthostachys zeylanica
Scientific classification
Kingdom: Plantae
Division: Pteridophyta
Class: Psilotopsida
Order: Ophioglossales
Family: Ophioglossaceae
Genus: Helminthostachys
Species: H. zeylanica
Binomial name
Helminthostachys zeylanica
Pokok Tunjuk Langit
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Pteridophyta
Kelas: Psilotopsida
Order: Ophioglossales
Famili: Ophioglossaceae
Genus: Helminthostachys
Spesies: H. zeylanica
Nama binomial
Helminthostachys zeylanica
(L.) Hook.
Pokok Tunjuk Langit merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. Nama botaninya Helminthostachys zeylanica. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Helminthostachys.
Pokok Tunjuk Langit ("Helminthostachys zeylanica") merupakan sejenis pokok renek jenis resam. Tumbuhan ini menjalar dengan batangnya mempunyai diameter sehingga 1 cm, dan berwarna perang, lembut serta lurus. Manakala daunnya tersusun spiral dan berpelepah. Mempunyai tangkai spora yang panjang seperti benang dipintal, menunding ke langit dan mengeluarkan spora berwarna coklat susu.
Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.
Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar
KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT


3 BAHAN AKTIF PENTING

  • FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.
  • SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.
  • BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

  • Mengurangkan tahap gula dalam darah
  • Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
  • Memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
  • Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
  • Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
  • Fungsi-Fungsi Utama Saponins
  • Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
  • Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan
  • Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
  • Memperbaiki sistem peredaran darah
  • Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
  • Mengelakkan kemabukan dan keracunan
  • Mententeramkan fikiran dan otak
  • Menghilangkan kelesuan minda
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki insomnia
  • Menguatkan hati

No comments: