Sunday, August 23, 2015

Koleksit TEMA -LOGO hARI KEBANGSAAN- Satu Refresh..

Mengenal TEMA -LOGO hARI KEBANGSAAN- 

Bagus to refresh  tentang Tema- Logo Hari KeMERDEKAAN MALAYSIA...



 Mengenal TEMA -LOGO hARI KEBANGSAAN- 



logo merdeka malaysia


Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.

Tahun ini adalah hari kemerdekaan yang ke-58 dan sambutan Hari Kemerdekaan akan di adakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Senarai acara & informasi mengenai logo serta tema Hari Kebangsaan 2015 boleh diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015.



Pada 2012, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi logo 55 tahun merdeka-Janji ditepati. Pemilik logo tersebut, Kementerian Penerangan, masih mahu mengekalkan logo yang dikutuk oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Rekabentuk logo yang tidak mencerminkan kemajuan negara ini (senang cerita design logo 55 tahun merdeka adalah logo kemerdekaan yang terburuk) beserta dengan tema kemerdekaan yanng tidak ada kena-mengena dengan sambutan kemerdekaan mengecewakan ramai rakyat Malaysia termasuk saya.

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya sertakan tema dan logo merdeka Malaysia setiap tahun dari tahun 1970. Logo hanya mula digunapakai pada tahun 1976.

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Merdeka 1976
Logo Merdeka 1976


Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju


No comments: