Friday, August 7, 2015

InfoFLORA Pokok KEEMBONG - Impatiens balsimina

Perihal  Pokok Keembong, Impatiens balsamina

Perahatian :

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak-anak pokok keembong  atau biji benih boleh PM pada  saya:


HP :  016-3574895

Pokok Keembong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Keembong
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Ericales
Famili: Balsaminaceae
Binomial: Impatiens balsamina



Keembung Ubat Perut Kembung?
Pokok Keembung Penawar Perut Kembung?

Memang betul tu. Sebenarnya seluruh bahagian kecuali akar pokok keembung (atau nama saintifiknya Impatiens balsamina) boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Pokok keembung ialah sejenis tanaman hiasan herba yang banyak ditanam di kawasan tropika dan iklim sederhana di seluruh dunia tetapi tempat asalnya ialah negara India dan negara Myanmar. Pokok ini juga dikenali sebagai Inai Air, Tabo dan Garden Balsam. Bunganya ada pelbagai warna iaitu putih, kuning pucat, merah jambu, merah menyala dan ungu.

Bagi sesiapa yang belum kenal macam mana rupa pokok bunga ni, lihatlah gambar-gambar kat bawah ni:-
 


Pokok Keembung

KOLEKSI Pokok  Bunga Keembong
Bunga Keembong Merah (Ada)




Bunga Ungu

 bunga-keembung

Bunga Merah Jambu

 https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4a/Impatiens_balsamina_(2).JPG
Bunga  Merah- Ungu
Bunga Keembong PUTIH ?



Keembung membiak melalui biji benih yang terdapat di dalam buahnya yang telah masak. Jika tidak dipungut, biji-biji benih itu akan terpelanting ke luar semasa buahnya meletup apabila telah cukup masak dan kering. Macam mana pulak rupa biji benihnya? Lihat gambar kat bawah ni:-

Buah & Biji Benih Keembung

Cara menanamnya adalah sangatlah mudah. Semaikan biji benih terus ke atas tanah dalam jarak 12 ke 18 inci antara satu sama lain atau ke dalam bekas semaian dan kambus dengan sedikit tanah di atasnya iaitu setebal kira-kira 1/8 inci. Siram dengan air rata-rata.

Jika di tanam di atas tanah, pastikan tanah di situ tidak menakung air dan elakkan akarnya daripada sentiasa basah. Siram sekali atau dua kali seminggu. Untuk pertumbuhan yang sihat, bubuh baja biasa atau baja bunga. Lihatlah nanti betapa cantiknya bunga-bunga yang kembang pada pokok yang boleh tumbuh setinggi 2 ke 3 kaki ini.

Dari segi perubatan, batang, daun, bunga dan bijinya boleh dijadikan penawar kepada penyakit-penyakit seperti 

badan panas, patukan ular, 
sakit urat, sengal-sengal,
 bisul, kudis, luka, busung, 
demam kuning, hepatitis, 
penyakit kulit, penyakit kuku, 
sakit kepala, bengkak mata, 
ketuat, kutil, kurap, ulser dan kembung air.

Tambahan Info:


Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid.
Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. 



Fail:YosriKeembongPutih.jpg
Bunga Keembung  Putih

Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati.
Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu 


- bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik.
- Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


Bunga Matahari


No comments: