Well..sebagai peminat TeGAR TV3( SEUSIA PERKHIDMATAN SAYA SEBAGAI GURU- 24 APRIL 1984- 31 TAHUN yang lalu) sejak mula ditubuhkan ....memang saya mengikut perkembangan NONA sejak mula sampailah sekarang...
dI antara pengacara NONA yg popular masih dalam ingatan saya.....
CHRISTINE LING
NORMALA SHAMSUDDIN
EZZAH AZIZ FAWZI
NUR FARAHIN JAMSARI
WAN ZALEHA RADZI((* Sangat nostalgik..ramai pelajar SM YU HUA..pelajar Ting 6 CINA saya ...minat pada WAN ZALEHA..paling mencabar ..skuba diving dilakukan oleh WZR ini. )
NURUL SYUHADA
FARAH FAUZANA
NEELOFA
FAUZIAH GHOUS
Antara wajah-wajah yang pernah menjadi pengacara 'Nona' iaitu (dari kiri) Nolly Zai Awang Sham, Raja Mazian Raja Mohamed, Datin Sharifah Shawati, Christine Ling, Puan Seri Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari dan Ezzah Aziz Fawzy sepanjang 30 tahun program wanita itu bersiaran di TV3 - Foto TV3
KUALA LUMPUR, 30 Ogos:
Mula bersiaran pada 25 Ogos 1985 yang
juga jatuh kepada Hari Wanita pada ketika itu, siapa sangka program
wanita ulung terbitan TV3, Nona masih terus kekal bertahan sehingga ke hari ini.
Dan, siapa sangka sudah tiga dekad program Nona bersiaran di stesen televisyen swasta pertama negara itu dan ia dilihat relevan untuk penonton setia program itu.
Sekadar menyingkap sejarah, konsep dan idea asal Nona
sebenarnya diilhamkan oleh anak kepada pasangan seniman dan seniwati
veteran terkenal, Allahyarham Datuk Jamil Sulong dan Datuk Rosnani Jamil
iaitu Dr. Anwardi Jamil yang juga penerbit awalnya.
Ketika di awal penerbitannya, Nona
berada di bawah Jabatan Penerbitan sehinggalah kemudiannya ia
dipindahkan kepada Jabatan Berita & Hal Ehwal Semasa yang diketuai
oleh penerbitnya, Nuraeshah Malik.
Jika dilihat kepada perjalanan Nona
selama 30 tahun, populariti dan kekuatan program yang berkonsepkan
kekeluargaan itu terletak kepada kandungannya yang lebih mengutamakan
kepada isu wanita di dalam dan juga luar negara.
Pada awal kemunculannya, antara segmen popular dalam program berkenaan termasuklah Cik Sri Siantan, Petua Nona, Dari Fail, Titian Hidup, Motivasi dan Klinik Nona yang terus meletakkan Nona sebagai salah sebuah program diminati ramai.
Tidak terikat kepada segmen tersebut, sebagaimana konsep Nona yang mahu memartabatkan kaum wanita di negara ini, ia turut menampilkan segmen Fokus atau Laporan Khas yang banyak mengetengahkan permasalahan wanita dan isu semasa.
Namun, di sebalik itu, mahu atau tidak harus diakui, Nona
juga banyak dipengaruhi kepada gaya dan penyampaian pengacaranya yang
banyak menggerakkan perjalanan program tersebut sekaligus menaikkan nama
serta populariti pengacaranya sendiri.
Siapa yang dapat lupa nama-nama seperti
Nurfarahin Jamsari, Christine Ling, Ezzah Aziz Fawzy, Raja Mazian Raja
Mohamed, Azizah Ariffin, Norjuma Habib Mohamed, Fara Fauzana dan sudah
semestinya, wajah popular yang terus melonjakkan populariti Nona iaitu Puan Seri Normala Samsudin.
Bukan itu sahaja, mungkin ada di antara kita yang terlupa bahawa Nona
juga pernah dihoskan oleh pelakon wanita terkenal tanah air seperti
Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, Maya Karin, Vanidah Imran, Neelofa dan
terkini, Fouziah Gous.
Dalam pada itu, Nona juga berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila pernah tampil dengan program realitinya sendiri, Pengacara Jemputan Nona (PJN) yang mula diperkenalkan pada tahun 1991.
Sempat bertahan selama lima tahun, PJN
telah mencungkil bakat-bakat pengacara baharu antaranya termasuklah
Normala Samsudin, Maria Tunku Sabri, Norish Karman, Nolly Zai Awang Sham
dan Farah Adeeba.
Pernah dihentikan seketika, program realiti berkenaan diteruskan tetapi dengan penjenamaan baharu iaitu Pesona Nona
yang hanya bertahan selama dua musim dan telah melahirkan pengacara
terkenal masa kini iaitu Noor Azean Abdool Karim dan Siti Hasfizza
Aswaty Sab Jahan.
Tidak mahu perjuangan Nona terus
terhenti, program itu tetap mahu mencari bakat baharu dalam dunia
pengacaraan apabila mereka memperkenalkan pula segmen realiti, Pencarian Nona Manis dengan mengangkat Saidatul Naseha Uyaina Arshad, awal bulan ini selepas sedekad tidak berbuat demikian.
Kini, Nona terus bertahan dan
menjadi salah sebuah program wanita yang mempunyai kelompok peminat
tersendiri dengan pendekatan serta kandungan yang lebih mantap,
kontemporari dan relevan dengan isu kaum wanita hari ini.
Justeru, buat peminat Nona, pastikan anda tidak ketinggalan menonton episod khas Nona 30 Tahun yang akan bersiaran pukul 2 petang ini secara ekslusif di TV3.
No comments:
Post a Comment