Jerebu....jEREBU lagi..HATI-HATI menjaga kesihatan masing-masing teruatama yang berkaitan dengan Sistem Respirasi...teruatama LELAH..ASMA...semput ...etc..etc
Di galakkan memakai topeng penutup hidung....
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. [2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah "jerebu" dalam kesusasteraan meteorologi umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan. Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas lembab. Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.
Isi kandungan
Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara
Nilai IPU | Kualiti udara |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak sihat |
201 - 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 400 | Berbahaya |
401 - 500 | Sangat berbahaya |
Lebih 501 | Darurat |
Pencemaran udara
Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. [3]
Masalah kesihatan
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Penghalangan
Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk.[4] Jerebu boleh ditakrifkan sebagai bentuk udara kesan Tyndall dengan itu tidak seperti kesan atmosfera lain seperti berawan dan kabus, jerebu adalah bentuk spektrum yang lebih khusus: panjang gelombang (biru) lebih pendek diselerak lebih banyak, dan panjang gelombang (merah/infra) yang lebih panjang kurang diselerak. Disebabkan ini kebanyakan lens super-telefoto sering memasukkan penapis atau diselitupi lapisan kuning bagi meningkatkan perbezaan ("kontras") imej.Pengambaran Infra ("IR - Infrared imaging") juga mungkin digunakan bagi menembusi jerebu pada jarak jauh, dengan gabungan penapis optik penembus-IR (seperti Wratten 89B) dan pengesan sensitif-IR.
Jerebu di Asia Tenggara
Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.[5][6]
Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh asia tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor dan juga di Bukit Rambai yang terletak di Melaka. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746[1] pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat. Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.
Fenomena Jerebu
No comments:
Post a Comment