Waktu memasak: 10 minit
Saiz hidangan: 4 orang
BAHAN-BAHAN:
  • 10 kuntum bunga kantan | dimayang halus
  • 2 batang serai | dimayang halus
  • 2 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 30gm halia | ditumbuk
  • 10 biji lada hitam | ditumbuk
  • 20gm udang kering | ditumbuk
  • ½ biji kelapa parut
  • 2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bunga kantan dan serai ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan kesemuanya hingga sebati.
4. Sedia dihidangkan.