Monday, December 1, 2008

Motivasi Pagi Bersama...

Dengan Pakar Motivasi Pendidikan, Dr. Tengku Asmadi Tg.
Tarikh: 2 Dis.; Hari. Selasa ; Masa : 5.30 pgi;

Bertajuk : " BERUSAHA "


1. Berusaha secara istiqamah , secara berterusan ..
- berusaha bersungguh-sungguh/buat apa saje dengan gigih ....akan terbongkarlah segala
potensi yang ada dalam diri..kelebihan ,bakat , peluang yang selama tidak sedar ada dalam
diri , tersembunyi dalam diri rupanya... tak sangka aku ada bakat jadi pelukis... kerana selama ini memang dok minat lukisan orang... kena cuba nanti.. bakat ini kena cungkil keluar.. krn 2 anak saya hebat melukis .. satu cabaran juga kan..

" Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam " ... Bukan melihat air mengalir deras dalam tempoh

2. Berusaha.. kenapasti kekurangan-kekurangan

Jangan berputus asa dari rahmat Allah ... cerita seorang bapa yang berkorban apa saje untuk mengubati anaknya yang mengidap ekzema ...merata dia mencari ... tapi mencari segal punca... apabila berusaha adalah hak kita .. keputusannya adalah hak tuhan..

Jangan sampai menzalimi diri sendiri... kes bunuh diri pelajar kerana gagal..jadikan iktibar!

Kegagalan berlaku kerana kita berhenti berusaha..

Kita belum dapat ... dalam usaha kita

Peristiwa-peristiwa pahit yang terdapat disekeliling kita . spt kehilangan adik shazlin dan lain-lain penganiayaan sebagai satu iktibar / pengajaran untuk jaga keselematan keluarga.

Apa yang menghalang untuk berusaha

1. Sikap kita ....yang mudah mengalah, ....sentiasa bersikap positif

Apabila kita mengejar kejayaan tiada siapa yang boleh menghalang, kecuali diri sendiri... Apabila kita mengejar kegagalan ... ramai yang akan menghalang kan...

2. Cerita kegagalan orang lain - akan terhalang.. kena kaji kenapa dia gagal

3. Apabila kita berusaha kita mudah kepenatan ...

Umpama naik bukit tinggi ....

Bila dah penat usaha gigih ....kita berhenti .... kerana kehilangan FOKUS

Doa /Minta pada Tuhan ... barulah kita Bertwakkal...


Impak pada diri sendiri : Nak kongsi pengalaman..


Ini sangat benar dalam kehidupan saya sendiri... saya lalui sendiri jerih perih , onak duri untuk mendapat kejayaan sekarang..

Ingat..Tiada Jalan Singkat untu Mencapai kejayaan.
Tanpa sokongan dari keluarga sepenuhnya (ibu bapa bercerai..) berbekalkan semagat juang yang saya terus mengorak langkah.. meniti setiap jambatang .. menaiki tangga satu langkah demi langkah tanpa rasa bosan dan jemu...

Enjoy di atas setiap perkara yang dilakukan...pasti dengan penuh
keikhlasan ..

Saya selalu menanam dalam diri saya ; " Aku pun nak berjaya macam orang lain juga.. Orang lain berjaya .. aku pun nak berjaya "... walaupun kurang mendapat restu ... maklumlah hidup susah ... saya mesti kerja selepas SPM.. tapi hati saya sambut dengan...aku akan terus berusaha untuk berjaya seperti orang lain juga... Aku Boleh dan mesti lakukan. Tanam dalam-dalam dalam hati saya.

TQ Allah.. krn sentiasa membimbing saya dan memberikan kelebihan suka dan seronok membaca.. walaupun zaman tu (1960an) bahan bacaan tak banyak .. tapi saya kemaruk suka membaca..pergi mana- mana mesti ada bekalan bahan bacaan .. tak kisah buku apa .. termasuk komik-komik favourite saya..SUPERMAN..BATMAN & ROBIN, SPIDERMAN.. BLONDIE..dan paling best Siri TARZAN !..

Buku Dongeng / Fairy Tales sampai hafal .. sebab tu sinentron sekarang saya tidak ketinggalan dan mengikut dengan setia program SINETRON tersebut... bagi orang crita mengarut.. bagi saya satu lihat dari aspek iktibar dan beri pendidikan ... kerana Hukum Karma akan tetap berlaku..

" Yang Baik tetap akan mendapat balasan yang Baik... Yang Jahat pasti Mendapat Pembalasan yang setimpal di ata s Perbuatan yang jahat dan aniaya"

... and live happily ever after.. ungkapan popular Cerita dongeng tiada... walaupun realiti mengkin lebih teruk .. Kut

Yang Pasti .. Allah is always there for hambanya yang sabar dan tabah dengan
Ujiannya...

Perkara yang saya tak boleh lupakan ketika saya darjah enam dulu... saya digelar sebagai Walking Dictionary .. semasa kelas bahasa inggeris .. apataknya Cg B. Inggeris tersebut (tak nak lah sebut namanya..sensitif)... mesti tanya untk maksud perkataan dalam B. Melayu... mungkin saya aktif menyampuk beri jawapan .. jadi dilantik secara tak resmi... Mungkin cara kebetulan hobi saya suka membaca dan menghafal semua perkataan yang ada dalam Kamus tak canggih zaman dulu.. janganlah bandingkan dengan Kamus Dewan yang terkini... pengsan baca... tupun Kamus Dewan untu mendapat info fauna secara fokus... mungkin bercadang menghasilkan e book berkaitan semua tumbuan yang ada A-Z .. dalam proses perlaksanaan..

Seingat saya semasa sekolah menengah ASSUNTA dulu , masa tingkatan Satu... semua buku cerita / novel habis saya baca... maka kenallah sayaUSMAN AWANG, A.SAMAD SAID..SHAHNON AHMAD , KHADIJAH HASHIM dan beberapa penulis Indonesia.. mungkin hasil natijahnya .. sangat berbaloi... saya pelajar tunggal yang dapat BM A1... sebab ramai gagal krana BM ketika baru bertukar format.. Alhamdulillah.. (SPM 1972)

Ketika SPM result keluar ... saya lompat ditengah jalan berpelukan dengan kawan-kawan... apataknya ..dapat Gred satu dengan agregat yang baik ... yang melayakkan saya ambil sains.. apataknya Matematik yang tak pernah saya lulus ketika sekolah.. dapat C4.. Aduh..

Alhamdullah sangat.. Result SPM saya taklah sehebat pelajar sekarang( 10A1)... dulu tak ada buku rujukan yang melambak di pasaran sekarang... pelajar patut manafaat sepenuhnya yng ada... saya dulu nak dapakkan soalan past years saje ( 10 yr series) tanpa jawapan.. kena menjelajah semua buku kedai di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya... Bayangkan keadaan kami belajar tanpa tusyen.. tanpa apa yg menyokong saya... saya struggle.. Hasilnya lumayn cukup tu menjadi tiket keITM (Institut Teknologi Mara) mengambil course berkaiatan bidang saya minat , Biologi.. " Animal Health & Production ".. 1973 hingga 1977...


Wassalam untuk hari ni...saya tangguh dulu... sambung lain kali ya..



No comments: