Sunday, November 30, 2008

LAMAN NURANI

1Disember 2008 : Isnin Pukul 6.00 pagi (on air sekarang)

Slot Laman Nurani


Tajuk : PENGUCAPAN UMUM yang berkesan ( Effective Public Speaking)

oleh : ARIFFIN HASSAN - Pengarah Urusan PDN

1. Persiapan yang rapi
- survey tempat terlebih dahulu, mendapat maklumat berkaitan teks ceramah
2. Kenalpasti siapa audiens kita /latarbelakang
3.Tunjukkan tahap konfidens yang tinggi... kepakaran anda terserlah dengan
keterampilan yang amat meyakinkan.
4. Tunjukkan Bahasa badan yang jelas ( Use the right body language
70 % kejayaan datang dari bahasa badann kita ini
5. Jangan menipu fakta .Jangan guna fakta yang tak pasti mungkin tak berapa tepat, jangan
digunakan sebutkan sumber fakta tersebut - majalah
6. Bersedia untuk menjawab soalan dari penonton semasa sesi soalajawab.
7. Sebut nak mengakhiri ucapan dan buat kesimpulan tentang ceramah kita.
8. Akhiri ucapan dengan kejutan . Spt cerita yang menyayat hati. Pastikan audiens ingat
ceramah kita pada 30 saat terakhir.

Slot Laman Nurani juga adalah slot popular TV3 seiring dengan program Motivasi. Anda akan dapat banyak info berkaitan berbagai perkara untuk meningkat prestasi diri dan membina jati diri supaya menjadi seorang manusia yang seimbang.



Hari ini 1 Disember adalah Hari AIDS Sedunia...ini pun perlu direnungkan. Nak sembang-sembang tentang AIDS ini lain kali..Slot khas Kesihatan.

Sedih juga mendapat berita tentang kedua beradik mati tertimbus akan tanah runtuh di kediaman mereka di Ulul Yam Perdana...Keluarga kehilangan 2 daripada 5 orang anak ... trajedi Alam Sekitar di luar kuasa kita...

Bersyukur kepada kita yang jauh dari bencana tersebut..

dan BANJIR, BANJIR, BANJIR ...terutama di kawasan Pantai Timur .. almaklumlah dah masuk Musim Ketujuh..

Salam ukhwah pada semua . Jumpa lagi ya..

No comments: