Tuesday, December 2, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

MOTIVASI PAGI bersama... Dr. Fadillah kamsah
(Tarikh : 3.12.2008 ; 5.30 pg )

Tip-tip bagaimana untuk membantu anak belajar / membentuk anak untuk berjaya


Anak-anak yang nakal waktu kecil

Langkah.

1.Bentuk persekitaran/suasana kondusif untuk belajarberjaya..
2. Warna di rumah / kenalpasti warna kegemaran anak mempengaruhi sikap
Hijau - ketenangan dan damai
Kuning - ceria
Asbab warna menjadi kondusif , tenang kreatif, damai
3.Suasana yang kemas , tenang akan rangsang belajar dgn berkesan
4. Nisbah unggul untuk pendidikan iaitu 80 :20) : dimana ibu bapa menggunakan
kaedah 80% memberi kasih sayang , cara bersantai ; 20% disiplin.. beri teguran, tegas jika
engkar..
5. Ibu bapa yang sanggup berkorban setakat kemampuan, impak positif ..anak akan belajar
bersungguh-sungguh.. akan di hormati oleh anak dan juga guru. anak anak akan bahagia dan
bersyukur .. natijah pasti cemerlang

Letak pokok kecil di meja anak ..keluar oksigen.
Munafaatkaan suria cahaya ... akan bawa tenaga

6. Menjaga pemakanan yang betul ketika belajar .. beri supplemen .. makanan kalau
boleh seimbang

Orang Cina - tahu
Orang Jawa - tempe

7. Hubungan rapat antara guru dan ibu bapa .. prestasi anak akan meningkat
8. Nasihat anak dengan rakan-rakan sambil bercerita
9. Semua berdoaIbu bapa berdoa , buat sembayang hajat sepanjang masa
10. Beri ganjaran bila anak cemerlang

Alhamdillah ..saya pun sendiri banyak mengamalkan perkara di atas...

Dalam mendidik anak saya mengamalkan sikap lasser faire ... memberi kebebasan tetapi berbatas.. dan sentiasa memberi sokongan apa saje untuk anak belajar.

Alhamdilillah .. saya nampak kebanyakan ibu bapa di Bandar Baru Bangi ini amat prihatin tentang pendidikan anak-anak masing-masing.

Alhamdulillah .. hasilnya lumayan... kebanyakan anak-anak di tempat kami ini cemerlang dalam pelajaran.. termasuk anak-anak murid saya sendiri .. produk dari di SMK Sg Pelek, SMK Yu Hua Kajang dan of course produk SMK Jalan 3 sendiri.. berada merata rata di Malaysia dan seluruh dunia .. Mesir , Jordan, Russia, Germany , Korea , UK , US .....sungguh membanggakan gurunya.. Guru Biologi yang mendidik mereka..

Mungkin salah satu rahsia kejayaan anak-anak murid saya ni ... kami amat rapat .. ini bermakna fakta hubungan mesra antara guru murid amat penting and of course fakta sikap pelajar dan sokongan ibu bapa mereka dan hubungan guru ibu bapa memang sangat penting.

Sebab tu lah saya tetap nak jadi Guru Biasa (Guru Biologi) kerana akan dapat terasa kepuasan dari hasil peluh jerih kita.


Slot LAMAN NURANI
(masa 6.00 pagi)

DR FATMA ALZAHRA - salah seorang pendakwah popular

bersembang-sembang tentang "MALU"

"Satu dari cabang iman kita ialah MALU"
Malu kena bertempat ... jangan cakap bukan-bukan.. cara tegur lemah lembut
Jika Allah buang sifat Malu ... ia akan menjadi manusia membenci dan dibenci orang ... maka tiada amanah .. sudah khianat kat orang .. tiada rahmah .. hati mati .. yang memerintah hatinya adalah syaitan ... sudah tak ada Islam.. segala sifat kemungkaran akan membawa kemungkaran dan kemusnahan hidupnya. Muslim
Maka perlu ada sifat MALU mesti ada... buat tu dan ini ...Allah nampak kamu.. Malu pada Allah ,
Malaikat , Malu pad amanusi
IMAN dan MALU mesti seiring .. Malu tiada .. tiada iman ..tiada Isalam
Amanah terhdap diri amat penting dijaga ..maka hendaklah sentiasa jaga sifat MALU dlm diri
Keburukan.. jangan cakap yang bukan-bukan.. mempamerkan sifat malu..
Respons kpd tajuk di atas:
Sifat malu memelihara kita daripad membuat sesuatu yang tidak baik terutama dalam menenpuh kehidupan kita seharian.
Seingat saya .. semasa zaman persekolahan saya ... susah nak dengar suara saya.. mungkin malu kut.. tapi saya saya ini jenis ligat buat tu dan ni di sekolah.. termasuk menjadi wakil Sekolah untuk pasukan Hoki... mungkin sifat rendah diri saya yang tebal.. menyebabkan saya tak banyak bersuara.. suka bersendirian tapi berkawan denag semua... tapi setelah masuk ke dunia luar spersekolahan barulah saya keluar dari kepompong rasa malu ni.. saya menjadi lebih berani untuk bersuara , beri pendapat... dan peliknya kini saya seorang guru.. yang perlu berhadapan denagan orang ramai selalu..
Saya pernah diajak untuk bekerja di kelab malam.. saya tak mahu.. dan cakap pd diri saya ..saya tak akan jejak tempat sedemikian.Malu pada Allah.
Tapi saya tak malu untuk kerja dikilang sabun, minyak.. RM8.00/hari pendapatan.. kerja RM1.oo/jam di SRM.. tak kisah apa kerja asalkan halal.. Tak patut MALUkan untuk dapat rezeki yang halalkan...
Maka .. MALU itu penting sebagai sebahagian langkah untuk mendapat satu kejayaan... ia umpama perisai yang memelihara diri dari kita tersilap langkah.. betul tak..
Komen anda (jika ada): ...
Salam ukhwah dari saya.

No comments: