Sunday, March 1, 2009

Info-Pemakanan sihat: Makanan Anti-Kolestrol 2

Perihal Makanan Antikolestrol:

1. Kacang Soya
  • Ia merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susu kacang soya, yang mengandungi 48% protein, lesithin, vitamin dan zat galian.
  • Ia dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis.
  • Ia memang kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecahkan lemak.
  • Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDH) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. Kuaci

  • Ia mempunyai kandungan zat besi.
  • Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti biji labu (putih) atau bunga matahari (belang hitam-putih), untuk menambahkan zat besi serta kurangkan kolestrol.

3. Buah kering

  • Terdapat pelbagai jenis buah kering, dan limau kering yang paling banyak mempunyai flavanoid.
  • Ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL; mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
  • Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, tomato, brokoli, bawang serta buah delima.

4. Epal

  • Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari ,adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
  • Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukan lebihan lemak dalam badan.

5. Ikan tuna

  • Ia termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, yang juga terdapat dalam ikan salmon dan kembong.
  • Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. Kacang tanah

  • Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.
  • Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol HDL, dan dapat menghindari daripada serangan sakit jantung.

7. Mangga

  • Vitamin C banyak dalam mangga. Sumber Vitamin C yg lain ialah belimbing , kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.
  • Vitamin C boleh mencegah pembentukan kolestrol LDL secara berlebihan dalam tubuh.

8. Kismis

  • Ia mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol dalam darah.
  • Dikatakan sesiapa mengamalkan diet dengan 400 kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%!

9. Oat

  • Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
  • Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.

10. Jambu batu

  • Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
  • Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindakbalas kepada tubuh.
  • Jumlah yg disyorkan ialah 400g sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
  • Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Sumber: hidup- sihat.blogspot.com

Dpd Buletin pengguna:Nov.2008.

Adious. CG Fuziah.

No comments: