Saturday, March 28, 2009

MUTIARA & WASIAT....Buat Renungan Kita Bersama

Wasiat Saidina Ali r.a

" KECANTIKAN bukan terletak pada pakaian yang dipakai ...tetapi ia bergantung kepada
keelokan akhlak dan budi pekerti."


Wasiat Imam Syafie r.a....

Orang yan berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini di dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.

Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

"Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin, engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami imu".


Perdalamkan segala masaalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.


" Keelokan orang yang berilmu ialah MULIA DIRI dan .....

KECANTIKAN ILMU pula ialah warak dan berlemah lembut. "


" Sesiapa yang merasa MARAH tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan ...
Sesiapa yang merasa REDHA terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya.

KEREDAHAAN manusia sukar untuk engkau capai ...dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka.

Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.

CATATAN DIARI:

Hari ini HARI JADIku .. 29 hb Mac = 2 RabiulAkhir ( Tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw.. 16 Mac = 12 Rabiul Awal) ... sempena persamaan bulan kelahiran ....moga mendapat keberkatan dalam meniti segala onak duri - ranjau kehidupan..

Terima kasih kepadamu ALLAH .... kerana masih memberi kesempatan kepada ku . .....hambamu yang kerdil ini untuk terus menikmati ... menghirup udara segar di BUMI miliknya..

Bagaimana ?? Semalam ialah " EARTH DAY " 28.03.09 .. anda respons untuk bergelap di antara pukul 8.30 dan 9.30 malam semalam ...

" DO TAKE CARE and LOVE THE NATURE... SAVE EARTH .'

No comments: