Thursday, December 31, 2009

PEMBUKA TIRAI 2010

Sebagai Pembuka tirai.. 1hb.Januari 2001 -010110 .. cantik nombor ini... saya boleh bayangkan ..apatah lagi tentu akan berebut-rebut membut sesuatu yang istimewa pada 10hb.Oktober 2010 - 101010 ..lagi cantik nombor ini.

..nak cerita lagi berketepatan ..cucu saya ..FATEHA ZAHRA... tarikh harijadinya adalah ..
21hb December..lahir tepat pada pukul 12.01 minit... Bila diringkaskan juga ..maka jadilah ia
211221.


AZAM : Amanah - Zikir - Akrab, Amalan - Mahir ,Mantap, M ...Ilham spontan.

Azam..Azam.. Azam.. Azam saya tahun ini....Berdasarkan perkataan-perkataan di atas bolehlah dibina azam mengikut di atas..kut..


Amanah : Hidup lebih beramanah dalam semua hal..zahir dan batin..
Zikir : Lebih mendekati Allah dengan zikrillah.. di mana-mana saje.. terutama di hati
Akrab : Lebih akrab dalam menjalinkan silaturrahim dengan sesiapa saje ..terutama dengan
handai taulan dan of course..saudara mara.
Mahir - Mantap: Memantapkan diri melalui pengalaman hidup ..pembacaan dan
media..internet.. dan macam-macam lagi.

Boleh tahan juga ya..azam saya ini.. boleh kongsi bersama.. kalau sudi.. you all are welcome to share...

Cuma tahun ini sebagai guru porfolio Penyelaras 3K telah berubah..lebih khusus memegang portfolia KESIHATAN...Hai tentu sibuk menjaga Kesihatan SEKOLAH termasuk Warganya...
Awal-awal lagi dah terima kain rentang 3K dan Risalah berkaitan dengan H1N1.. untuk diagihkan kpd warga smkj3.. my first mission..dan Denggi..

Salam adious.. jumpa lagi..Wassallam.

CG Fuziah.

Words of Wisdom from 33370 - Pembuka tirai 2010

Words of Wisdom = Today's Tips. = Mutiara Kata daripada SMS 33370 cost RM1.00 tau... sebagai Pembuka tirai 2010..

Nakkan kata-kata ini abadikan sebelum erase from my Handphone.. nak simpan sampai bila-bila ... sebagai Renungan Hidup sepintas lalu.. Let's think about it..

1. Staying home and sharing good conversations with friends can be a viable strategy that increases your chances for real satisfaction..31.12.2009

2. You are a formidable opponent when your mind is made up ..and you will steadfastly defend your decision if you are questioned today. 30.12.2009

3. Someone is like the fly in your ointment now..buzzing around and gettting in between you and your fun. try to get rid of it. 29.12.2009

4. Wishing 4 better tomorrow won't make your current realities disappear. Its best 2 complete old business be4 jumping into an exciting new situation. 28.12.2009

5. U don't need to consciously demonstrate your exuberance, it will naturally express itself in whatever u do today. assuming you following the bliss... 26.12.2009

6. It is a very good day to address a certain area of your life which you have neglected which are very important for the over all progress of everbody. 25.12.2009

7.Dont succumb to anyone else's pressure; the closer you live to you dreams now, the less dependent you are on the external weather. 24.12.2009 ...Yana's Birthday..Happy Birthday..

8. Today's Tips: Have Faith in all you need to do, as good things come to those who wAIT. bE PATIENT. 24.12.2004


Especially from Ain's mother ( Mother of Nurul Ain Abdullah - a Mualaf Indian family - my Student (3Fikrah) suffering from Thallesemia - poor girl..My Allah provide you much strength my dear :

" As the New Year dawns, it brings in new aspirations, new hopes, new resolutions, greater possibilities. A whole new begining. My hope and prayer is that 2010 continue to be another year blessed with greater success, health and rewarding fulfillment for you and the loved ones. Happy New Year." .. Moga doamu untuk ku dimakbulkan..Amin.

From Me: Thank you.. same to you and family ..and may further be blessed with cheerful and
fulfilled life.. ok.

Happy New Year 2 Everybody ..
Salam 1 Malaysia.. Salam Muhibbah.. Salam Ukhrawi...Salam.. Salam. Salam.
Moga Allah senantiasa merahmati dan melindungi kita dengan HiDAYAHnya sampai bila-bila dan di mana-mana saje kita berada.
Sekian. Mohon undur diri...ya..Insyallah ..Kita bertemu lagi di lain kalam.
Dari Cg - Sifu - Sensei FUZIAH.

HAPPY NEW YEAR - SELAMAT TAHUN BARU-2010

Kini masa dah 11.45 pm...15 minit lagi ke Tahun Baru 2010...Tak lama lagi berlabuh tirai tahun 2009...

Hai ..macam-macam dah berlaku dan sedang berlaku...

Yang nyata sepanjang tahun 2009 ... banyak berita atau kisah adalah yang menyedihkan.. apatah lagi dalam bulan Disember ini..terlalu banyak peristiwa yang menyedihkan... banjir..banjir..gempa bumi..terlalu banyak malapetaka di sana sini di dunia... yang jelas dan nyata berkaitan dengan masaalah global warming... mungkin sudah agak terlambat ..sudah terlalu banyak kemusnahan berlaku akibat kerakusan manusia sendiri terutama terhadap Alam Sekitar....yang penting kita golongan manusia Homo sapiens tidak boleh terlalu angkuh dengan ALAM.... kerana ALAM ini bukan milik kita secara mutlak ...ia milik ALLAH...Back to Allah everyone... ALAM kini telah bersuara dengan lantangnya.. kerana tangan-tangan manusia sendiri... Nyawa kini begitu rapuh.. kemalangan dan bencana berlaku di mana-mana.. dan paling menyayat hati kisah Kemalangan bas dua timgkat yang melibatkan 10 nyawa berharga melayang.. mungkin dah taqdir itu berlaku.. Innalillahirajiun..Ajal dan Maut telah ditentukan Allah..Kita yang hidup ini semua kejadian sebagai satu iktibar....betulkan..betul...

2 minit lagi from TV3..Eli dgn Datuk Ridwan sedang bersembang-sembang tentang

14 saat ...........SELAMAT TAHUN BARU MALAYSIA... lie from TV3... Bayangkan Bunga Api sedang mletup-letup berhampiran kawasan IKEA... set baru MHI esok..kata Elli Iskandar...

Well..masih setia dengan TV3 sebenarnya... Di harapkan tahun ini akan lebih bermakna lagi..dan lebih meriah dan ceria kehidupan rakyat Malaysia khususnya famili kami hendaknya...ok.. amin..

Salam TAHUN BARU 2010.

Friday, December 11, 2009

Novel CINTA SANG RATU - Ramlee Awang Mursyid

Novel CINTA SANG RATU oleh penulis thriller Ramlee Awang Mursyid

Sesungguhnya dah begitu lama saya tak membaca novel .... kalau ikutkan ... saya memang peminat novel sejak sekolah rendah hingga kini... cuma setelah berkerjaya... sebagai guru...saya mendapati masa untu membaca semakin merosot.. mungkin boleh terus membaca selepas ini kut..

Saya amat tertarik dengan Tajuk buku ini " CINTA SEORNG RATU " termasuk kaption - mata galak seorang wanita.. begitu menarik saya untuk terus membaca... bukan apa.. kalau dah mula membaca.. apa perkara lain saya tak dapat buat dengan lancar.. yalah.. selagi tak habis.. tidur tak lena dibuatnya.. jadi tak tenang rutin hidup saya selagi tak habis.. Contohnya membaca buku ini ... begitu asyik dan nak tahu kesudahannya dengan cepat... Saya terpaksa disiplinkan diri ...Jangan baca muka surat terakhir.. untuk menghayati cerita sebenar..

Bila saya baca buku ini... saya teringat rakan penulis saya.. Shamsiah Moh Nor.. juga novelis terkenal.. yang punya gaya persembahan cerita hampir sama... menyelitkan info tambahan ...
dan menarik buku ini.. diselitkan petikan terjemahan dari ayat-ayat AlQuran dan banyak dikaitkan dengan sunnah Rasulullah (saw).. dan penceritaan melibatkan 2 zaman tu...mula tu keliru juga.. lama-lama saya dapat mengikut rentak cerita.. yang memang thrill...bertepatan dengan genre buku ini ..thriller..

Rasanya berbaloi juga saya memberi ruang masa untuk membaca novel ni.. dan ini menarik saya mencari info lebih lanjut tentang penulisnya.. Ramlee Awang Murshid ..yang baru saya kenal.. Maklumlah ..Saya golongan era A.Samad Said ..Shanon Ahmad..Usman Awang .. dan seangkatannya.. termasuklah Pak HAMKA.. novelis idola saya. Insyaallah...saya akan terus menjadi peminat setia penulis ini..

Cara penulisannya ..memberi ilmu dan menambah ilmu.. iaitu segmen Ilmu ...satu perkara yang tak pernah saya tahu.. ialah : Dikatakan wujud makhluk bernama Bangsa POLIP .. makhluk manusia mempunya sayap.. sama dengan pari-pari suci (yg selalu terdapat dlm dongeng Indon).

Dikatakan juga Allah telah mencipta 18 umat yang berbeza-beza di bumi ini sebelum Nabi Adam as. Izinkan saya ambil petikan ini ..utk rujukan kita bersama..

  • Ada yg memiliki sayap dan suaranya gemerincing (pari-pari suci )
  • Ada yang bertubuh spt singa dan berkepala spt burung , memilik rambut dan ekor dan suara bergema.
  • Ada yg memiliki dua wajah , satu di depan , dan satu lagi di belakang dan memiliki banyak kaki.
  • Ada yang memiliki tangan dan kaki spt manusia dan suara mereka spt jeritan bangau.
  • Ada yg memilik wajah spt manusia, punggungnya spt kura-kura, kepalanya bertanduk dan suaranya spt gonggongan anjing.
  • Ada yang berbulu putih dan berekor seperti lembu.
  • Ada yang memiliki taring spt. babi dan telinga yang panjang.

Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat.

ALLAH S.W.T. tidak menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah daripada manusia. wallahuallam.

Koleksi karya Ramlee Awang Murshid adalah :

1. ADAM

2.TOMBITUO

3. TOMBIRO TERAKHIR

4. RANGGAU

5. RAHSIA PERINDU

6. MANDATORI

7. SATU JANJI

8. SEMANGAT HUTAN

9. BAGAIkAN PUTERI


10.HATIKU DI HARAJIKU

11. UNGU KARMILA

12. CINTA SANG RATU - dah baca - 131209

Selain buku-buku di atas , anda juga boleh mendapatkan buku-buku lain melalui website

berikut: http://www.kedai-buku.com//

Sekian. Wassallam.


Wednesday, December 9, 2009

Nine Power Foods that can boost Immunity

Nine Power Foods that can boost Immunity

They are on the ranking lists :

1. Yoghurt = Dadih
2. Oats & Barleys
3. Garlic = Bawang putih
4. Fish = Ikan
5. Chicken Soup = Sop Ayam
6. Tea = Teh hitam & Teh hijau
7. Beef = Daging
8. Sweet Potatoes = Ubi keledek
9. Mushrooms = Cendawan


Saya bercadang untuk menulis sebuah buku khas / e-book -berkaitan dengan tajuk
di atas. Menarik juga kan. Saya akan laksanakan bila ada kelapangan.

Saya ini sebenar memang minat pada MAKAN... Orang kata.. tolak batu dgn kayu.. tapi yg halallah .... memang seronok menikmati MAKANAN ... apatah lagi kita di Malaysia ini... Di tempat saya sendiri BANDAR BARU BANGI ... mewah dengan tempat makan... boleh pilih-pilih selalu... Rezeki makan kita begitu melimpah ... Bersyukur sangat Malaysia mewah dgn makanan ... kena juga ingat pada yang malang...yg sukar mendapat makanan ..Betulkan..Betul.

Mana yang betul.....


HIDUP untuk MAKAN atau MAKAN untuk HIDUP.

Fikir-fikirlah... yang jelas ..

Makan untuk Hidup.. Bukan Hidup untuk Makan ...Buruknya jika kita adalah golongan ini..


Apapun bila kita bicara tentang Makan ini.. kita selalu dideahkan kepada pelbagai produk dan teori tentang Makanan..
Apapun yang penting .. pilihan kita mestilah selalu menjurus kepada Makanan Seimbang= Diet Seimbang...

  • Cukup karbohidratnya...Nasi , Roti...
  • Cukup lemaknya ..............Mentega , Minyak sayur ............Makanan Pemberi tenaga
  • Cukup proteinnya... Daging , Soya ..... Makanan untuk Tumbesaran & Pembaikan tisu cedera/rosak
  • Cukup vitaminnya .... Buah-buahan, sayur-sayuran
  • Cukup mineralnya.........Makanan untuk melawan penyakit.. menjaga kesihatan
  • Cukup Airnya... 8 gelas sehari utk dewasa (konvensional)
  • Cukup Pelawasnya/ Rouphage ... Pisang, Betik, Bayam...

Dikatakan paling bagus untuk Pesakit ...utk sesiapa saje adalah FRESH MILK - Susu Segar.. Macam-macam ada dipasaran.. Susulembu..Susu kambing.. Susu kuda.. Susu unta pun ada...

Setakat ini saja dulu.. macam-macam boleh sembang pasal ni. Sekian. Wassallam.




Tuesday, December 8, 2009

Seven -G : Warisan 7 keturunan

Minyak Angin SeVen - G : Warisan 7 keturunan
(diiklankan di slot IKLAN - UTUSAN MALAYSIA : Selasa 8 Disember 2009 )

Saya amat tertarik dengan Tajuk Artikel ini...
... apatah lagi berketepatan dengan episod terakhir Slot Drama bersiri TV3 : NENEK KEBAYA... di mana dendamnya bermula dan berakhir selepas 7 keturunan... apatah lagi mengingatkan kita kita kepada Gadis ayu bernama AISYAH .. keturunan ke 7 MAHSURI .... Sumpah Mahsuri terlerai selepas 7 keturunan..... LANGKAWI menjadi lebih makmur dan maju....krn terlepas dari sumpahan...( Tahun ini pergi lagi - bulan Ogos yg lepas..nanti cerita)

Saya sebenarnya memang amat minat dengan cerita-cerita dongeng dan pelik-pelik ini ... Saya memang peminat setia kpd cerita dongeng rakyat sejak dibangku sekolah lagi... apatah lagi slot Indonesia sekarang ni.. menayangkan hampir setiap hari cuti sekolah.. saya setia menontonnya secara santai ...krn saya suka kpd mesej cerita .. yang memamg tepat dengan Karma Kehidupan... Yang Jahat di balas Jahat ... Yang Baik akan di balas Baik juga akhirnya..selepas menempuhi bermacam-macam dugaan .. onak dan duri kehidupan... tapi paling tak suka jika hero atau heroin berakhir dengan kematian... nak yang indah saje... Happy Living Ever After.. baru best dan terhibur.. tak nak berakhir dengan kesedihan.
Kadangkala cerita dan alkisah spt Seribu satu malam ... adalah pendedahan kepada rencah2 kehidupan ..walaupun dikatakan dongeng ... akan mewarna- warnikan kehidupan kita... bagi saya itulah KEHIDUPAN sebenarnya..dan kita sebagai insan yang kerdil ini terbukti tidak lepas dari Ujian Allah..dan spt dalam lagu peninggalan terakhir ciptaan arwah Ustaz Asri (Rabbani) ... Semua nya Bukan Milik kita ....Semuanya ALLAH yang Punya... sungguh menusuk jiwa senikata lagu nasyid ini... menyedarkan siapa kita .. Apa yang ada pada kita.. semuanya milikNya. Sungguh menginsafkan bila menghayati bait-bait lirik lagu ini.... betulkan..Betul.

Berbalik kepada tajuk artikel di atas tadi... Minyak Angin SeVen-G ini.. menarik perhatian saya juga kerana..

  • Ia adalah satu Produk untuk kegunaan semua peringkat, tidak mengira jantina dan umur.
  • Ia merupakan penyediaan sementara untuk melegakan BATUK, SELESEMA,ASMA,SAKIT KEPALA, KEMPUNG PERUT (bayi) , STRES dan BISA GIGITAN SERANGGA.

Kelebihan MINYAK ANGIN ini :

  • Disediakan dalam bentuk " Roll on", mudah dipakai, hanya sapu saja pada tempat yang diperlukan.
  • Persediaan Herba dengan Bau aroma LEMON yang menyegarkan.
  • Memberi manafaat yang banyak kepada pengguna , hanya dalam satu botol.
  • Perkilangan melalui piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP), SUCI lagi HALAL.
Informasi Pengguna disertakan:

BATUK.. adalah gejala , bukan penyakit. Ia adalah penyebab lain bagi batuk , yang perlu untuk dirawat.

Rawatan BATUK melalui Kaedah HERBATERAPI & AROMATERAPI.


Apakah kelebihan SeVen G ini?...

  • Ia adalah rumusan herba dan aromaterapi.
  • Menggunakan Minyak Kayu Putih ..Eucalyptus Oil.
  • Penggunaan cara mudah .. sapu saje.
  • Melegakan dengan cepat batuk yang teruk.
  • Menggunakan konsep DWI-RAWAT

- Kelebihan herba &aromaterapi -Kehendak -DOA sesuai untuk semua

Apakah yang menyebabkan BATUK ?

  • Batuk biasanya bermakna " Ada sesuatu dalam laluan pernafasan yang tak sepatutnya berada di situ( trakea} .
  • Ia boleh disebabkan oleh sedutan debu dan habuk ketika bernafas masuk ke laluan atau bila cebisan makanan termasuk ke laluan yang salah (sepatutnya dalam esofagus, salur makanan).
  • Ia juga boleh sebagai petunjuk atau petanda berlakunya jangkitan di dalam paru-paru, yang akhirnya menghasilkan kahak.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari website: www.ezyasian.com

Jika berminat untuk dapatkan produk ini sila hubungi saya melalui talian berikut :

R : 03 - 89257176 ; HP : 016-3574895

atau melaui email: fuzij3@yahoo.com

Harga pasaran : RM13.00 ringgit/botol sahaja.

Sekian. Almaklum dari saya... peminat produk HERBA & AROMATERAPI.


Wednesday, December 2, 2009

GENIUS X TRA : MIND & SOUL - produk makanan MINDA Inovasi Terkini Pantas dan Berkesan

Salam buat kalian...sudah kian lama saya tidak menulis yakan..

Semalam saya terpandang dan memetik MUTIARA KATA TV3 ini..


Tiada Insan Suci
Yang Tiada Masa Lampau
Tiada Insan Berdosa
Yang Tiada Masa Depan.

Maka saya menjadi begitu teruja untuk menulis semula ..dan seterusnya terus ingin berkongsi pengalaman saya sebagai INSAN guru..ibu..warga yang prihatin di atas berbagai-bagai perkara.. terutama berkaitan dengan KESIHATAN ..KECEMERLANGAN HIDUP ...MOTIVASI dan macam-macam lagi...

Buat kalian warga ibu bapa dan pembaca yang setia ...saya telah diperkenalkan dengan satu produk yang amat menarik perhatian , yang diilhamkan oleh seorang pakar AFTL Technology : Alhayat Faster Than Light Technology ,DR Mohd Yusoff Hussin M.D.(A.M.) - Menjana Ide Kebuntuan Insan Manusia.

Saya amat tertarik dengan profil pribadi beliau seperti berikut:

Dari pengalaman berselipar jepun di sekolah rendah berjaya menjadi pegawai tentera yang berbakti dilapangan Intelligent & Perisikan berpangkat Lt Komander & pegawai memerintah Kapal sehingga bersara , yang akhirnya menjadi Dr. Perubatan Alternatif yang boleh merawat berbagai masaalah yang nampak kronik termasuk GILA , LUMPUH dan juga berjaya dalam lapangan pembangunan diri , bagaimana untuk hidup tanpa masaalah. Beliau mengambil masa 30 tahun untuk sampai ke tahap ini.

Beliau menemui Teknologi Canggih Merubah Kehidupan .Penggunaan Virtual Negatif Photon (VNP) dalam pembangunan kehidupan adalah suatu perkara baru yang terbukti berkesan. VNP adalah sebenar-benar tenaga hayat atau VITAL FORCE yang biasa disebut tapi ramai tidak tahu makna sebenarnya.

Segala subjek tenaga dan kehidupan berkitar pada interaksi antara cas Negatif & Positif. tanpanya, jisim tidak bergerak. Apa sahaja kehidupan akan terhenti dan sebenarnya tidak akan ada kehidupan tanpanya. Kesedaran pada subjek ini akan membebaskan belenggu diri sebebas-bebasnya.

Barulah potensi sebenar insan terserlah tanpa batas. Tiada soalan lagi tanpa jawapan. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Yang ada hanya Penjanaan Idea Pemecah Kebuntuan.

Yang saya rasa sangat "impress" dengan produk ini ..kerana tuannya sendiri sudi datang ke rumah menerangkannya pada saya..boleh faham kut..cara kebetulan saya guru Sains...menerangkan secara terperinci teknologi ini.. dan pernah ditemuramah di RTM1 dan di iklankan diakhbar-akhabar termasuk SINAR HARIAN (14 Ogos 2009) dan KOSMO ( setiap keluaran) ... dan yang paling mengkagumkan ialah TESTOMONI -Testimoni yang dipaparkan dalam Internet , yang kemudian saya cetak untuk rujukan ... sangat meyakinkan.. diantaranya termasuklah yang berikut (Tajuknya saje) :

  • Perasaan sudah menang sebelum tempur - Pelajar menjadi Johan dalam pertandingan silat solo Peringat Negeri Perak.
  • Nurul Syafiqah - Akademik Meningkat , Kokurikulum Cemerlang.
  • Hilang Nakalnya, Akademik Meningkat.
  • Tugas Mengurus anak makin mudah
  • Hidup lebih bermakna, sikap-sikap Negatif Diri Berubah.
  • Dah pandai bangun Subuh tanpa disuruh.
  • Baru 4 tahun dah petah bercakap.
  • Sikecil sudah cekap mengnal ABC.
  • Boleh tidur lena & Berkualiti.
  • Rajin Hafal Sifir.
  • Berubah sikap, makin rajin mengaji dan solat.
  • Pelatnya hilang!
  • Terasa menjadi "Orang Baru".
  • Rajin Solat & seronok membuat kerja rumah.
  • Niatkan apa saja!.. dari rabun boleh mleihat dengan lebih terang.
  • Produk-produk AFTL membantu pesakit KANSER.
  • Demam dan sakit kaki sembuh serta merta.
  • Hati semakin tenang, Keluarga berubah ceria.
  • Bermimpi didatangi lelali tua berbaju putih.
  • Anak yang lari menghilang, pulang semula ke rumah.
  • Terlihat diri meninggal dunia dan dikafankan.
  • Impian terlaksana sebaik pulang dari Seminar AFTL.
  • Bayangan Milik Pasar Mini menjadi kenyataan.
  • Kisah Amirul- Luarbiasa. Tapi Benar.. (pulih selepas kemalangan teruk).
  • Berjaya mendapat 8A (pelajar PMR..sebelumnya result selalu teruk)
  • Dapat semula wang yang dilarikan.
  • Perniagaan berkembang & bebas dari masalah.

Testomoni untuk diri saya sendiri juga...saya sedang mengambilnya setiap hari sebelum da selepas bangun tidur..

  • Mencapai titik ketenangan.
  • Lebih Yakin, Bertenaga, Kreatif & Produktif.
  • Wajah sentiasa berseri-seri hidup ceria...

Jika berminat mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk AFTL ini terutama Genius Xtra ini..

Sila layari website : www.aftltech.com.

Jika berminat untuk mendapatkan produk GeniusXtra ini bolehlah hubungi saya melalui :

No. talian : 03-89257176

HP : 016-3574895

E.mail : fuzij3@yahoo.com

MINDA yang SIHAT datang dari BADAN yang SIHAT..

OTAK CERGAS ...BADAN SIHAT.

Sekian. Wassallam. Jumpa lagi.

Saturday, October 24, 2009

Tuesday, September 8, 2009

H1N1...virus canggih tahun 2009

Pengalaman sendiri sebagai High risk H1N1..kerana jangkitan Pneumonia

Saturday, July 25, 2009

InfoSIHAT- SPIRULINA

Info SPIRULINA - buat Warga emas - golongan 60 ke atas

-
terutama yang menghadapi masaalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol.

  • Tumbuhan alga unisel ,yang berwarna hijau gelap, kaya dengan pigmen tumbuhan seperti klorofil, beta-karotena dan fikosianin: yang merangsang sistem imun dan manafaat menangani sesetengah penyakit degeneratif , yang biasa berkait dengan masaalah penuaan.
  • Ia mempunyai banyak jenis asid amino dan kandungan protein yang tinggi, iaitu melebihi 60% yang membantu dalam melengkapkan keperluan protein harian.
  • Ia rendah lemak dan kalori serta tanpa kolestrol.
  • Ia mempunyai dinding sel yang lembut dan memudahkan untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh.Teutamanya dikalangan mreka yang mempunyai masaalah penghadaman dan gangguan usus seperti orang-orang tua.
  • Ia membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan orang tua.
  • Ia juga kaya dengan mineral zat besi, magnesium , zink dan beberapa lagi
Spirulina dihasilkan secara organik. dijamin mutu dan kebersihannya. - BIOLIFE.


Catatan saya:

Seingat saya ketika zaman remaja dulu , saya ada mengamalkan mengambil Spirulina ini untuk sihat dan jaga diet (nak sentiasa slim).Product dari Jepun.. selain daripada itu saya pernah juga ambil larutan CHLOROPHYL begitu saje...demi kesihatan..terima saje yang dicadangkan masa tu..Mentang-mentang saya amat meminati BIOLOGY .. apa saje tentang Nature , tak tolak...

Peringatan buat yang lupa: " BADAN yang SIHAT datang dari MINDA yang SIHAT "


Kini.. untuk kekal sihat saya amalkan mengambil 1 kapsul sofgel dari PROVITON setiap hari yang mengandungi :

Vit. A,D,E,B1,B2,B6,Acid Ascorbic(Vit.C), Asid Folik, Nikotamid,Biotin,Calsium, Copper, Inositol, Iodine, Iron, Lecithin, Lysine, Magnesium,Phosphorus,Pottasium, Zinc and GINSENG IDB (Ginseng Extract).



Juga secara tradisional saya mengambil satu sudu JUS TOK GURU setiap hari yang mengandungi:

  • Ekstrak -ekstrak KURMA - KISMIS (Anggur Kering)-DELIMA- Minyak Habbatus Sauda- Minyak Zaitun -MADU ASLI (disebut dalam Al-Quran) - ZA'FARAN-Ginkyo biloba, Centella asiatica (Pegaga) , Passiflora ( Buah Markisa) - Perisa Strawberry.

Layari website ; http://www.tokguru.net
email:info@tokguru.net

Tel: 019-989 0010 ; 019-240 4010


of Course :

BADAN - MINDA-OTAK dan HATI yang sihat -----> Insan Manusia SIHAT & SEIMBANG


Wassalam. Jumpa lagi.

Monday, July 20, 2009

KEMaTIAN - Pesan Pak Hamka

Pak HAMKA bermadah...

Ingat kepada MATI ...

  • menghapuskan angan-angan yang tak menentu
  • menghilangkan was-was dan mengenang barang ..akan menghabiskan umur.
Mengingati MATI akan ...
  • menjadikan manusia sabar menerima bahagian yang sedikit
  • tidak tamak akan harta benda lebih dari yang mesti, dan
  • tidak menolak berapa yang diberi
  • tidak terkejut dan tergamam jika harta itu habis.
  • Ingat MATI .. mengajarkan taubat.
  • Ingat MATI ...menghindarkan perbuatan hidup yang membawa khisit, khianat dan tamak haloba.
  • Ingat MATI menghindarkan azab
  • Ingat MATI menghindarkan takbur.

Pak Hamka bermadah lagi...

  • KEMATIAN seorang RAJA yang sedang beradu di atas singgahsana, dijaga oleh ratusan dayang-dayang dan pengawal yang berjaga dipintu gerbang, sebenarnya saja rasanya, dengan KEMATIAN seorang PAPA , yang mati kejang di kaki lima.
  • Kedua-duanya sama sampai diperkuburan.
  • Mayat Raja akan hancur busuk dengan kain suteranya, begitu juga mayat sipapa dengan baju kumal yang melekat pada badannya. Sama-sama busuk, sama-sama hancur.
Hanya AMAL KEBAJIKAN masing-masing tidak akan hancur.

Oleh itu...

Tiap-tiap hari melangkah dalam hidup ini, ingatlah mati sekali, supaya bekal ke sana bertambah banyak disediakan.

- Pak Hamka.

Dari saya ...Maka banyaklah bersedekah dan sentiasa hidup berbuat kebaikan dan berjasa pada orang lain dan kehidupan itu sendiri..hindari diri dari maksiat hati dan lidah apatah lagi maksiat perbuatan.. termasuk senantiasa berprasangka buruk dan jauhilah PHD.. Perasaan Hasad Dengki...

Seperti kata Pepatah Melayu ...


Mati HARIMAU meninggalkan BELANG..
Mati MANUSIA meninggalkan NAMA yang BAIK... disebut orang sepanjang masa..

.. seperti PAK HAMKA... senantiasa disebut-sebut dan dikenang di atas kebaikannya... ketokohannya.. keilmuannya... dan Penulisannya yang sangat menyentuh sanubari...
Hingga kini saya tidak dapat lupakan sentuhan tintanya .. novel-novel hebat beliau:

" Di Bawah Lindungan Ka'abah .. HARTINI ... 'Tenggelamnya Kapal Van De Verjk"..

Innalilla..hira jiun.. kpd saudara Islam yang telah mendahului kita.. Alfatiha buat
pelajar-pelajar kesayangan ku..
  • JAUHARATUL DINI, RITA ROSLINA, RAZLAN AMIR.. NOOR IZMI.. pelajar perintis SMKJ3.. dan juga sahabat seperjuangan
  • Pn. ZAWIAH ...guru perintis SMKJ3..

and .... A tribute to MICHAEL JACKSON.. MIKAIL.

dan bagi Yang Tinggal dan masih diberi peluang untuk menghirup udara segar diBumi ALLAH ini.... Perjuangan HIDUP perlu diteruskan jua.. Sentiasa Bersyukur , Redha dan Bertawakkal..
Amin.. RabulA'lamin.

Salam Maal Hijrah buat kalian semua ...
Semoga HARI INI lebih baik dari SEMALAM.


Wassalam. Jumpa lagi.

Sunday, July 12, 2009

BUDI -MUTIARA KATA - PAK HAMKA

Salam ukhrawi.. rindu sangat nak menulis...


Syair Pak Hamka tentang BUDI....buat renungan kalian yang membaca

Pahlawan budi tak pernah temenggur,
Khidmat hidup sambung menyambung;
Kadang turun kadang membubung,
Sampai istirehat di liang kubur.

Jikalau dasar budimu culas,
Tidaklah berubah kerana pankat;
Bertambah tinggi jenjang ditingkat,
Perangai asal bertambah jelas.

  • Keutamaan budi ialah menghilangkan segala perangai buruk, adat istiadat yang rendah, yang telah ditentukan oleh agama..mana yang mesti dibuang dan mana mesti dipakai. Serta biasakan bersikap terpuji dan mulia yang berkesan dalam pergaulan setiap hari serta rasailah nikmatnya.
  • Membalas sikap buruk ;lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi..

Kemuliaan sejati yang dianggap bernilai oleh ALLAH, tidak lain daripada ...

  • kemuliaan hati,
  • kemuliaan budi,
  • kemuliaan perangai dan
  • ketaatan kepada Ilahi.

Sekian. Wassalam. Jumpa lagi.

Friday, July 3, 2009

BAHASA HATI - Mutiara Kata

Salam ukhrawi dari saya...

Perihal BAHASA HATI ....

Pujangga Hamka bermadah ....
  • Bahawasanya BAHASA yang diucapkan oleh manusia dengan lidahnya, sama ada disedari atau tidak . timbul dari LIDAHnya.
  • BUDI adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinnya. Sifat batin itu dinamakan makna dan kalimat-kalimat yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan daripada makna yang terkandung dalam batin.
  • Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budinya.
  • Dalam Ilmu kesusteraan Arab , ilmu bahasa yang indah dinamai Ilmu-Adaab. Tegasnya Ilmu bahasa yang indah, kesusateraan yang bermutu merupakan sebahgian daripada budi pekerti yang luhur jua.

" Bahasa adalah salah satu unsur yang membezakan manusia dengan haiwan ".

" 26 buah huruf Rumi (Latin) tidak cukup untuk menggantikan 29 buah huruf Jawi (Arab) "

  • BAHASA HATI dapat dinilai daripada kata-kata yang dituturkan.

Kata orang bijaksana : " LIDAH adalah duta hati kita sendiri ".

Berkata Sayidina Ali r.a., " Bahawasa perasaan yang disembunyikan oleh seseorang itu sering dibukakan oleh kata-kata yang terpancar dari lidahnya dan dibayangkan oleh garis-garis air mukanya"

  • Oleh itu ramai ahli iwa mengatakan bahawa tiap-tiap orang itu mempunyai EMPAT MUKA , iaitu:

1. Muka yang dipandang oleh matanya sendiri

2. Muka yang dipandang oleh sahabatnya

3. Muka yang dipandang oleh musuhnya, dan

4. Muka yang sebenar

Ilmu jiwa manusia dapat memberikan kita panduan untuk mengenal BAHASA HATI seseorang. Dikatakan ada TIGA jenis peribadi manusia, yang hanya dikenali ketika melakukan tiga perkara:

1.Seorang yang lembut hati dikenali ketika berlaku kemarahan.

2. Hati yang berani dikenali sewaktu di dalam perjuangan.

3. Seorang saudara yang sebenar akan dikenali apabila berlaku keperluan/ dalam kesusahan.

  • Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras, sebagaimana benih tidak subur di atas batu.

Kata-kata pendeta : Hati orang yang bodoh itu dalam mulutnya, tetapi mulut orang bijaksana di dalam hatinya".

  • Orang yang bersih dan mulia hati akan seniasa melakukan perbuatan-perbuatan baik. Orang yang mulia hati mempunyai sifat peribadi yang tinggi. Disamping budi dan akhlak terpuji , ia juga bersifat jujur dan ikhlas , rendah hati, pengasih dan penyayang serta bersifat sabar.
  • Orang yang berhati mulia , tidak akan menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya.

Pepatah Perancis menyebutkan: " Syak wasangka adalah racun persahabatan".

  • Hati yang mulia tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati kepada sesiapun.

Wassallam. Jumpa lagi.

Saturday, June 6, 2009

HIDUP -KEHIDUPAN - Suatu teka teki

KEHIDUPAN - suatu Teka TEki

Memang kehidupan didunia ini, kadang-kadang dirasakan sebagai suatu TEKA TEKI.


  • Kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang diharap tetapi menerima apa yang tidak diharapkan.
  • Banyak perkara yang menyimpang daripada kebenaran berlaku kerana manusia sendiri suka dan rela menerima apa yang tidak benar.
  • Ada orang-orang yang mengeluh sukar mendapat wang tetapi setelah mendapatnya mudah pula membazirkan wangnya.
  • Kata orang bijaksana:

" Dunia adalah satu komidi kepada orang yang berfikir dan satu tragedi kepada orang yang merasa."

  • Shakespeare mengibaratkan :

" Hidup ini laksana sebuah sandiwara, dunia sebagai pentas dan manusia dan manusia sebagai pelakonnya ".

  • Untuk menjadi pelakon yang berjaya, seseorang itu mesti mampu membawakan watak yang dibeerikan dengan berkesan.
  • Oleh itu untuk mencapai hidup yang sempurna dan bahagia seseorang itu perlu perlu memiliki sifat yang baik. Kata orang bijaksana :

" Hidup pokok berbuah, hidup manusia berfaedah"

  • Seorang ahli falsafah pula menyatakan :

"Kengganan melakukankebaikan sama dengan melakukan kejahatan".

  • Peribahasa kita mengingatkan :

" Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali."

PAKAIN HIDUP yang utama ialah budi pekerti yang baik.

  • Peribahasa kita : " Bahasa menunjukkan Bangsa"
  • Peribahasa juga mengatakan ": Sebab buah berkenalan pokoknya"
  • Benar kata pepatah : "Hidup tidak kerana doa , mati tidak kerana kaul ."

Irama Hidup akan sumbang jika kita bersikap :

" Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing."

  • Agar irama hidup dapat beralun mengikut nada yang harmoni dan indah , maka hidup kita hendaklah bersikap seperti kata peribahasa:

"Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing " dan

" Bagai telur sesangkar, pecah sebiji pecah semuanya"

Manusia perlu BERAGAMA.

  • Dengan pimpinan Agama sahajalah peribadi manusia dapat diisi dengan nilai-nilai hidup yang baik dan sempurna.
  • ISLAM adalah agama suci yang memimpin manusia kepada jalan hidup dan tujuan hidup yang sebenar..
  • Islam mengatur rukun-rukun hidup manusia untuk kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
  • Ia juga membentuk manusia ke arah berbudi pekerti mulia serta membersihkan jiwa manusia daripada segala kekotoran dan memimpin manusia kepada keutamaan berperibadi yang tinggi.
  • Menurut ahli falsafah:

" Maksud ISLAM ialah memperbaiki masyarakat manusia supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan sesama manusia. Salah satu pekerjaan yang wajib dikerjakan dalam rangka beragama ialah ' Amar maaruf nahi mungkar' ertinya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah membuat keburukan".

  • Sayugia kita dikehendaki menjalani hidup mengikut jalan dan arah yang sebaik-baiknya , iaitu yang mengikut jalan yang diredahai oleh Allah.
  • Berbakiti kepada Allah, kepada manusia dan negara...
  • Itulah jalan hidup menuju tingkat kehidupan yang sejahtera dan bahagia dan ...

..... Itulah IRAMA HIDUP yang INDAH.

Catatan saya:

Sepanjang hayat saya...amat banyak onak dan duri yang harus saya lalui dan tempuhi.. sebelum saya sampai ke tahap ini... walaupun sehingga kini Ujian kehidupan amat getir ..masih sedang ditempuhi....

Sebagai insan yang kerdil.. senjata yang paling penting.. adalah keteguhan Iman.. Berpendirian teguh ....Kecekalan hati.. sentiasa redha akan Ujiannya dan Bertawakal di atas segala ketentuannya. Saya selalu berpegang dengan kata-kata :

"Que sera-sera .. Let it be,it be ... Come What May.. the rest leave it to Allah .. He knows best.. and

" There is always a silver lining within the clouds... There is A Blessing in Disguise ..Ada Hikmah disebalik kesemua kejadian yang berlaku.. Kita sebagai hamba Allah sentiasalah bersyukur diatas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan.. dan tabah serta sabar di atas segala Ujannya. Jadilah ANAS yang terbaik.... Amin. Yarabul a'lamin.

Sekian .. Wassallam.. Izin berhenti buat seketika... banyak tugasan lain sedang menunggu.

Friday, June 5, 2009

Hidup- Kehidupan - Hidup berpendirian

Hidup mesti ada pendirian.

  • Orang yang tidak mempunyai pendirian hidup , diibaratkan seperti lalang bergerak mengikut angin.
  • Seorang sarjana Muslim pernah berkata:

" Bersungguhlah tegak menguatkan pendiriannmu selama hidup. Ketahuilah bahawa kehidupan itu hanya berharga kerana keyakinan yang teguh dan tetap serta usaha yang bersungguh-sungguh."

  • Dengan suatu pendirian yang betul kita perlu berusaha dengan tekun dan sabar.
  • Lidah pendeta ada menyatakan :

" Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan"

  • Sebuah peribahasa Barat pula menyebutkan :

" Rajin bekerja senang belanja"

  • Serangkap syair kita mengenai rajin:

Rajin itu besar faedahnya,

Dengan dialah mulia jadinya,

Gunung yang tinggi dapat diruntuhnya,

Bahkan laut kering ditimbanya.

  • Perjalanan hidup merupakan irama kehidupan yang sentiasa bergerak dan mencabar.
  • Dalam menghadapi hidup , kita tidak harus berputus asa.
  • Sepatah kata Mustafa Kamal "

" Tidak ada erti hidup kalau berputus asa dan tidak ada alasan untuk putus asa kalau masih hidup".

  • Kegagalan adalah cubaan yang lumrah dalam kehidupan manusia. Oleh itu harus menjadikan cubaan itu sebagai cermin kehidupan ( " Mirror of Life"....cantik ungkapan ini.)
  • Kata seorang pujangga Barat:

" Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin,basah dan lembab, tidak disukai oleh insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur".

  • Confucius, ahli falsafah China yang termasyhur pernah menyatakan :

" Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. Orang yang mengelamun laksana bermimpi ; kita sering menikmati keindahan di dalam mimpi, tetapi setelah mata terbuka semua sinarnya hilang".

Catatan saya:

Sesungguhnya ... hidup ini bagaikan satu mimpi.. kadangkala kita bermimpi yang indah-indah .. sungguh gembira dan mengasyikkan... kadangkala kita mengalami mimpi buruk dan kadangkala mimpi ngeri ("nightmares" ) .... petanda kita kena senantiasa muhasabah diri... perlu "contercheck" dan imbangbalik .. whatever perkara yang kita dah tempoh sepanjang hidup kita selama ini... kalau boleh biarlah hidup kita banyak yang positif... hidup banyak berbakti dan membuat kebaikan sesama insan dan makhluk tuhan yang lain.. termasuklah fauna dan floranya serta Alam itu sendiri... Love Nature.. dan banyak bersyukur di atas segala nikmat yang limpah ruah ... yang diberikan... everything will be fine.. everything will be balanced ... in and out... I hope you know what i mean....

Wassallam. Audios. Jumpa lagi.

Tuesday, June 2, 2009

HIDUP -KEHIDUPAN - Irama Hidup Manusia

Falsafah HIDUP -KEHIDUPAN - Alam Mutiara Kata

  • HIDUP bukan sekadar tarikan nafas (inhalation) dan tarikan keluar (exhalation).
  • HiDUP manusia mempunyai ERTI , HAKIKAT dan TUJUAN.
  • Untuk mengenal semuanya , kita mesti mempercayai dan beriman kepada ALLAH Yang Maha Esa.
  • Ilmu pengetahuan dan agama penting bagi mengenali erti dan hakikat hidup.
  • Ahli-ahli fikir mempunyai berbagai pendapat tentang hidup. Di antaranya;

" HIDUP bukanlah suatu kemenangan tetapi suatu perjuangan, "

  • Pendapat lain pula;

" HIDUP di dunia ini laksana mengharungi samudera -lautan yang sentiasa bergelombang. Kesanggupan menempuh gelombang itulah dikatakan perjuangan hidup."

  • Dan dikatakan pula bahawa penentu haluan hidup terletak pada tujuan hidup.
  • Ramai ahli falsafah dan ahli jiwa memperkatakan tentang " KEHIDUPAN" ,iaitu cara dan irama hidup manusia.
  • Pujangga Hamka pernah mengungkapkan,

" KEHIDUPAN itu adalah laksana tenunan yang selalu bersambung. Semua manusia di muka bumi ini tidak kelihatan di dalam tenunan itu kerana sangat kecil."

  • Selanjutnya dikatakan pula bahawa akal dan budi , ilmu dan kepandaian, ditambah dengan kekuatan jiwa menempuh kehidupan tidak sama antara seorang anak Adam dengan anak Adam yang lain.
  • Tidak ada manusia yang ingin menjadi orang miskin dan hidup melarat, Namun ada juga yang terpaksa menghadapi kemelaratan hidup.

KEHIDUPAN seorang insan bermula sejak lahir sehinggalah mereka kembali kepada hidup yang abadi itu MATI.

  • Seorang ahli falsafah ada menyebut .....

" HARI LAHIR adalah hari bahagia , HARI MATI adalah hari mulia".

  • Seorang lagi ahli falsafah mengkiaskan kehidupan manusia seperti keadaan sebuah perahu di samudera yang bergelora ( Anda bayangkan...)

" PERAHU akan terumbang-ambing apabila dipukul gelombang. Yang menetapkan haluan adalah tujuan hidup. Walaupun seseorang itu pandai melayarkan bahteranya, namun dia tetap terkena percikan air, kerana tiada manusia yang bersifat sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan diri. "

  • SABAR menghadapi penderitaan dan BERSYUKUR menerima Anugerah Tuhan , merupakan inti imbangan dalam Pelayaran Hidup.

So ... kita sentiasa perlu redha dan tawakkal serta banyak berdoa sepanjang detik hidup kita...disamping tidak putus asa untuk berusaha..berusaha...berusaha...dan IKHLAS ..dan yang paling penting Nawaitu dalam menjalani kehidupan kita itu betul. Barulah kita akan rasa HARMONI, KEMANISAN HIDUP dan KEBAHAGIAAN yang sejati. Betul ...Betul.

Apa pendapat Anda ... BAHAGIA ada di dalam HATI.. tak payah bersusah payah mencarinya di mana-mana ..betulkan.. betul.

Wassallam. Jumpa lagi. Insyaallah.

Monday, June 1, 2009

Mutiara Kata HIDUP & KEHIDUPAN - Pujangga Pak HAMKA

Pujangga Pak HAMKA bermadah :
(Petikan dari Alam Muiara Kata)
  • Bangsa yang tidak bercita-cita akan berkata:"Biar tidak merdeka asal cukup makan". Hidup yang begini sama harga hidupnya dengan binatang. Tetapi bangsa yang subur rohaninya akan berkata: " Biar kurang makan asal tetap meredeka".
  • Orang yang hendak hidup sendiri itu ertinya hendak membunuh diri. Dan takut mati itu adalah kematian sejati.
  • Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang yang silih berganti. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidak dapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranya hujan ditengah hari.
  • Kesalahan dalam pandangan hidup seorang Islam harus dituruti dengan kebajikan. Walau bagaimanapun naik dan turun, benar dan salah ketika hidup ; belum boleh diambil sebagai kesimpulan, melainkan pada saat akhir.
  • Kehidupan adalah satu giliran , di antara senyum dan ratap. Air mata itu pula adalah masin, kerana ia adalah garam kehidupan.
  • Di antara dasar kepercayaan hidup dengan perjuangan; hidup laksana jalinan tali dipukat, berpadu laksana paduan minyak dan air dalam susu.
  • Hidup tidak selalunya manis, melainkan pergantian di antara pahit dan manis. Kalau manis saja yang bertemu, tentu kita tidak akan sabar dan bosan.
  • Alangkah baiknya jika badan sedang sihat , otak segar, kita akan mengingati kampung yang kita diami sekarang ini. Kalau Kampung itu dapat diingati, nescaya kita tidak akan menegakkan gedung angan-angan yang menjulang langit, di atas tanah kenyataan yang penuh rawa.
  • Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah, ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia pun bererti memungkiri janji dengan Allah.
  • Tujuan hidup itulah yang menentukan nilai hidup , bukan berapa lama hidup yang dipakai.
  • Orang yang tidak mengingati hari depan iatu akhirat, akan habislah hidupnya dalam rasa tidak puas.
  • Hidup sesuatu umat dinyawai oleh 'nilai hidup' umat itu sendiri, oleh naik turun atau runtuh akhlaknya.
  • Kehidupan adakalanya naik dan adakalanya turun, kumpulan itulah yang dinamakan irama hidup.
  • Banyak bekerja badan sakit. Banyak berfikir otak penat. Banyak berjalan kaki penat. Sebab itu, disamping bekerja wajib istirehat. Hidup ini sendiri adalah satu kepenatan.
  • Hidup itu adalah pergantian hujan dan panas, suka dan duka, senang dan susah.
  • Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk , tetapi telah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk itu adalah berakhir yang baik.
  • Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri.
  • Pertukaran haluan hidup daripada kejahatan kepada menurut suara batin yang murni adalah kesenangan batin yang tiada taranya.
  • Kehidupan adalah pergantian hidup dan senang, naik dan turun. Mana yang tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu bagi orang lain tidaklah akan pindah kepada kita.
  • Islam menyatakan bahawa perjalanan yang ditempuh dalam hidup ini , bagaimana baik maksud dan tujuannya, jika Allah tidak mengizinkan, tidak akan tercapai.

( Sebab itu disarankan kita banyak berdoa kpdNya.. supaya dapat diubah takdir yg telah ditetapkan olehNya ..betulkan..Betul. )

  • Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan.
  • Hidup adalah perjuangan, sekali ombak naik , sekali ombak turun. Kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang kita dipukul:

Tiba giliran menjadi palu, hendaklah pukul habisan-habisan;

Tiba giliran jadi landasan, tahan pukulan biar bertalu.

  • Hidup di dalam dunia ini laksana orang keenakan dalam kapal besar belayar di samudera luas ( The Titanic ! ) . Terasa indahnya ombak yang bergulung-gulung itu. Maka rasailah kelazatan pelayaran. Tetapi keindahan yang dirasa itu sangat terbatas yakni sebatas kapal. Tak usah kita lompati laut itu kerana hendak merasai lazatnya kehidupan laut, lebih baik lihat saja!

( Yang Benar dan Nyata tiada siapa boleh menduga .. kapal Titanic yang begitu gah tu.. akhirnya musnah , tenggelam , hanya disebabkan satu ketulan ais....kerana keangkuhan manusia mengatasi Maha PenciptaNya... tentu kita boleh dapat iktibar dari musibah ini.. kan.. ada hikmah disebalik suatu kejadian . ..)

  • Bahawa manusia itu bukanlah didatangkan Tuhan ke dunia ini hanya untuk semata-mata datang. Bahkan ditunjukkan pula kepadanya jalan mana yang mesti ditempuhnya, agar dia selamat. Kerana hidup pasti diakhiri mati. Dan perjalanan bukanlah semata-mata sehingga mati sahaja. Selepas mati ada lagi sambungan hidup iaitu hari kebangkitan, yang bernama Hari Kiamat.

- Hamka , Tafsir Al-Azhar.

Catatan saya :

Saya bolehlah dikatakan peminat setia kepada Prof. Dato' Hamka - Pak Hamka.. ulama tersohor berasal dari Indonesia .. pada zaman remaja saya... tak ketinggalan mengikuti kuliah 'secara life 'di Masjid Negara , K. Lumpur... sentiasa mengikuti perkembangannya melalui tulisannya termasuk beberapa novel yang begitu menyentuh perasaan.. ............. seingat saya novel HARYATI dan " Tenggelammya Kapal Van de Verjk" (Kapal belanda kut..) sehingga beliau meninggal dunia ... mungkin dia adalah salah satu idola ulama saya..

Sebelum mengundur diri.. Tarikh keramat : 1hb. Jun 2009...

Tak lupa juga .. 1hb Jun juga adalah " Hari SUSU sedunia" ..

...amalan meminum susu adalah amalan yang sihat.. terutama bagi golongan Warga Emas dan Yang Sakit...dan tentunya " Susu Ibu adalah yang terbaik buat Baby" kerana susu awal ( the first 3 month ) yang dipanggil kolustrum itu.. sangat berkhasiat dan kaya dengan antibodi semulajadi.. betul..

Catatan tambahan....

Selamat Ulangtahun pada TV3 yang ke 25 tahun .. sama tarikh Hari lahir dengan Serena -yg ke 26tahun (anak Chef Wan- WHI- ) .

Dok baca tentang Nostalgia TV3 .. dari mula pelancaran - 1hb Jun.1984 ... seusia saya menjadi GURU .. 24hb.April 1984... Peminat setia stesyen TV3 sampai sekarang...

Nostalgia benar seiring dengan apa yang diungkapkan oleh Personaliti popular TV3 ketika itu.. pengalaman berharga... dari Mahadzir Lokman, Razak Abdullah, Ezzah Aziz Fawzi ( Jiran setaman ,seksyen 3 , Bandar Baru Bangi,..mungkin anaknya sekolah kami kut.., SMKJ3BBB.. tak pasti ).. Wan Zaleha Radzi.. nama yang tak asing lagi... saya tak boleh lupa kisah anak murid saya ketika mengajar di SMK YUHua (sek . Cina) , pelajar lelaki Ting. 6.. mereka tengok Majalah TV3 sebab Wan Zaleha Radzi !..... sungguh menakjubkan.. rasa terharu pulak.. anak-anak Cina dok minat kat Wan Zaleha Radzi..

--hingga kini saya adalah peminat setia stesyen TV3 .. dari dulu hingga sekarang.. dan mengikuti segala perubahannya.. spt. Hari ini.. sebelum Malaysia Hari Ini (MHI).. Dimulakan dengan Negara Ku.. diikuti dengan Jam menunjukkan masa..tepat 6.30 pagi..sebab dulu tak ada..

Sekian. Wassalam.

Sunday, May 31, 2009

Perihal Hidup dan Kehidupan .....About LIFE..

Hari ini 1hb. Jun ..
...bulan yang mengubah kehidupan saya sebagai seorang insan bernama manusia, salah satu makhluk ciptaan Allah. Oleh itu,.. bulan ini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman saya ...tentang falsafah kehidupan...tentang kehidupan itu sendiri...walaupun saya sangat sibuk dengan macam-macam perkara ... but i will do my best to write anything about LIFE... termasuk petikan dari Buku " 4000 ALAM MUTIARA KATA" terbitan daripada Associated Educational Distributors Sdn Bhd. - one of my favourites.


Saya mulakan dengan ....

Pendapat orang-orang bijaksana menyatakan bahawa cara-cara untuk hidup adalah:
  • Tentukan waktu untuk bekerja .. kerana itulah sumber kejayaan.
  • Tentukan waktu untuk membaca kerana itulah sumber kebijaksanaan.
  • Tentukan waktu untuk berfikir kerana itulah sumber kekuatan.
  • Tentukan waktu untuk bermain kerana itulah rahsia kemudaan abadi.
  • Tentukan waktu untuk ketawa kerana itulah muzik jiwa.
  • Tentukan waktu untuk beribadat kerana itulah mata air kejernihan jiwa.

Menurut pujangga dan ulama ternama , Pak HAMKA bahawa cahaya hidup itu adalah ...

  • Falsafah sebagai penjelasan hidup.
  • Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup.
  • Kesenian sebagai perhiasan hidup.
  • Tasauf - Tasawwur sebagai intisari hidup.
  • Ibadat sebagai pegangan hidup.

Semua itu untuk hidup kerana hidup yang tinggi dan panjang ialah hidup yang bernilai. Bahkan maut itu sendiri adalah pati hidp yang bernilai.

Pendapat saya :

Hargailah setiap detik kehidupan anda ... bermula kita bangun tidur ... ucapkanlah ... syukur alhamdulillah.. kerana aku masih diberi peluang hidup .. untuk menikmati dan menghirup udara milikNya lagi..... dan jalani kehidupan pada hari tersebut sebaik mungkin.. supaya HARI INI lebih baik dari SEMALAM.

Sekian . Wassalam. Jumpa lagi.

Saturday, May 23, 2009

SUPERTEACHING bersama Dr Mohd Shukri Abdullah

The Teacher Today
The teacher today has to be STRONG and COURAGEOUS.
He has to be academically sound. He must update his profesessional qualifications through study and reading. The taecher must be CREATIVE. because without creativity, he is....
... like Food without Salt! What he teaches will be tasteless!.
Eventually he kill's his pupil's interest and when that happen, learning cannot takes place.
A teacher must try to live with his pupil. By this i mean he must live with their experiences, their sorrow, joy and happiness. It is through this that that the teacher wins respect of his pupils ; they know that he is someone who cares and share their feelings.
The teacher as a leader must have fine moral qualities.
He can only teach through examples, discipline, honesty and hard work.
( Anonymous )
GURU HARI INI...
Guru hari ini perlu BERSEMANGAT dan BERANI.
Penguasaan akademiknya MANTAP.
Dia perlu sentiasa memperbaiki kebolehan profesionalnya menerusi pembacaan dan pembelajaran.
Guru hendaklah bersifat KREATIF kerana tanpa kreativiti ia seumpama...
Masakan yang tidak bergaram! Apa yang diajarnya tawar!
Lama kelamaan ia membunuh minat anak didiknya dan apabila perkara ini berlaku, maka tidak wujud lagi aktiviti pembelajaran.
Guru juga mesti meghayati kehidupan anak didiknya. Dengan ini saya bermaksud, dia perlu mengerti pengalaman mereka , kesedihan, keseronokan dan kegembiraan mereka.
Hanya menerusi cara ini seseorang guru itu akan dihormati oleh pelajarnya.; kerana mereka tahu guru mereka mengambil berat tentang diri mereka serta memahami perasaan mereka.
Sebagai seorang pemimpin , guru perlu mempamerkan sahsiah yang baik. Dia hanya boleh mengajar menerusi contoh teladan, berdisiplin, ikhlas dan kerja kuat.
(Penulis tidak diketahui)
SUPERTEACHER is =ialah...
1 Guru bermisi, Guru Berkesan
2 Subject Competency - Penguasaan subjek
3 Smart Teaching - Bijak Mengajar
4 A good teacher not onlya an Energy provider- not an energy sucker
But..... also a good Motivator
5 Concerned - Caring = Prihatin- Peduli
6 The Joy of Teaching = Seronok Bekerja , Seronok Mengajar
Hasil daripada Seminar , Dr Shukri mencadangkan perkara berikut di mana guru harus melaksanakan beberapa perkara yang telah dicatatkan, itu...Pilih satu per satu..
Homework for dear teachers ....

1. Bijak menafaatkan Internet.

2 Guru yang berkesan berusaha menawan hati dan perasaan pelajar terlebih dahulu , sebelum menerusi otak dan fikiran mereka.

3.Teacher who put fun into classroom..bukan subjek.. tapi guru yang membuat subjek itu seronok terlebih dahulu.. kena kreatif..

4. Untuk ubah pelajar kita, kita kena ubah cara kita mengajar..

5. Guru yang berkesan dalam kelas dan bersifat kreatif.. ada inovasi dalam teknik pengajaran.

6.Sebelum saya mempenalkan diri atau dapat diterima dalam kelas , saya mesti mewujudkan hubunagn baik dengan pelajar .. mesra pelajar .. supaya mudah didekati ..ujud kemesraan..

7. Salah satu tugas saya ialah membantu pelajar supaya sentiasa berfikiran positif dan berusaha meletakkan A dalam kotak fikiran..

8.Kita sebagai guru mesti sentiasa nampakkan kecemerlangan / berjaya sebelum dia berjaya.. beri perhatian pada golongan pelajar HALUS ( ada Haarpan untuk Lulus).

9.Selemah macammanapun seorang pelajar.. semua boleh diajar ..TEACHABLE..

10. Be their friends...and you ll be loved by your students..

11. Learn to enjoy working.. it starts in the mind..

12.Mengajar dengan IKHLAS .. Kerja sebagai ibadah... maka akan jadi guru yang Hebat dan akan juga mendaoat Ganjaran.. pada anak-anak kita..

Komen : Alhamdulillah kebayakan perkara di atas saya amalkan sepanjang 24 tahun saya menjadi guru... Alhamdulillah .. memang berbaloi ... mendappat ganjaran dan kepuasan.. melihat ratusan..ribuan anak didik saya berjaya .. malah ramai menjadi orang yang hebat dari gurunya.. sebab itu saya tidak pernah menyesal menjadi seorang guru...walaupun saya asalnya mempunyai Dip. In Veterinar.. Amat bersyukur .. kerana saya seorang Guru..

"SELAMAT HARI GURU " ..

untuk semua Guru di mana sahaja anda berada..

Kursus SUPERTECHING..

"MENJANA KECEMERLANGAN GURU SEKOLAH"

Catatan : Seminar SUPERTEACHING oleh Dr Shukri Abdullah adalah sebahagian program LADAP (Latiha Dalam Pendidikan). Di adakan bersama dengan SMK Jalan Reko dan SMK Jalan Bukit .

Tarikh: 23 Mei 2009

Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg

Tempat : Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh , UKM Bangi

( Break : Ke Putra Jaya - menghadiri walimatulurus..anak rakan guru Pn. Wan Jamariah Hassan. - 2 bas ! .. )

Caatan : Saya telah mengikuti Program Motivasi Dr. Mohd Shukri Abdullah sejak bermula saya nmenjadi seorang guru.. tahun 1984 .. keetika itu beliau selalu muncul dalam program motivasi setiap pagi.. saya siap buat rakaman lagi semua program ... hingga kini ... saya rasa bersyukur dapat mengenali dan bersua muka secara life.. Tahniah pada Dr.. you are really a Great SIFU.. sebaris dengan dengan Datuk Dr Hj. Fadillah Kamsah..

Jika anda berminat mengikuti seminar beliau , sila layari

Website: www.seminardrshukri.com.my

seminardrshukri@yahoo.com

drshukri.wordpress.com

Wassallam. Cg. Fuziah.

7 Tips to Reducing Stress - The 3R : Reduce ..Release ...Relax

The 3M YGVg ways. to reduce stress..

One of the worst feelings you can have is to be stressed about being stressed. However you will be surprised that many people feel this way all the time.. well.. we can't deny it is part of nature..it is part of life though...

  • Stress is a common term known to everybody and it is an endless cycle.. till the end of time... semuanya akan menghadapinya.. know what i mean..
  • If you are stuck in an endless loop of constant worry, you have to STOP. You need to get out of this loop. You must feel enpowered to take action and change the way you feel.
  • There is no shortage of stress in everyday life. However there are many ways to to reduce or minimise stress.
  • Here are the 7 tips to reducing stress : the 3R: Reduce- Release - Relax
  • That is The 3M RYGVg ways.

The 3M : Meditation, Massage, Music

MeDITATION ( Pertapaan)

  • One of the most effective way to reduce stress is to incorporate meditat into your daily routine.
  • Take a few mins a day to clear your mind; centre yourself and concentrate on your breathing.

Meditation can do wonders to ease stress on your body and mind.

You may also consider practicing mindful meditation, which can be done just about everywhere. Mindful meditation reduce stress by clearing all thoughts from your mind for a single task or activity. Whether it is driving, being at your workdesk , or having lunch , by simple concentrating on the task at hand, you release stressful thoughts from your mind.

Pengalaman saya, ketika mengikut program motivasi...

Kita diminta mengosongkan minda buat seketika... dan bayangkan berada di kawasan air terjun... bunyi air mengalir... amat memberi ketenangan kepada minda... sebab itu digalakkan bina air terjun di kawasan rumah kita.. atau beli saje set air terjun... banyak dan murah diNilai 3....

Anda boleh cuba..

Massage

  • You can just hire someone to give a massage,have a loved one to give you a massage or pamper yourself in a massage parlour or a SPA.. is so wonderful and relaxing ... give a try .. I've done it myself. Focus on reflexology points around the body to enhance the effects...
  • I've done foot spa using fishes.. ticklish but reflexing after that.. it cleans out the debris of your feet .. and circulate the blood and lymphatic flow... bestnya..

Music

Reduce stress by listening to music. Whether it is your favourte CD or something specifically relaxing like classical music or ambient music..

and I just love sentimental musics esp. those from the Klasik Nasional and those music from Tom Jones, Andy William. the Bee Gees etc..etc..just love anything that is soft music

In.termasuk Nasyid from Radio IKIM.. and of course Bacaan Ayat AlQuran ..Zikir ...etc.ect..

RELAXATION ( very closely related to meditation)

  • It sounds easy , and it is. Practice relaxation by visualising a soothing place , and go to that place in your mind.
  • Feel the breeze, feel the sand under your feet, breathe deeply and slow down your mind.

( Ive gone go to places like the Islands -- Langkawi , the mountains - Cameron Highland - the lakes - Tasik Kenyir .. it is jus marvellous ).. and can always visualise then...

Affirmations may also be helpful in relaxation. Repeat words and phrases that make you feel relax.. like Life is .... a road of never endings.. Kehidupan itu satu Perjuangan ..etc..etc..

YOGA

  • Often thought as an exercise routine, yoga can enhance relaxation and reduce overall stress. Buy a video or book , or attend a yoga class to learn some postures that will enhance your health and ease the stress on your body.

( Yoga tidak digalakkan dilakukan oleh orang islam.. dikatakan mempumyai unsur keohanian berkaitan dengan Hindu - Buddha ) .. pendapat saya .. it is quite ok kut ..., jika dilakukan atas niat nak menjaga kesihatan.. tak baca mentera.. jika ada..jangan amalkan..itu saje..

GARDENING

  • Gardening can help you meditate mindfully, center yourself and ge back to what's important. The act of gardening, especially putting your hands in dirt /soil, and growing something out of it, is beneficial.
  • Growing your own fruits and vegetables is healthy in itself and encourages you to eat healthier .. is a satisfaction..

Gardening is a form of exercise too... menitik-nitik peluh keluar.. sihat kan..

VIDEO-GAMES

  • It may seem surprising ..but video games can be relaxing too.
  • You can play a 3-D shoot-em-up to get some frustrations ot, play a relaxing flight stimulation, puzzle games , hidden object games or card games.
  • There are many video games that can help reduce stress and let you have more fun too.
  • You will feel a lot better after releasing your pent up energy and have a clearer mind after that. You may be still be physically tired but at least you manged to reduce your emotional stress.

..and of course .. don't get addicted.. and waste too much time over it...it will become more stressful then..not relaxing..

Kerap membaca ALQURAN & ZIKIR .. paling mujarab bagi menghilangkan stress ...benarkan..memang benar.


Wassallam. Jumpa lagi . dari CG Fuziah.

Friday, May 22, 2009

Release Stress...

One of theworst feelings you can have is to be stressed about being stressed. However you will be stressed

Ways to release stress ..a continuation

One of the worst feelings you can have is to be stressed about being stressed. However you will besurprised that many people feel this way all the time.


Stress is a common term known to everybody and it is an endless cycle... till the end of time.. our time..

Thursday, May 21, 2009

Basic ways to Reduce Stress..

Welcome back... Rindu hendak menulis..
Just to share things out..

Basic Ways to reduce Stress...

1. Identify situations that require your attention. It is essential to let go of problems
which you can do nothing about, reserving energy for other in your life where you can react
productively.

2. Exercise. By exercising you burn off nervous energy and increase endorphins in your
brain (less release of andrenaline - the stress hormone..!!). At least.. you are doing
something which keep you healthy. Betulkan..BETUL.

3. Learn just to say "No" .. at times. . You cant be be everything to everyone all the time...
You need time out once in a while... ... Kena sayang diri sendiri dulu .. baru sayang
yang lain.. setuju ..??.. SETUJU.
Often, our stress comes from trying to do many things in too short time. If you
honestly don'thave the time, respectfully decline... but not always kut.. Try to do things one
at a time .. dalam keadaan tenang..and say.. Insyaallah I can do it....But never give up.. Okay.

4. Stop smoking, drinking and overeating... cos nicotine acts as stimulant that increases
stress. Drinking and overeating can cause additional problems ( of course ..health problems ..
my dear).. So always fill your body with nutrition that gives you energy to cope with stress.

How to release stress ??...

There is no shortage in everyday life. However there are many ways to reduce or minimise stress. Here are just a few practical suggestions.

  • Meditation
  • Relaxation
  • Yoga
  • Massage
  • Music
  • Gardening
  • Video games

Have to stop here.. to be continued...ok.

Audios. Bye.

Saturday, March 28, 2009

MUTIARA & WASIAT....Buat Renungan Kita Bersama

Wasiat Saidina Ali r.a

" KECANTIKAN bukan terletak pada pakaian yang dipakai ...tetapi ia bergantung kepada
keelokan akhlak dan budi pekerti."


Wasiat Imam Syafie r.a....

Orang yan berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini di dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.

Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

"Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin, engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami imu".


Perdalamkan segala masaalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.


" Keelokan orang yang berilmu ialah MULIA DIRI dan .....

KECANTIKAN ILMU pula ialah warak dan berlemah lembut. "


" Sesiapa yang merasa MARAH tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan ...
Sesiapa yang merasa REDHA terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya.

KEREDAHAAN manusia sukar untuk engkau capai ...dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka.

Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.

CATATAN DIARI:

Hari ini HARI JADIku .. 29 hb Mac = 2 RabiulAkhir ( Tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw.. 16 Mac = 12 Rabiul Awal) ... sempena persamaan bulan kelahiran ....moga mendapat keberkatan dalam meniti segala onak duri - ranjau kehidupan..

Terima kasih kepadamu ALLAH .... kerana masih memberi kesempatan kepada ku . .....hambamu yang kerdil ini untuk terus menikmati ... menghirup udara segar di BUMI miliknya..

Bagaimana ?? Semalam ialah " EARTH DAY " 28.03.09 .. anda respons untuk bergelap di antara pukul 8.30 dan 9.30 malam semalam ...

" DO TAKE CARE and LOVE THE NATURE... SAVE EARTH .'

Wednesday, March 18, 2009

Mutiara kata & Wasiat

Wasiat Imam Al-Ghazali

1. DUNIA hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi...kerana
itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan
itu rosak.

2. Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Alla SWT telah memanjangkan usia dan
memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.

3. MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa
cacing tanah ( dan bakteria pereput).

Wasiat Lokman al-Hakim

1. DUNIA ini bagaikan lautan yang dalam, yang mana sudah ramai mereka yang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu , jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air
yang menyirami tanaman.

Hadith mengenai perbandingan antara dunia dan akhirat : Rasulullah SAW bersabda :
" Celupkan jarimu ke laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah
dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat."

2. Berkawanlah dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar
kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan
tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan
kebaikan kepada mereka , kamu turut merasai nikmat itu.

3. Sekiranya engkau orang yang soleh , jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi
pekerti dan keras kepala , kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut
menjadi mangsanya.

4. Tanda-tanda orang yang pendengki itu ada tiga, iatu :
  • Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
  • Memuji-muji kawannya berada bersama mereka.
  • Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

Sekian. Salam Ukhrawi dar CG Fuziah.




Monday, March 16, 2009

Info Motivasi -PERASA : Rakan Sekerja

BAHAGIA bersama RAKAN SEKERJA.. Kerja menjadi MUDAH walaupun SUSAH.

Saya yang Memahami
Saya faham akan perbezaan insan.
Saya bahawa bahawa rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.
Saya faham setiap individu adalah unik (termasuk saya)
........ada kelebihan masing-masing dan ada juga kekurangan (tidak sempurna).
Saya faham orang tidak suka dibebel, dicemuh,dicela,dihina ,diejek
diperkecil-kecilkan, ditengking, diketepikan..termasuk saya!
Oleh itu jangan sakitkan hati rakan, saya perlu fahamilah percakapannya,
selamilah perasaannya, suka duka biarlah bersama.
Saya faham apabila saya memahami orang lain, bermakna saya
mengiktiraf perasaannya, pemikirannya dan pengalamannya.....
Biar saya tidak setuju pendapatnya, tetapi saya hormati pandangannya..
Orang lain akan berasa selesa jika dia menyedari saya memahami dirinya
......akan wujud pula kepercayaan terhadap diri saya.
Saya faham rakan yang baru datang perlukan bimbingan, tidak suka keseorangan ,
perlu perhatian, perlu didekati,dibantu agar tidak terasa terasing.
Saya faham, dalam menjalankan tugasseharian ada hierarki yang perlu diikuti,
ada Staf , ada Ketua Kursus , ada KJ, ada Timbalan Pengarah, ada pengarah dsb.
Kita perlu hormat menghormati antara satu sama dengan yang lain ! Jauhi ego diri!
Saya faham saya tidak boleh bekerja keseorangan, saya perlukan
kerjasama dari semua rakan....
Satu untuk Semua, Semua untuk Satu!
Bulat air kerana Pembetung, Bulat manusia kerana Muafakat.
Bersatu Teguh , Bercerai Roboh.
Berat sama dipikul , Ringan sama dijinjing.
"Don't do to others what you wouldn't like done to yousrselaf" (Confucius)
Human beings are not perfectible, they are improvable.
Don't do too little and expecting too much.
Coming together is the begining , Keeping together is the progress.
Working together is the success!
Be nice to others only than others will be nice to you.
If you try to improve one person by being a good example , you are improving two.
If you try to improve someone by not being a good example , you are not improving anybody.
Petikan : dari Program Perasa
Dari pengalaman saya. sendiri ...
Saya sendiri telah menjadi rakan sekerja kepada tiga buah sekolah sejak dari 1984 hingga kini (2009) ... saya telah cuba sedaya mungkin menjadi rakan sekerja yang cuba memahami ...
Nasihat ikhlas dari saya .....
Seboleh mungkin elak daripada melukakan hati orang lain... jika kita sendiri tidak mahu orang lain melukai hati kita..
Buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali !
Senantiasa mempunyai nawaitu yang betul ketika menjalankan tugas kita...
dan lakukan segala tugas yang dipertanggungjawab seikhlas dan sebaik mungkin..
Insyaallah .. kita kan dapat ganjaran yang setimpal.
Sekian. Wassalam. Dari CG Fuziah.

Wednesday, March 11, 2009

Info- fakta menarik : Organ manusia-Kulit,Mata


PERIHAL KULIT

Tahukah anda..


Sel kulit diperbarui setiap 30 saat!

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia yang terdiri daripada 32 saraf.
  • Ia mempunyai sifat yang sangat fleksibel berdasarkan pertumbuhan dan pergerakan manusia
  • Ia bertindak sebagai pelindung yang sangat kuat.

Pada setiap 30 saat , sel kulit manusia akan melalui proses pembaharuan secara semulajadi (melalui proses disebut Mitosis )

  • Di bawah permukaan kulit manusia (Dermis), terdapat 90% air, berfungsi memberi nutrien dan mengekalkan kelembapan
  • Di bahagian luar kuli (Epidermis ) terdapat 10% air.

Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan ..mempastikan tetap kekal 37C !..

PERIHAL MATA

Tahukah anda..

Mendedahkan mata kepada cahaya matahari secar langsung tanpa sebarang pelindung yang sesuai boleh menyebabkan banyak kesan buruk.

Diantaranya adalah seperti:

  • keroskan fotokimia kepada penerima cahaya ( reseptor kon) dalam mata
  • menyebabkan lapisan sensitif (retina) terbakar
  • kerosakan saraf (optik) terbakar dan
  • kanta bertukar menjadi kabur

Kesan tersebut bukan sahaja disebabkan cahaya nampak, tetapi oleh cahaya tak nampak spt ultra ungu (UV) dan infra merah (IR).

  • Cahaya UV boleh menyebabkan penyakit spt katarak
  • Cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan tisu pada kanta mata

Kesan kerosakan mata biasanya akan dialami beberapa jam selepas pebendahan dan tahap kerosakan adalah bergantung kepada selama mana ia terdedah.

Friday, March 6, 2009

Info - Herba : Pokok Pudina dan kegunaannya.

Perihal Pokok Pudina / Mint Herba
  • Terdapat 600 varieti herba daii jenis mint ini diseluruh dunia, yang dikenali melalui berlainan aromanya.
  • Mentha rotundifolia dari famili tumbuhan Labiatae
  • Juga dikenali sebagai pineaple mint atau mint nenas kerana aromanya bau buah nenas.
  • Pokoknya berbatang agak lembut, oleh itu ia boleh tumbuh menjalar dan juga menegak dengn ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 kaki!
  • Daunnya bersaiz kecil , bujur panjang dan bulat dihujung bergerigi ditepi, berwarna hijau.
  • Tekstur daunnya pula sedikit berkedut dipermukaannya.
  • Jika dipotong atau diramas daunnya, ia akan mengeluarkan bau yang unik tetapi menarik.

Jom tanam !..

  • Mudah ditanam menggunakan kaedah belahan rumpun.

Info tanam 1 : Pecah rumpunnya kepada beberapa rumpun kecil. Tanam setiap rumpun dalam medium tanaman yg baru.

  • Siram agar medium tanamannya lembap sentiasa dan letakkan ditempat teduh.

Info tanam 2: Boleh dibiakkan menngunakan kaedah keratan batang yang matang.

  • Medium tanaman yang sesuai untuk penanaman dalam pasu :

Tanah peroi : Baja organik : Pasir sungai (3 : 2 : 1)

Penjagaan:

  • Siram 2 kali sehari , pagi dan petang jika dalam pasu.
  • Siram bila perlu saja bila tanam di atas tanah.
  • Kekalkan medium tanamannya lemmbab sentiasa agar pokok dapat hidup subur.

Catatan:

  • Pokok ini hidup subur ditempat bercahaya, tetapi elakkan cahaya yang terlalu terik utk pertumbuhan yang baik.
  • Untuk pembajaannya disyorkan menggunakan baja organik spt najis ayam, najis arnab .
  • Elakkan penggunaan baja kimia , kerana di makan secara menjath sebagai ulam.
  • Juga sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan.

Kegunaannya;

  • Penyedap rasa dalam masakan spt Laksa Asam Utara dan Asam pedas.
  • Ramuan dalam masakan India muslim spt kari , kuzi kambing dsb.
  • Ramuan dalam pembuatan ubat gigi, gula-gula getah (chewing gum) dsb.
  • Sering dimakan segai ulam.

Khasiatnya:

  • Membuang atau mengeluarkan angin
  • Meredakan mulas perut
  • Melegakan pening kepala
  • Mengekalkan awet muda
  • Menghapus bau mulut dan bau badan

Cara pengambilannya.

  • Sebagai ulam mentah
  • Direbus dan diminum airnya setiap hari.

Sumber:Utusan Malaysia : Pesona Laman bersama Che B- 051007.

Salam Ukhwah. CG Fuziah.


Tuesday, March 3, 2009

Info-ecology: About Global warming

Things you can do to reduce Global Warming .....

  • Conserve water

Turn off the water when you are not using it. While brushing your teeth, or washing

your car, turn off the water until you actually need it for rinsing.

  • Drive Less and Drive Smart

Less driving means fewer emissions. Walking or biking are great forms of exercise.

  • Plant a Tree

Plant a tree today, start digging. During photosyntehsis, trees and other plants absorb

carbon dioxide and give off oxygen.

  • Lead an Energy-Efficient Lifestyle

Save electricity and reduce global warming by tuning off lights when you leave a room,

and using only as much light as you need.

  • Reduce, Reuse , Recycle

Do your part to reduce waste by choosing reusable products instead of disposables. And

whenever you can, recycle paper , plastic, newspaper, glass and alumunium

cans.

  • Encourage others to conserve

Share information abour recycling and energy conservation with your friends,

neighbours and co-workers.

Adios for now. CG Prihatin.

Info - Ecology : Save the Earth

If the Global temperature increases......

  • Extreme weather events such as floods, droughts and tropical storms will become more frequent and dangerous.
  • Sea level could rise by 18 to 59cm , flooding, the low-lying island states inhabited by millions of people.
  • Large areas of rainforest could be lost due to significant reduction in rainfall.
  • Salt from rising sea levels may contaminate freshwater supplies. Up to three biliion more people could suffer increated water storages by 2008.
  • Geographical migration can result in the increase of diseases such as malaria and dengue fever.
  • Plant and animal species which unable to adapt quickly will be threathened by extinction.

Adios for now.

Sunday, March 1, 2009

Info-Pemakanan sihat: Makanan Anti-Kolestrol 2

Perihal Makanan Antikolestrol:

1. Kacang Soya
  • Ia merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susu kacang soya, yang mengandungi 48% protein, lesithin, vitamin dan zat galian.
  • Ia dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis.
  • Ia memang kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecahkan lemak.
  • Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDH) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. Kuaci

  • Ia mempunyai kandungan zat besi.
  • Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti biji labu (putih) atau bunga matahari (belang hitam-putih), untuk menambahkan zat besi serta kurangkan kolestrol.

3. Buah kering

  • Terdapat pelbagai jenis buah kering, dan limau kering yang paling banyak mempunyai flavanoid.
  • Ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL; mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
  • Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, tomato, brokoli, bawang serta buah delima.

4. Epal

  • Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari ,adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
  • Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukan lebihan lemak dalam badan.

5. Ikan tuna

  • Ia termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, yang juga terdapat dalam ikan salmon dan kembong.
  • Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. Kacang tanah

  • Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.
  • Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol HDL, dan dapat menghindari daripada serangan sakit jantung.

7. Mangga

  • Vitamin C banyak dalam mangga. Sumber Vitamin C yg lain ialah belimbing , kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.
  • Vitamin C boleh mencegah pembentukan kolestrol LDL secara berlebihan dalam tubuh.

8. Kismis

  • Ia mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol dalam darah.
  • Dikatakan sesiapa mengamalkan diet dengan 400 kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%!

9. Oat

  • Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
  • Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.

10. Jambu batu

  • Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
  • Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindakbalas kepada tubuh.
  • Jumlah yg disyorkan ialah 400g sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
  • Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Sumber: hidup- sihat.blogspot.com

Dpd Buletin pengguna:Nov.2008.

Adious. CG Fuziah.